Bab 4

709 83 8
                                    

Serius aku cakap, aku agak kagum dengan teknologi zaman 2020 ni. Noni tunjuk aku banyak benda canggih. Ternyata dunia telah maju. Maklumlah, aku dan dia dulu duduk di kampung aje.

Noni bagitau aku yang lepas aku bernikah. Aku ikut suami aku tinggal di Kuala Lumpur. Noni pula dapat kerja di sini juga. Jadi kami memang sentiasa rapat. Walaupun pada dasarnya, Najla bukan lagi Lala yang dulu. Noni tetap sayangkan aku walau apapun perubahan aku.

Macam sekarang. Dia memang tak tinggal aku yang masih bingung ni.

Aku toleh pada Noni.

"Kau serius ke ni wey?" Cuak dah aku dengan cadangan Noni ni.

"Seriuslah! Aku tengok movie. Macam nilah selalunya kalau orang hilang ingatan. Kau tak sedar masa dalam kereta kan? Aku ingat sebab kau mungkin ada exciden ni." Yakin betul Noni dengan cadangan dia tu. Ikut movie pulak dah dia.

"Tu movielah bongok. Ni kau nak pertaruhkan nyawa aku!" Aku marah dia. Gila betul minah ni. Aku rela hilang ingatan dari aku mati katak kat tangan minah ni. Tak mau aku!

Baru aku nak buka pintu kereta bahagian penumpang. Noni tarik tangan aku.

"Lala! Trust me." Noni tayang muka bersungguh.

Aku sandar semula. Pegang tali pinggang keledar  erat-erat sambil pejam mata.

"Okey! Let's do it." Ah! Hentam jelah. Yang pasti aku nak ke dunia aku balik. Dunia di mana aku sedang mengejar cita-cita.

"Okey... Satu." Noni mula mengira.

"Dua."

"Tiga!"

"Cukup! Cukup! Aku dah peninglah wey!" Termengah-mengah aku dalam kereta. Si Noni punya kerjalah ni. Dia bawa kereta laju-laju kemudian berhenti mengejut. Konon-konon itu cara aku ingat semula. Sebab aku hilang ingatan masa dalam kereta. Entah macam mana dia boleh terfikir begitu. Ikut movie konon!

Masalahnya aku masih tak ingat apa-apa. Yang aku tahu umur aku masih 17 tahun.  Bukan 32 tahun!

"Okey-okey. Kita balik dulu." Noni akhirnya mengalah. Aku pun dah pasrah. Terpaksalah aku hidup di zaman 2020 ni dengan jiwa yang masih remaja biarpun umur aku dah cecah 30an.

Sepanjang perjalanan, iris mata aku tak berkerdip melihat kemajuan zaman ini.

Anak mataku menangkap satu perkataan di dinding bangunan besar itu. MALL. Bersinar-sinar terus mata aku.

Aku seluk bag tangan aku.  Maksud aku bag tangan Najla dewasa. Bibir aku mengukir senyum jahat.

"Berhenti sini Noni. Aku nak beli barang." Aku suruh Noni berhenti di pusat beli belah itu. Noni pandang aku pelik tapi dia ikutkan juga permintaan aku.

Noni geleng kepala tengok aku atas bawah.

"Kenapa?" Aku angkat kening.

"Kau memang dah gila." Noni dah tak mampu kata apa.

"Cantik kan baju aku? Aku nak ni." Aku gayakan pakaian yang aku pakai depan  Noni. Lepas satu, satu aku cuba. Syoknya banyak duit! Mestilah aku beli pakaian yang kena dengan selera remaja aku. Kalau aku tengok balik penampilan aku tadi tu. Patutlah laki hang jemu kat hang Najla wey! Mendatar macam mak cik - mak cik!

"Puas hati? Hah! Puas hati?" Noni jeling aku.

Aku angguk sampai tergoyang-goyang tocang ekor kuda aku. Mestilah puas hati. Barulah aku rasa aku ni Lala. Ikutkan hati nak jugak aku potong rambut tapi macam sayang pulak. Sebab tu, rambut si 'Najla' yang panjang lepas bebas sebelum ni aku ikat gaya ekor kuda. Lega!

