Bab 11

619 71 7
                                    

Aku sudah gelabah apabila Niqris mendekati kami. Rasa nak praktis lumba lari sekarang ini juga!

"Macam mana pak cik awak tahu kita datang sini? Awak bagitahu?" Ben  tanya aku.  Gila aku nak beritahu Pak Cik Niqris tu aku datang berkaraoke dengan Ben. Mati Najla nanti!

"Err..." Aku gigit bibir bawah. Pusing badan aku. Bersedia untuk memecut.

"Najla? Awak buat apa di sini?" Niqris sudah betul-betul berada di belakang aku kali ini. Di hadapan aku pula Ben yang sedang berkerut dahi. Bagus. Aku nak pecut macam mana ni?

"Saya.. Saya.. Erm." Tergagap aku nak menjawab soalan mereka.

Niqris pandang Ben dengan dahi berkerut. Cerunan mata dia macam nak cekik Ben aje. Mati aku! Mati aku!

"Rilek la bang. Saya ajak Lala karaoke je. Bukan buat apapun." Ben letak tangan dibahu aku. Selamba saja dia suruh Niqris bertenang. Kalaulah dia tahu hakikat sebenar yang badan aku ni bini Pak Cik Niqris itu. Jangan kata letak tangan atas bahu. Sentuh jari pun tak berani agaknya.

Niqris hala pandangan pada tangan Ben yang terletak dibahu aku sebelum cerlung tajam pada aku. Lekas aku jatuhkan tangan Ben. Mamat ni pun!

"Jom balik!" Tak semena-mena Niqris tarik lengan aku dengan muka merah padam. Marah betul ni.

Belum pun aku ikut langkah Niqris. Ben tahan kami berdua.

"Hello bang! Macam tu ke bawa lari awek orang?" Ben tayang muka cari gaduh. Aku buat isyarat mata pada Ben supaya pergi dari situ. Tapi dia buat tak endah pula. Ish! Dia ni. Masa nilah pun nak tunjuk hero.

"Awek?" Niqris memaling muka pada aku. Tangan dia masih kuat mencengkam lengan aku. Cepat-cepat aku pandang  ke arah lain. Buat-buat tak dengar soalan itu.

"Hey! Kau dengar sini budak. Lepas ni aku tak mahu kau dekat dengan 'awek' kau ni. Aku tak suka!" Niqris beri amaran pada Ben. Dia mula menyambung mengheret aku.

"Melampau la kau ni orang tua. Kau siapa nak halang aku jumpa Lala."
Buk! Tiba-tiba aku dengar bunyi tumbukan. Ben tumbuk muka Niqris.

Terus tangan aku naik menekup mulut. Terkejut gila dengan tindakan Ben yang agresif itu.

Niqris kesat hujung bibir dia.
Buk! Dia balas pula tumbukan Ben. Tepat kena rahang Ben hingga Ben terdorong ke belakang.

"Ben!" Aku jerit nama Ben. Habislah muka kacak dia.

Ben mahu membalas. Ah sudah! Cepat aku berdiri dihadapan keduanya.

"Stop it! Ben! Kenapa awak tumbuk dia?" Melengking suara aku menanya pada Ben. Jelas-jelas Ben yang tumbuk Niqris dulu.

Ben tak jadi membalas. Dia pandang aku dengan pandangan tak puas hati.

"Tak ar.. Orang tua ni kurang ajar kut. Main tarik-tarik tangan awak pulak. Awak datang dengan saya kut tadi." Ben cuba bela diri dia.

Aku kemam bibir. Kut ya pun perlu sampai bertumbuk ke?

"Najla! Apa semua ni?" Giliran Niqris pula tanya aku dengan nada keras.

Aku tarik nafas perlahan.
"Kita balik okay. Nanti saya explain." Lebih baik aku hentikan semua ini sebelum terbongkar rahsia aku pada Ben yang aku ini sebenarnya isteri orang!

Aku tolak badan Niqris.
"Nanti saya call awak." Aku buat janji pada Ben. Janganlah dia merajuk dengan aku.

