Bab 16

884 81 9
                                    

Bab 16

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

Bab 16

Teruja betul aku bila dapat beli barang keperluan melukis yang aku mahu. Perkara yang aku rasa lebih sepuluh tahun dulu aku lupakan. Semuanya demi menjaga hati mentua dan juga suamiku. Ibu mentua aku memang tak pernah suka aku melukis. Kata ibu mentua aku itu, aku hanya membuang masa dan Niqris pula seolah iakan kata ibunya. Dia minta aku lupakan saja minat aku itu dan tumpukan perhatian padanya. Aku tak tahu kenapa aku bodoh-bodoh ikut saja kata mereka.

Setelah aku ikutkan segala permintaan merek. Apa yang aku dapat? Melainkan sikap acuh tak acuh Niqris dan cemuhan keluarga mentua aku.

Lagi-lagi ibu mentua aku tu, dia selalu bising yang aku tak dapat bagi dia cucu. Bukan aku tak sedar yang dia selalu bagi hint pada Niqris supaya mencari pengganti aku. Cuma Niqris aje selalu mengealak bila dia buka is itu.

"Dah balik?" Niqris tegur aku bila aku masuk ke dalam rumah dengan barangan yang penuh di tangan.

"Hmm.. " Aku balas acuh tak acuh. Entahlah, aku jadia tawar hati dengan dia. Aku dah tak rasa nak kejar dia lagi. Nak merayu meratap hiba seperti sebelum ini. Semua rasa itu dah pergi dengan sendirinya.

Tanpa pedulikannya aku bawa langkah ke bilik kosong di penghujung rumah.

"Bilik tak guna tu saya nak guna. Nak buat bilik melukis saya. Awak tak dibenarkan masuk. Faham?" Sebelum aku buka pintu. Aku pusing semula pada Niqris. Beritahu dia tentang bilik yang bakal aku jadikan tempat aku asah semula bakat melukis aku.

Yang penting sekarang. Aku nak bahagiakan hidup aku sendiri. Aku nak jadi diri aku yang dulu.

Sedang aku terkial-kial mahu membuka pintu. Niqris mendekat, nafasnya menyapa ke leher aku yang terdedah sebelum tangan kekarnya mencapai tombol pintu dan tolong bukakannya untuk aku.

Aku melolos masuk sebelum terbatuk kecil. Maklumlah, bilik ini dah lama tak guna. Banyak debu. Aku letak barang-barang ke lantai.

"Mak dengan Kak Ji dah balik ke?" Saja je nak tanya. Rasanya mereka dah balik kut. Kalau tak mesti mereka datang menyibuk dulu hal aku.

"Hurm.. dah balik," balas Niqris perlahan.

Aku angguk kecil. Tahu pun nak balik. Aku ingat nak bermalam kat sini dan cari kesalahan aku.

"Saya nak turun bawah. Ada lagi barang yang saya tak bawa naik atas." Aku baru teringat easel stand yang belum aku bawa naik. Tak cukup tangan.

"Saya temankan." Tiba-tiba saja Niqris tawarkan diri nak temankan. Pelik aku. Emak mentua aku ada cakap apa-apa ke? Aku mula rasa tak sedap hati.

Aku diam saja dengan dia mengekori langkahku ke pintu lif.

Aku jeling dia sementara kami menunggu pintu lif terbuka. Aku buka mulut memecah kesunyian.

"Mak marah saya ke? Maaflah sebab pergi tergesa-gesa tadi. Saya kan dah penat dengan mak..."

"I'm sorry.." Niqris pintas kata-kata aku.

Spontan aku terus tatap sisi wajahnya yang menekur ke lantai koridor.

"Untuk?" Duduk tak duduk nak minta maaf kenapa pula? Bukan ke selalunya aku yang minta maaf. Sebab buat emak dia sakit hati seperti selalu.

Dia angkat muka pandang aku.

"Mesti awak dah lama simpan rasa sakit hati awak kan? Tentang apa yang mak dan Kak Ji kata. Saya minta maaf bagi pihak dia orang."

