Bab 2
Bersilih ganti aku lihat papan iklan tu juga lelaki yang sedang memandang aku dengan pelik itu.
"Tahun ini tahun apa?" Tanya aku memohon kepastian.
Makin berkerut dahi lelaki itu mendengar soalan.
"2020 Cik. Kita baru sambut tahun baru. Cik okay ke tak ni?"
Aku tampar pipi aku. Sakit! Mustahil. Aku tak mimpi. Aku dongak ke langit. Tak ada pun kereta terbang. Betul ke ini tahun 2020?
Tapi.. melihat riak lelaki itu. Tak ada tanda pun dia berbohong.
Gila! Ini semua gila! Sekarang aku rasa dunia aku bagai berpusing-pusing. Macam mana aku boleh ke tahun 2020 ni. Sedangkan sebelum aku celik mata tadi aku masih di tahun 2005? Baru bergembira selepas tamat Sijil Pelajaran Malaysia.
“Cik.. Cik okay tak ni? Kalau dah okey. Boleh tak cik alihkan kereta. Lampu dah banyak kali bertukar ni cik. Jalan dah makin jem ni.” Tegur lelaki itu lagi. Aku pandang ke arah kereta yang tersadai. Macam mana aku nak alihkan kalau aku tak pandai bawa kereta? Aku baru 17 tahun kut! Tapi sekejap!
Aku pandang bias muka aku dicermin kereta. Itu aku ke? Cepat aku mendekat pada cermin sisi kereta.
Kulit muka aku sentuh dengan dua telapak tangan. Rambut aku yang panjang mengurai aku lurut. Berderau darah aku. Aku di dunia mana ni? Betul ke ini aku?
Pap! Aku tampar muka aku. Sakit bengong! Aku tak bermimpi. Aku sekarang di tahun 2020!
Lelaki itu masih pandang aku dengan pelik. Cepat aku berpaling padanya.
"Pinjam telefon boleh? Saya tak tahu bawa kereta." Jujur aku beritahu dia. Buat muka tak malu pinjam telefon bimbitnya. Aku tak tahu apa jadi dengan aku. Aku harap nombor Noni wujud lagi. Aku harap aku masih bersahabat dengan Noni.
“Boleh.. Saya tolong alihkan kereta cik ya kalau macam tu. Kesian orang dah bising tu.” Dia mohon dari aku. Terus aku angguk laju.
Lelaki itu serah telefon bimbitnya. Terkejut sekejap aku bila lihat permukaan telefon bimbit yang nipis itu. Handphone jenis apa ni? Nak tekan macam mana? Mana butang nak menekannya?
"Tolong dailkan boleh?" Aku serahkan semula pada lelaki tadi. Minta tolong dia yang dail. Rosak karang tak pasal aku kena ganti. Riak dia tak usah cakap. Pelik tengok aku tapi dia tolong jugak.
Aku beritahu dia nombor Noni. Selepas itu, dia tolong ubah kereta aku ke tepi jalan. Aku yang bingung berlalu ke tepi laluan penjalan kaki menunggu sahutan dari Noni.
Elok saja panggilan berangkat. Terus aku sergah Noni.
"Noni! Ni aku Lala. Tolong aku. Aku tak tau apa jadi dengan aku. Kenapa aku ada dalam tahun 2020 ni?" Aku dah rasa nak menangis apabila mendengar suara Noni membalas salam. Thanks god. Minah ni setia tak tukar nombor telefon dia. Mengarut apa aku time travel tahun 2020 ni. Umur aku baru 17 kut tahun 2005.
"Lala? Najla? Woi. Apa kau merepek ni ha? Kau kata kau pergi jumpa Niqris tadi. Apa kata dia? Kau dah tanya kenapa dia berubah?" Soalan aku tak berjawab. Dia pula yang tanya aku bertubi-tubi. Sekejap apa dia cakap tadi?
"Sekejap. Siapa Niqris? Kau merepek apa?” Siapa pulak Niqris tu? Bila masa pulak aku pergi jumpa dia?
"Laki kaulah bengong! Kau dah kenapa?" Aduhai. Perangai perempuan ni memang tak berubah. Selamba badak dia saja bengongkan aku.
Tapi… bulat mata aku mendengar apa yang diberitahu Noni. Laki? Maksudnya aku dah berkahwin di tahun 2020 ni? Oh tidakkk!
