Bab 5

771 85 6
                                    


Kecil anak mata aku mencerun lelaki segak depan aku itu.
Jadi, ini suami aku bila aku sudah dewasa nanti. Boleh tahan, tapi bukan taste aku. Skema dan beku gayanya. Eeii! Macam mana aku boleh terkahwin dengan mamat ni? Tak fun langsung!

Oh Najla. Apa yang kau dah buat dengan kehidupan kau? Aku masih tak boleh nak hadam yang aku hanya seorang surirumah tanpa anak setelah hampir 12 tahun berkahwin dan Noni ada beritahu aku. Lelaki ini yang tak mahu anak! Sakit betullah hati aku! Dah kenapa kau kahwin kalau kau tak mahu anak. Kau nak buat aku tempat buang nafsu kau ke pak cik?

Eh! Mencanak-canak pula darah aku naik atas kepala.

"Eh! Dengar sini ya pak cik. Mulai hari ini aku buat hal aku. Kau buat hal kau. Faham?" Tak semena-mena aku bangkit berdiri sambil tepuk meja.
Entahlah, tiba-tiba saja aku rasa mahu marah. Aku yakin dia ni mesti suka buli Najla sebab itu Najla takut kehilangan dia.

Terpinga-pinga si suami 'Najla' itu tengok muka aku. Terkejut barangkali kena marah tiba-tiba saja dengan aku.

Dia jungkit kening. Menyoal dengan gaya mata yang aku ni dah kenapa?

Aku kesat hujung hidung sebelum tarik senyum sinis. Kemudian aku ambil bag sandang belakang aku.

"Jom Noni." Aku ajak Noni pergi. Lantaklah pak cik tu nak kata apa. Aku peduli apa! Dia nak ceraikan Najla? Biarkan! Memang patut Najla hidup sendiri aje. Kenapalah masih nak terhegeh-hegeh pada suami yang tak cintakan kau?

Eh! Marah pula aku pada Najla dewasa. Aku jugalah tu. Najla tu aku!

Sampai depan lif. Noni rentap tangan dia.

"Lala. Kau janganlah buat hal wey! Apa aku nak jawab Niqris nanti. Dia dah pelik tengok kau pakai macam ni tadi. Kau buat hal macam tu pulak tadi!" Keras Noni marah aku. Risau sangat pak cik kejung tu fikir bukan-bukan.

"Biarlah dia pelik. Aku peduli apa? Eh! Kau tak rasa ke lelaki macam tu patut kena tinggal je. Dia ingat dia kaya. Dia boleh buat aku macam patung. Kau juga yang bagitau aku dia dah tak ada perasaan pada Najla. Kau nak ke kawan kau ni terhegeh-hegeh dekat jantan macam tu? Bodohlah Najla ni! Weh! Kenapa aku jadi bodoh cam ni bila tua? Baik tak payah tua." Aku dah mula membebel mengenangkan perangai aku di masa hadapan.

Tiba-tiba saja aku rasa sakit kepala aku. Serta merta pandangan aku berpinar-pinar. Bayang Noni pun aku nampak dua dah.

Tangan aku naik sentuh kepala. Sakit nak mampus!

Bila pintu lif terbuka. Aku cuba masuk dalam  lif tapi kepala aku makin berpinar. Terus aku capai dinding dan bersandar.

Noni sentuh bahu aku.
"Kau okey tak ni?" Cemas dia tanya.

Aku geleng.
"Aku pening." Aku pejam celik mata. Tapi sakit kat kepala aku makin menyengat.

Pandangan aku mula berbalam. Dalam samar aku nampak bayang lelaki mendekati kami sebelum aku jatuh terjelepok.

"Niqris! Help!"  Aku dengar Noni panggil lelaki itu sebelum pandangan aku gelap.


BUNYI pengera dari telefon bimbit aku bingit berbunyi. Tergapai-gapai aku capai. Perlahan aku buka mata. Sudah jam 7 pagi. Berat rasa badan aku.  Lemah aku bangkit dari berbaring.

Pandangan aku terhala pada Niqris yang sedang butangkan baju kemejanya di hadapan cermin. Seperti biasa, dia memang bangun awal untuk bersiap ke pejabat.

