Bab 15
Sampai saja di rumah. Seperti yang aku jangka, Niqris sedang menunggu aku dengan cerlungan tajamnya saat aku masuk ke dalam rumah.
"Where have you been? Kenapa subuh baru balik?" Serius dia soal aku.
Aku hela nafas sebelum buka kardigan yang aku pakai lalu disangkut ke penyakut jaket ditepi pintu."Saya cari ilham. Saya sedang cari diri saya yang hilang," tenang aku menjawab dia. Punggung aku labuh ke sofa. Rambut aku sanggul ringkas. Penat bonceng Ben dari PD tadi pun tak habis lagi. Sudah kena hadap soalan bertubi-tubi dari Niqris. Jujurnya Ben agak baik budaknya. Aku fikir Lala berkawan dengan entah kutu rayau mana. Tapi, yah.. Ben budak baik. Syukurlah.
Aku kerling Niqris. Sepanjang perjalanan tadi. aku terfikir mungkin ada sebab Lala muncul dalam hidup aku. Mungkin juga Lala adalah diri aku yang selama ini hilang. Lala mengingatkan aku pada diri aku kala remaja dahulu. Aku sendiri tidak sedar bila aku berubah menjadi Najla yang terlalu bergantung harap pada suaminya.
Niqris bangkit berdiri. Tangannya di silang ke dada.
"Ilham?" Terjungkit kening dia. Nampak sangat dia tidak yakin dengan aku.
Aku ikut bangkit berdiri. Entah dari mana datang keberanianku.
"Kenapa? Awak tak yakin yang saya boleh melukis semula?" Aku melangkah dekat padanya. Betul-betul di bawah wajahnya.
Dia tarik senyum sinis.
"Awak sudah terlalu selesa dengan hidup awak selama ini. Are you sure you can do it? I don't think so." Dagu aku disentuh supaya memandang tepat padanya. Terhiris hati aku dengan kata-katanya. Tak boleh ke dia beri semangat pada aku? Dia suami aku kan?"Awak cuma perlu menjadi isteri saya saja, Najla." Dia bisik ditepi telinga aku sebelum cuba mencium pipi aku.
Cepat aku menjarakkan diri.
"Bukan awak ke yang nak kita berpisah?" Tajam aku cerlung padanya. Ingatkan semula apa yang pernah dia utarakan pada aku dulu. Aku tak faham dengan diri dia yang sekarang. Padahal dia yang tidak mahu teruskan hubungan kami. Kononnya kami sudah tidak sehaluan.
Dia hela nafas keras.
"Not anymore!" Terus dia masuk ke dalam bilik. Meninggalkan aku termangu sendiri.
Aku raup muka. Apa sebenarnya yang berlaku pada kami? Dimana silapnya? Tidak bolehkah kami kembali seperti dulu?
AKU BARU nak lelapkan mata bila terdengar bunyi bising dari luar bilik. Lemah aku bangkit menuju ke pintu bilik.
Langkah aku terhenti di depan pintu. Suara hingar itu Aku kenal sangat. Suara ibu mentuaku dan juga kakak iparku.
"Dah pukul 10 pagi. Tak bangun-bangun lagi. Apa nak jadi dengan isteri kamu ni Niqris?"
"Ntah kamu ni! Tegurlah sikit bini kau tu. Sudahlah kamu beri dia kemewahan. Makan pagi pun kamu yang buat? Banyak cantik muka dia."
YOU ARE READING
Aku & Sweet 17 Lala ( HOLD)
RomanceNajla, seorang isteri yang mendedikasikan hidupnya pada si suami. Hinggalah suatu hari, dia dapati dirinya kembali pada usianya yang berumur 17 tahun. Iaitu Lala. Bagaimana Najla menangani Lala yang sesekali muncul dalam hidupnya? Genre : Fantasi...