Terdiam aku bila dia minta maaf begitu. Tak pernah sekali pun dia minta maaf tentang perangai ibu dan kakaknya. Selalunya dia biar mereka hina aku, tuduh aku macam-macam. Dia? Hanya diam tidak berkutik. Tiba-tiba hati aku rasa pedih.

"Kenapa sekarang? Kenapa tidak dulu lagi?" Aku tanya dia perlahan sebelum pintu lif terbuka.

Dia diam lagi.

Aku buka langkah mahu masuk ke dalam perut lif sebelum dia peluk aku dari belakang.

"I'm sorry. But I don't want you to begin again. I'm just want you stand beside me. Just liked you did all this time. I know i'm selfish. I'm sorry.."

Termangu aku dengar rayuannya itu. Apa maksud Niqris sebenarnya?

Dia masih peluk aku erat hingga pintu lif tertutup kembali. Mujurlah tak ada orang waktu begini.

"Apa maksud awak?"

Niqris diam. Aku hela nafas sebelum leraikan pelukannya dari tubuh aku.

Badan aku pusing menghadapnya.

"Saya penat Niqris. Saya penat jaga hati awak, hati mak awak, hati keluarga awak. Izinkan saya cari diri saya semula Niqris. Saya dah penat.." bergetar suara aku minta dia memahami diriku.

Setelah sekian lama, ini kali pertama aku rasa seperti aku hidup semula. Aku mula kembali pada minat dan kerjaya aku. Aku mula ingat kembali visi dan impian aku waktu remaja dulu. Aku rasa dah penat jaga hati orang. Sedangkan mereka tak pernah jaga hati aku. Malah mereka lumat dan pijak macam aku tak ada perasaan.

Niqris pandang aku sayu sebelum alih pandang ke sisi.

Dia tarik nafas dalam sambil menggesel hidung sebelum pandang aku semula.

"Okay.. Kalau itu yang awak mahu. Do your best. Come, barang apa lagi yang belum bawa naik atas?"

Dia senyum nipis sebelum tekan semula butang lif.

Aku hanya diam menurut langkahnya. Apa punca kita jadi begini Niqris?

Persoalan yang aku sendiri tak ada jawapannnya.

ARGHHH! Dekat seminggu dah aku terperuk dalam bilik melukis. Tapi satu habuk pun tak menjadi lukisan aku. Huwarghhh! Mana pergi bakat aku? Aku dah tak boleh melukis.

Berus cat kanvas aku campak ke lantai. Aku raup muka yang aku rasa sudah macam orang gila. Serabai!

Aku ambil telefon bimbit. Nombor Noni aku dail.

"Noni... Aku dah tak boleh melukis. Macam mana ni wey.. dia orang nak lukisan aku isnin ni weyy... Huwaaa..." Adu aku sebaik Noni angkat panggilan. Pada siapa lagilah aku nak mengadu kalau bukan Noni.

Terbaring aku ke lantai sambil telefon bimbit terletak di telinga.

"Seriuslah! Aku ingat dah siap lima enam buah lukisan dah. Dekat seminggu kut kau tak cari aku." Suara Noni sudah acah-acah terkejut.

"Macam mana ni beb? Buntu dah aku. Semua lukisan aku kelaut dalam dah beb." Rasa nak menangis bila fikirkan yang sebenarnya aku dah terlupa cara melukis.

Noni diam seketika sebelum dia buka mulut semula.

"Why not kau minta tolong Lala? Gula-gula tu ada lagi kan?"

Terus aku bangkit duduk bersila bila dengar cadangan Noni itu. Lala?

"Aah. Ada lagi lebih kurang 9 biji lagi."

"Good! Makan gula-gula tu. Dah terdesak ni. Kau mintak la Lala tolong kau. Sambil tu kau praktis lagi melukis."

Aku gigit bibir bawah. Patut ke minta tolong Lala?

You've reached the end of published parts.

⏰ Last updated: Jan 05, 2022 ⏰

Add this story to your Library to get notified about new parts!

Aku & Sweet 17 Lala ( HOLD)Where stories live. Discover now