"Awak dah nak pergi kerja?" Lemah aku bertanya. Cuba bangkit dari tilam pula. Aku baru teringat yang aku belum siapkan Niqris sarapan.

Niqris diam saja dengan mata melirik pada aku dari bias cermin.

"Saya siapkan sarapan awak sekejap." Aku sarung selipar berbulu yang terletak di tepi katil.

"Tak payah. Rehat sajalah. Awak tu tak sihat." Belum pun aku bangun, Niqris lebih dulu menghalang. Dia berpaling pada aku dengan pandangan kosong. Pandangan yang aku lihat sudah tiada sirna cinta darinya.

Bibir aku mula bergetar. Aku teringat apa yang berlaku semalam. Bagaimana aku mahu meraih simpatinya untuk ubah keputusan dia.
Niqris mahu aku fikir hala tuju hubungan kami. Dia kata dia sudah tawar hati dengan aku.

Aku ketap bibir rapat-rapat mengurangkan rasa getarku. Tolonglah air mata. Jangan jatuh lagi.

"Awak dah tak sudi saya uruskan keperluan awak?" Aku tanya Niqris perlahan dengan masih menekur memandang lantai. Rasa mahu saja aku benamkan tubuh ke dalam itu. Biar kesedihan aku tenggelam jauh ke bumi.

Niqris lepas keluh.

 
"Apa yang awak mahukan sebenarnya Najla? Semalam awak juga yang suruh kita buat hal sendiri. Sekarang kenapa lain pula halnya?" Terus kepala aku terangkat. Berkerut seribu dahi aku. Bila masa pula aku suruh dia buat begitu?

Aku bangkit mendekati dia.

"Bila saya kata begitu? Niqris... tolonglah. Fikirkan lagi. Dah hilang terus ke rasa cinta awak pada saya? Saya janji saya takkan ungkit hal anak lagi. Kalau awak belum bersedia. Saya sanggup tunggu. Saya cuma minta awak jangan tinggalkan saya. Saya tak ada siapa-siapa Niqris." Batang tubuh Niqris yang sedang membetulkan tali lehernya, aku peluk erat dari belakang. Aku takut sangat kehilangan dia.

Aku kehilangan ibu dan ayah waktu aku berumur 15 tahun. Sebelum itu hidup aku bahagia bersama kedua ibu bapanya. Pemergian mereka meragut kebahagiaan aku. Mujur saja arwah ayah tinggalkan sedikit simpanan. Aku sambung belajar. Disanalah aku bertemu Niqris.
Kami jatuh cinta dan berkahwin. Niqris layan aku bagai puteri hingga aku rasa tak perlu lagi untuk aku habiskan pelajaran. Niqris  buktikan dia mampu menyara aku.

Awal perkahwinan aku ikut saja bila Niqris kata dia belum bersedia jadi bapa. Kami merancang lama. Tapi lama kelamaan dia makin selesa. Kerjayanya menjulang naik dan makin sibuk. Kami makin senang namun Niqris saban tahun menolak ingin punya anak.

Tetapi aku yang makan hati. Setiap kali bertemu keluarganya. Pasti aku diperli. Di sindir dan dihina. Kata mereka aku perempuan mandul. Aku diamkan saja demi menjaga nama suamiku. Mana mungkin aku hebahkan yang Niqris tak
mahu anak kerana takut menganggu kerjayanya.

Tangan Niqris naik menyentuh lenganku dan perlahan dia tolak ke bawah.

"Rehatlah. Tak payah cakap hal ni lagi. Saya sibuk." Terus dia capai beg kerjanya dan berlalu pergi. Aku jatuh terduduk.

Memang sudah sampai penamatkah hubungan aku dan dia?

Pandangan aku jatuh pada diri aku yang terduduk lemah dia depan cermin besar depan almari.

Aku tunduk memandang badan aku sendiri. Bila masa aku pakai baju T- shirt sendat macam ni?

 Bila masa aku pakai baju T- shirt sendat macam ni?

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.
Aku & Sweet 17 Lala ( HOLD)Where stories live. Discover now