"Ambil aku sekarang Toge!” Ternaik nada suara aku menyuruh Noni ambil aku secepat mungkin. Ah! Pedulikan hal itu sekarang. Aku nak jumpa Noni sekarang jugak!
"Sah! Kau memang Lala. Tunggu aku kat situ. Suruh orang yang kau pinjam tu send location." Kalut Noni beri arahan pada aku.
Sebaik saja Noni letak panggilan. Aku serah kembali telefon bimbit pada lelaki itu. Mujurlah dia baik. Waktu aku bertalian dengan Noni. Dia yang lancarkan semula jalan raya. Tolong parking kereta aku kat tepi jalan. Kalau tak, mahu aku kena maki lagi macam tadi.
“Kawan saya suruh send location kat dia. Boleh tak bang?” Sekali lagi aku minta tolong dia.
“Saya ni nampak tua sangat ke?” Lelaki itu gelak halus. Pelik aku pandang dia. Kalau aku perhati. Umur dia mungkin dalam awal 20-an. Kira tualah dari aku kan? Aku kan muda lagi. Baru SPM kut.
“Tak apalah.. Awak pun nampak muda lagi. Berapa umur awak?” Dia tanya aku semula sambil tekan skrin telefon bimbitnya.
“17.” laju aku beritahu umur aku. Berkerut dahi dia pandang aku.
“Pandai awak buat lawak. Patut tak tahu bawak kereta eh? Baru dapat lesen?” Dia usik aku dengan senyum yang menampakkan barisan gigi putihnya.
Amboi.. Manisnya senyum. Tiba-tiba jantung aku berdegup kencang. Aku bukan boleh tengok lelaki senyum manis ni. Cair.
Lepas tu baru aku teringat yang aku sekarang ni di tahun 2020. Maknanya umur aku bertambah 15 tahun. Gulp! Terus aku tertelan liur sendiri.
“Hehehe.. Takdalah.. Saya gurau je. Umur saya dah 30 lebih dik oii..” Seloroh aku dengan tawa kekok. Aku tepuk bahu dia dengan gaya kakak-kakak. Kiranya aku ni lagi tua dari dia sebenarnya kalau ikut tahun aku berada sekarang ni.
Giliran dia pula senyum kekok. Terus jadi serba tak kena situasi antara kami. Aku tarik tangan aku semula dan usap leher belakang.
“Errr.. Saya dah send location kat kawan awak. By the way, umur saya 24. Dan awak serius nampak muda. Kalau awak kata umur awak 17 tahun pun saya dah percaya tadi.“ Dia cuba naturalkan semula situasi kekok kami tadi.
Merah muka aku bila dia puji aku begitu. Maksudnya dia nak cakap aku awet mudalah ek?
Dia tenung muka aku lagi. Lekas aku berdeham.
“Awak pula nampak matang.” Aku ketawa halus. Tapi walaupun muka dia nampak matang. Gaya dia masih remaja. Naik motor besar lagi. Geram aje aku tengok motosikal berkuasa tingginya itu.
Dia tunduk. Malu agaknya. Ololo.. comelnya. Kalaulah aku ni masih dalam dunia tahun 2005 Dah lama aku mengurat dia.
Tak lama selepas kami berbual kosong. Muncul sebuah kereta berhenti dekat kami.
“Najla! Kau kenapa wey?” Seorang perempuan berkaca mata hitam menyeru nama aku dengan langkah yang terkedek-kedek mendekati aku.
Kecil anak mata aku perhati dia. Dengan rambut warna blondenya. Wajah yang dirias cantik.
“Toge?” Terlepas nama panggilan aku pada Noni. Biar betul ini Noni? Noni kawan aku yang kurus cekeding dulu. Yang aku gelar tauge sebab kepalanya nampak lebih besar dari badan.
Noni sentuh dahi aku. Belek tubuh aku.
“Kau okay tak ni?” Bahu aku Noni pegang.
“Serius ah kau ni Toge. Apahal kau cun sekarang ni siot!” Nak mencarut aku tengok kejelitaan Noni sekarang. Tercengang Noni pandang aku.
YOU ARE READING
Aku & Sweet 17 Lala ( HOLD)
RomanceNajla, seorang isteri yang mendedikasikan hidupnya pada si suami. Hinggalah suatu hari, dia dapati dirinya kembali pada usianya yang berumur 17 tahun. Iaitu Lala. Bagaimana Najla menangani Lala yang sesekali muncul dalam hidupnya? Genre : Fantasi...