Puas hati aku tengok T-Shirt sendat dan seluar jeans koyak kat paha yang aku pakai dari balik cermin. Barulah muda!

"Jomlah balik. Dah petang ni. Niqris mesti risau kalau dia balik kau tak ada." Noni jeling tengok jam tangan dia.

Aku rengus kasar. Niqris! Niqris! Entah apa yang Noni risaukan. Lantaklah mamat tu. Eeii! Macam manalah aku boleh berlaki!

"Kau tak nak tengok ke kondo mewah kau." Noni sengaja menggiat aku.

"Kondo mewah?" Terangkat kening aku.

"Ye. Laki kau kan kaya. Dia siap hadiahkan kau kondo tu tau." Bersungguh Noni beritahu.

"Serius ah?" Wow! Baik hati betul laki aku tapi kenapa hubungan Najla dan dia boleh jadi begitu?

Sampai rumah yang Noni kata Niqris hadiahkan untuk Najla. Bibir aku tercebik nipis. Bukan aku nak cakap apalah. Kondo mewah ni memang lawa cuma bukan selera aku. Aku capai air jus oren dari dalam peti ais. Canggih peti ais ni. Rasa macam mimpi pulak aku dapat hidup semewah ini. Tapi itulah, setakat hidup suami tanggung. Apa saja pencapaian aku?

"Nanti kalau Niqris balik. Kau jangan nak buat perangai. Niqris tu bukan boleh jangka. Hati dia dah tawar dengan kau. Kau jangan nak bagi dia tinggalkan kau terus pulak." Noni beri pesan pada aku. Risau sangat aku buat perangai. Handsome sangat ke Niqris tu? Baik sangat ke? Sampai Noni takut dia tinggalkan aku?

"Bagus sangat ke lelaki tu sampai 'Najla' tak boleh hidup tanpa dia?" Nak juga aku tahu. Aku duduk di kerusi meja bar warna merah yang buat ruang dapur itu nampak elegan.

"Macammana nak cakap eh? Niqris tu bagus sebenarnya. Dia sayangkan kau. Apa kau nak semua dia bagi. Cuma satu je dia tak nak. Dia tak nak anak. Tapi kau pulak asyik mendesak sejak akhir-akhir ni sebab tak tahan kena perli dengan family dia. Entahlah aku kau orang ni. " Noni lepas keluh. Ikut melabuh duduk dihadapan aku.
Macam teruk sangat saja kehidupan aku. Oh Najla. Kenapa kau jadi begini? Seingat aku, aku ni seorang yang bercita-cita tinggi. Aku nak jadi pelukis terkenal. Mahu ada geleri aku sendiri. Ini aku merengek nak anak?

Bunyi keriukan pintu dibuka buat aku dan Noni berpaling ke muka pintu.

"Suami kau dah balik." Noni bisik pada aku. Tak lama lepas itu muncul seorang lelaki dihadapan kami.

Wow! Kacak! Smart. Suami aku ke tu? Dia menghampiri kami. Pandang aku dengan pelik.

"Awak luruskan rambut?" Eh! Dia perasan perubahan aku. Memang aku kasi lurus rambut tadi.

"Kenapa? Awak tak suka?" Sengaja aku nak uji dia. Lelaki jenis apa pak cik ni.

Dia cuma senyum nipis buat muka tak ada perasaan. Kemudian ambil duduk dihadapan aku selepas Noni bangkit pura-pura cari barang dekat rak tepi dinding. Entah apa dia cari kat rumah orang.

Lihat wajah acah-acah tenang lelaki itu buat aku panas hati. Noni cakap pak cik ni dah tawar hati dengan Najla. Nak tinggalkan Najla. Heh! Dia ingat aku hadap sangat dengan dia? Dasar lelaki muka robot! Kejung.

Aku & Sweet 17 Lala ( HOLD)Where stories live. Discover now