"Awak usya saya kan tadi?"
"Err... excuse me Sir. Tak de masa saya. Jangan perasan". -Afya Aileen-
"Hmmp takpe lah. Nanti kalau awak dah single jangan lupa bagitau saya tau." -Dr Akhtar-
Sekuat mana pun cinta sejati itu tak semestinya perlu bersama...
Mujur hari ni cuti. So boleh lah celebrate befday sama sama dengan family yang sepatutnya celebrate semalam. Makanan tu semua aku simpan dalam peti. Aku malas nak kejut diorang untuk naik bilik. Kang diorang tengah mamai mamai suh aku tiup lilin.
Aku just ambil selimut dan bantal untuk diorang. Sofa ada tiga. Sorang ambil satu. Aku terpaksa papah mummy untuk ke sofa. Dia tidur mati woo. Kemudian aku tidur di bawah dengan Kak Fina. Tak pernah pernah family aku macam ni. Walaupun tak dapat celebrate pada waktu yang sepatutnya, aku rasa bahagia sangat.
Tapi ada satu masalah besar yang perlu diselesaikan. Macam mana nak pujuk mummy ni? Menyesal pulak aku cakap kat dia haritu.
"Afya! Come here. Bukak hadiah pulak." laung Kak Fina dari ruang tamu.
Aku yang sedang membasuh tangan di sinki dapur tersedar dari lamunan.
"Haa ye. Kejap!"kemudian aku berlari ke arah mereka.
"Afya nak bukak yang mana dulu?"tanya daddy.
"That's the biggest one."aku menunjukkan kotak hadiah yang bewarna biru. Nice.
"Agak agaknya ni dari siapalah ye?" aku buat buat tak tau. Abang Aiman je berani bagi barang besor besor ni kat aku.
"Wah ada wish card lah. Baca jap eh." aku pun membuka helaian kad tersebut. Abang Aiman hanya tersenyum.
Aku baca sepintas lalu. Aku dah baca dah semalam. Siap menghayati lagi setiap bait bait kata sampai nangis nangis.
"Aww...syo syuweet lah bang."aku tarik pipinya. Kemudian laju aku buka kotak besar tu.
"WEYYY SERIUSLAH??!!!"
Alamak! Gambar ini tidak mengikut garis panduan kandungan kami. Untuk meneruskan penerbitan, sila buang atau muat naik gambar lain.
Hoverboard Self Balancing Scooter 6.5" ni weyyy. Aku dah lama nk natang ni.
"Wahhh!!! Thank u thank u thank u thank u Abanggggg!!"laju aku peluknya dari tepi. Terbaring anak jantan tu.
"Haa. Ye lah sama sama. Sana sikit. Afya berat lah." dia menolak muka aku jauhinya.
"Ok next." aku baca kad dari Kak Fina and daddy. Ekspresi aku sama macam tadi. Pura pura terkejut.
Kak Fina bagi aku koleksi tudung dUck vivy yusof. OMG. Mahal kot tudung ni. Dia suka lah tu aku dah start pakai tudung.
Kemudian aku buka hadiah daddy pula. Dia bagi aku satu frame besar yang ada lukisan kami satu family.
"Daddy!!!! Nampak real lah!! Haa haa haa." aku nak nangis. Aku cam style lukisan ni. Spe lagi kalau bukan daddy yang lukis semua ni. Bakat terpendam dia. Sebagai hobi.
Kemudian turn mummy pula. Dia hanya menghulurkan wish card.
"Mummy takde hadiah untuk Afya ke?" aku pura pura sedih. Padahal hadiah dia lagi besor dan takde tandingan. Sampai buat aku sesak nafas malam tadi.Wuhuuu. You win mom!!