Part 18

136 4 0
                                    

"Afya."

"Afya."

Mata aku buka perlahan lahan. Sinar cahaya dari tingkap menerusi mata aku sedikit silau.

"Afya." kata Emy yang berada di hadapan aku.

Aku terkebil kebil memandangnya. Aku memandang sekeliling. Aku tak tau lah aku masih bermimpi atau memang aku rasa lain.

"Alhamdulillah kau dah sedar."

"Aku kat mana ni, Emy?"

"Kau kat hospital. Dah 3 hari kau tak sedar."

Branula pada tangan kiri aku pandang. Ha ah lah aku kat hospital.

Aku pegang kepala yang sedikit berdenyut. Tekstur kain bandage aku rasa. Lah kepala aku ni kenapa? Berbalut bagai.

"Kau ingat tk, Afya?"

"Apa?"

"Skydiving."

Kening aku berkerut. It's not a dream?

"Aku selamat?"

"Sir Thompson." Emy pandang pintu masuk.

Sir Thompson berada di pintu sambil senyum ke arah aku. Tangan nya berbalut simen. Aku terkedu memandangnya.

"Dia sempat tangkap kaki kau. Cuma accident sikit bila satu payung terjun tampung 2 orang."

Sir Thompson mendekati.

"Sir! I'm very, very sorry. I'm careless. I didn't check the bag properly. I can't afford to do anything until you has to take the risk."

"Nah it's okay. If I not help you, it will be effect to our company."

Aku mengeluh panjang. Kenapa lah banyak benda buruk jadi dekat aku?

******

"Kau bagitau parents kau ke?" tanya Emy sambil memapah aku ke dalam rumah. Aku dah discharge hari ni. Tapi tu lah jalan macam orang mabuk.

"Bagitau. Diorang nak saman. Tapi aku kata tayah sebab pihak syarikat dah langsai bil hospital. Lagipun aku takut status company tu terjejas."

"Baik betul hati kau ni Afya. Kau dah sakit macam nak mati pun fikir pasal orang lain." Emy perlahan lahan membaringkan aku di sofa.

"At least aku rasa tenang hati. Dapat senangkan orang lain." aku urut kepala aku yang pening seketika.

Emy terus menuju ke dapur untuk ambil air.

"Mr Sheng kata kita dapat markah lebih sebab berani tanggung risiko main skydiving."

"Lebih? Aku accident, dia bagi lebih?"

"Wey minah! Kau ni nak aku cakap Tagalog ke baru kau paham? Dia bagi markah lebih sebab berani skydiving bukan sebab accident skydiving. Perlu ulangan?"

"Ouhhh..okey ahh tu. Berbaloi sakit- sakit pun."

"Kau tahu tak aku gelabah gila tengok darah kau mengalir laju keluar dari kepala? Sir Thompson suruh call ambulans pun aku tak sedar."

"Hahaha. Aku boleh bayang muka kau."

"Gelak pulak dia. Aku serius tau"

*****

"Yaahuuuu! Tanah airku. Sampai jugak akhirnya." aku menjerit sedikit kuat bila sudah melangkah di KLIA. Sudah lama tidak hirup udara Malaysia.

"Shuhh diam lah. Kau ni kenapa?" marah Emy.

"Eh kau ni. Kau tu balik jenguk laki tiap tiap tahun. Aku ni 3 tahun tak balik. Jangan marah okeyy."

"Dah dah. Tolak troli kau tu. Jom kita pergi minum sementara tunggu family kita sampai."

"Jom!!"

"Berapa? RM18.90 ya?"sementara Emy bayar di kaunter Tealive aku sedap sedut air di belakangnya.

Tiba tiba aku perasan seorang lelaki yang tidak jauh dari kami. Seorang lelaki berbadan tegap dan berbaju hitam. Rambut disisip rapi. Kemas orang nya.

Dia panjang ke arah kami. Lama jugak lah.

Jap jap. Kenapa aku rasa macam pernah jumpa eh dia ni? And kenapa dia pandang macam tu? Dia kenal kitorg ke?

"Weyy Emy Emy." aku tepuk bahu nya dengan kuat.

"Kau ni dah kenapa?" marahnya.

"Tu!"aku tunjuk lelaki tersebut. Yang tidak lepas memandang kami.

"Tu laki tu. Dari tadi lagi dia pandang kita. Kenapa? Kita ni macam orang yang-"

"Ayangggg!!" Emy terus berlari kearah lelaki tersebut lalu memeluknya erat.

Ouhh patutlah aku macam pernah nampak dia. Emy tampal gambar laki dia besar besar dalam bilik.

Aku tak pernah lah se frust ini. Jenuh aku pikir siapa dia. Muka familiar naww.

Aku pun sedut slow ii air tealive sambil melihat dua merpati sejoli tengah tengah airport ni. Haihhh lama lagi ke?

Tiba² kepala aku berdesing dengan kuat. Aku terjerit sedikit. Kenapa kepala aku ni? Sakit lagi ke sejak accident haritu?

"Kalau tenung partner orang dengan muka sendu ni mesti sebab single ann?" tegur seseorang dibelakang aku.

Aku menoleh.

"LAILA!" aku terus mendakapnya laju. Ya Allah rindu nya aku beruk hutan sorang ni.

"Kau sorang je ke ni?"tanya aku.

Dia tergelak besar

"Afya. Family kau family aku jugak." dia tunjuk ke arah pukul 4 dan aku pun terus menoleh.

"Mummy daddy abang aiman kak fina semua ada!"

Aku terus berlari kearah mereka. Aku terus peluk mereka serentak. Haa kalau dah rindu tangan pun boleh muat 10 orang peluk.

Hidup aku kembali bersinar.

*****








AFYA AILEEN (completed)Where stories live. Discover now