Ben hanya memerhati langkah aku dan Niqris meninggalkan kawasan itu.

DALAM kereta. Wajah Niqris tegang macam apa lagi dah. Macam nak telan dan kunyah  aku hidup-hidup pun ada.

"Beritahu saya sekarang. Apa yang sedang berlaku ni Najla? Kenapa awak boleh keluar dengan budak lelaki tu!" Niqris tanya aku dengan nada yang kasar.

Terhinjut bahu aku bila dia tempik begitu. Mulalah hati aku nak panas.

"Awak nak sibuk kenapa? Suka hatilah sayalah nak keluar dengan siapa pun. Awak susah hati apa?" Aku balas sinis. Tangan aku silang ke dada. Pandang keluar cermin kereta. Tak ingin aku pandang muka cemerut dia. Tau nak marah orang saja.

"Awak lupa ke saya ni suami awak. Mestilah saya sibuk hal isteri saya!" Dia balas keras.

Aku rasa nak tergelak bila dengar dia kata begitu. Eh, ingat pula Najla isteri dia. Menjengkelkan betul. Aku berpaling muka memandang dia. Rasa nak carik-carik aje muka tu. Lepas tu lempar bagi biawak makan.

"Isteri? Tahu pun kau ada isteri. Selama ni kau buat isteri kau macam tunggul kau tak ingat?"
Aku sindir dia. Hilang sudah bahasa sopan aku. Sebab lelaki macam dia ni tak layak pun untuk aku bersopan.

Sebelum ini aku sempat baca diari Najla yang ditulis dalam telefon bimbit dia. Semua luahannya tentang Niqris.

Lelaki paling selfish pernah aku tahu. Oh! Najla. Kenapa kau kahwin dengan hati batu seperti dia ni? Aku tak faham betullah dengan diri aku dari masa depan tu.

Wajah Niqris berubah. Aku tengok dia genggam stereng kuat gila. Sampai naiklah urat tangan dia tu.
Marah? Tahu marah? Perasaan Najla pernah ke kau ambil tahu?

"Kenapa diam? Terasa?"

"You dah berubah..." Perlahan Niqris bersuara. Antara dengar tak dengar saja.

"Aku ke yang berubah atau kau yang berubah. Fikir baliklah pak cik!" Sindir aku sebelum pandang semula keluar tingkap.

Kami diam saja hingga sampai ke rumah. Aku lempar kasut dan juga bag ke lantai. Terus lari masuk ke dalam bilik. Aku kunci pintu bilik rapat-rapat.
Lantakkan dia nak tidur mana. 

Aku dail nombor Noni. Aku dah rasa mengantuk. Bila aku rasa mengantuk. Aku tahu aku bakal menghilang lagi. Jadi, aku nak Noni tolong aku. Macam mana caranya untuk aku bertahan kat dunia Najla ni. Aku rasa enjoy sebab aku bebas. Tak macam dulu asyik belajar aje. Walaupun ada laki si Najla yang egois tu. Peduli apa aku!

"Toge! Beritahu aku. Macam mana aku boleh muncul di dunia Najla?" Noni angkat saja panggilan terus aku tanya dia. Masa aku tak cukup ni.

"Lala! Kau pergi mana? Kau boleh tak jangan buat hal dalam dunia Najla!" Eh! Dia sembur aku semula.

"Bagitau sajalah aku. Aku tahu kau tahu macam mana aku muncul." Eeii! Geramnya aku dengan Noni ni. Aku pasti dia tahu. Sebab Najla hanya percayakan dia.

"Tak. Aku tak tahu. Kau kat mana ni?"

"Kat rumahlah. Laki si Najla tu heret aku balik rumah. Aku baru nak enjoy.." Rengek aku kemudiannya. Menyampahnya aku dengan orang tua tu. Spoil!

Kemudian aku rasa betul-betul mengantuk. Suara Noni yang bising memanggil aku disana sudah sayup kedengaran. Akhirnya semua pun gelap.

 Akhirnya semua pun gelap

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.
Aku & Sweet 17 Lala ( HOLD)Where stories live. Discover now