Bab 9

192 40 4
                                    

BAB 9

Haaachomm! Pagi-pagi lagi aku dah bersin. Tisu di atas meja kopi sebelah katil aku ambil buat mengesat hidung.
Aku mengeliat kecil. Rasa lena betul aku tidur. Aku tengok jam di meja sisi. Sudah jam 8 pagi. Aih! Terbabas tidur lagi aku ni.

Aku keluar bilik. Cari kelibat Niqris. Hurm. Payah betul aku nak jumpa dia sekarang. Aku pergi ke dapur.
Ada nota kecil Niqris tinggalkan.

-Saya dah buatkan pankek untuk awak. Makan nanti. Makan ubat. Sorry for last night.

Sorry? Untuk apa? Takkan dia dah sedar kesalahan dia? Tapi.. Malam tadi?

Ligat otak aku berfikir. Aku ingat dalam keadaan samar-samar Niqris telah mendatangi aku. Aku rasa setiap sentuhannya. Tapi aku tak ingat bagaimana ianya bermula.

Kenapa nak minta maaf? Aku isterinya. Tiada salahnya hubungan intim kami.

Aku terasa mahu menangis. Terbayang sinar matanya yang kelam. Dimana Niqris yang aku cintai?

Terduduk aku di kerusi. Aku kesat air mataku. Tak mahu fikirkan lagi tentang Niqris.
Aku masuk ke bilik semula. Saat aku melintasi cermin langkah aku terhenti.

Aku pandang susuk tubuhku. Baju kemeja Niqris tersarung di tubuhku. Ada bau dia yang melekat. Aku hidu penuh cinta. Tak sangka, setelah sekian lama. Niqris menyentuh aku semula. Ah, Niqris... kalaulah awak tahu betapa saya rindukan sentuhan awak...

Langkah aku atur menghampiri cermin. Aku buka butang baju satu persatu. Aku sentuh kesan merah di dada aku.

Apa yang ada difikiran suamiku? Sentuhan Niqris amat berlainan malam tadi. Apa yang terjadi sebenarnya?


Aku ajak Noni keluar hari ini. Siapa lagi yang aku ada kalau bukan hanya dia. Sahabat aku dari sekolah rendah lagi.

Aku lambai tangan pada Noni apabila nampak kelibatnya menghampiri kafe di mana aku menunggu.

"So, apa cerita semalam? Lala buat hal apa?" Noni terus-terus tanya aku sebaik melabuh duduk.

"Lala?" Aku menyoal pelik.

"Kan aku beritahu kau apa yang jadi. Kau lupa ke?"

"Pasal cerita merepek kau yang roh remaja aku masuk dalam tubuh aku?" Aku ingat apa yang Noni beritahu aku semalam.

"Yelah. Cuba kau ingat last kau buat apa?" Noni cuba ingatkan aku.

Teringat hal malam tadi, pipi aku merona merah. Tapi...
Dahi aku berkerut seribu. Kali terakhir, Noni datang jumpa aku pagi-pagi lagi... lepas tu...

Aku sentuh dahi. Kosong. Sakit kepala aku.

"Apa yang berlaku Noni? Kenapa aku tak ingat apa-apa?" Aku pandang Noni dengan bingung.

"Aku pun tak tahu Najla. Tiba-tiba saja Lala masuk dalam tubuh kau. Aku minta maaf sangat sebab tak temankan kau semalam. Aku tak sangka Lala akan buat masalah."

"Aduhh, kenapa hidup aku jadi macam ni? Serabutlah." Aku picit-picit dahi aku. Tak tahu nak percaya atau tidak kata-kata Noni. Tapi... kalau benar kata Noni. Apa yang aku atau roh aku yang berusia 17 tahun itu sudah lakukan? Kenapa dia boleh muncul dalam hidup aku yang sekarang? Apa yang dia mahu?

"Dahlah. Pesan minum dulu. Nanti kita fikir okey? Senyum sikit." Noni sentuh tangan aku kemudian dia tarik pipi aku dengan sengihan.

Aku hela nafas. Badan aku sandar ke kerusi. Rasa tak berdaya memikirkan rumahtangga aku mungkin sedikit masa lagi akan sampai ke penamat. Bertambah pula dengan masalah aneh yang aku hadapi.

Noni pula asyik dengan telefon pintar dia.

Tiba-tiba mata Noni terbeliak.

"Babe. Ini kau kan?" Noni tayang skrin telefon dia pada aku.

Aku pincingkan mata pada skrin itu. Sebelum anak mata aku ikut membulat.

"Bila aku pergi tempat tu?" Terus aku rampas telefon pintar milik Noni itu. Noni bangkit duduk sebelah aku.
Dia ambil semula telefon dia. Kami sama-sama menilik gambar aku yang sedang mempotret  seorang lelaki di sebuah restoran makanan segera.

Gambar aku itu gambar kandid. Entah siapa yang ambil.

"Sesiapa kenal gadis misteri ini. Tolong beritahu saya sedang mencari dia. Saya cuba hubungi dia tapi tak dapat. Kalau dia baca status saya ni.. Saya nak beritahu. Lala.. saya yakin pertemuan kita bukan satu kebetulan tapi petanda. Petanda yang awak mungkin jodoh saya."

Noni baca status yang menjadi tular itu.

"Cia..Cia..Cia.. dasyat wey pickup line. Tak sangka bestfriend aku ni laku lagi. Anak ikan pula tu kau tangkap!" Noni dah gelak besar.

Aku tampar lengan dia.

"Bodohlah kau. Anak ikan apa? Aku tak pernah jumpa budak ni!" Marah aku. Gila apa? Bila masa aku jumpa budak lelaki ni? Kejap! Aku buka telefon pintarku semula.

Kenapa aku boleh tak perasan punyalah banyak panggilan tak berjawab dan mesej yang masuk.

"Ben, nama dia Ben. Kau tengok ni dia cari Lala." Aku ketap bibir. Maknanya cerita Noni benar.m

Aduhai! Kusut betul aku. Kalaulah Niqris terbaca status budak ni. Musnah rumahtangga aku!

"Dah-dah. Jom selfie satu kali. Alang-alang aku beli Iphone  baru ni. Asalnya aku nak tayang kat kau. Tapi terkejut beruk pulak aku tengok kau jadi viral. Dari tangkap gambar curi-curi. Baik ambil gambar depan-depan macam ni."

Noni ni sengajalah. Aku tengah rungsing. Dia boleh pulak nak buat lawak hambar dia. Tapi aku layankan jugak dia.

"Okey! Okey!  Sekarang aku nak test buat video pula." Telefon baru kan memang teruja lebihlah dia.

Malas aku nak layan. Aku ambil gula-gula dari dalam beg tangan aku.

"Kau ni kan tak habis-habis dengan gula-gula tau. Rosak gigi baru tahu." Noni tegur aku sambil sebuk merakam aksi aku sumbat gula-gula yang aku beli dengan budak kecil tempohari ke dalam mulut.

"Sebab gula-gula saja buat aku happy. Kau apa tahu?" Aku balas teguran dia dengan mulut berisi gula-gula manis itu.

Aku jeling Noni tapi tiba-tiba saja pandangan aku berpinar dan mata aku rasa mengantuk.

Aku picit kepala aku.

"Noni.. aku mengantuklah.." Aku nampak Noni pandang aku dengan pelik sebelum mata aku terpejam.

Aku & Sweet 17 Lala ( HOLD)Tempat di mana cerita hidup. Terokai sekarang