PART 15

144 9 0
                                        

[Press ☆ dulu yaa]

Air mata aku dari tadi tak berhenti turun. Mata terasa semakin pedih tambahan pula suhu bilik ni sejuk.
Aku tenung cincin belah rotan di jari manisku. Dalam hati aku sumpah seranah diri sendiri.

Titt..titt...titt hanya bunyi nadi di monitor berselang dengan tangisanku.

Aku cuba mencari oksigen dan mengeluh perlahan. Tangisan makin reda. Aku tenung lama wajah pucatnya. Walaupun dalam keadaan tidak sedarkan diri, mukanya tetap sedap mata memandang.

"Akid."

"I'm sorry..." aku tak mampu nk habiskan ayat. Air mata aku turun kembali. Akhirnya aku bendamkan muka aku di hujung tilam katil. Tanganku kuat menggenggam selimut yang meliputi separuh badannya.

Sedang aku leka melayan perasaan sendiri, terasa seperti tanganku diraih. Cepat cepat aku mengangkat muka.

Abang Aiman cuba menenangkan aku. Tanganku ditarik keluar dari wad.

Setibanya di koridor, laju saja aku memeluk abang sulungku itu. Hati ni sungguh sayu. Hanya Dia saja yang tahu. Abang mengusap belakang aku perlahan.

"Abang! Ni semua salah Afya bang. Afya punca Akid jadi macam tu." luah aku berserta tangisan yang kuat. Aku tak mampu Ya Allah.

"Shhhuu! Semua ni takdir Afya. Jangan salahkan diri sendiri."

Aku hanya berdiam. Sungguh aku tak kuat. Terlayar kembali apa yang terjadi...

Flashback.

"Akid! Apa awak buat haa?"jerkah aku setelah melangkah masuk ke dalam rumah Abang Irfan.

"Afya, dengar dulu. Saya tak buat semua tu. Saya..." Akid terus bangun dari perbaringan dan berlari ke arah aku.

Wajah Abang Irfan juga terkejut dengan kehadiranku.

"Apa?! Saya apa? Awak sengajakan pergi tempat jahanam tu. Awak sengaja goda semua bohsia bohsia dalam tu untuk puaskan nafsu awak!!"

"Afya. Listen to me."dia cuba meraih tanganku.

"Saya BODOH lah percaya orang macam awak. Saya sangka awak lain dari yang lain. Tapi semua lelaki sama je." aku menepis kasar tangannya.

"Afya. Please dengar dulu apa yang saya nak cakap." dia kembali mengunci lenganku kuat. Aku tak mampu lawan.

"Apa lagi yang saya kena dengar? Semua dh jelas dah Akid." akhirnya air mata wanita aku tumpas lalu terduduk. Aku tak mampu lagi untuk menengking nya.

"Trust me Afya. Saya tak buat semua tu. Saya kena khianat, Afya." dia yg melutut depan aku

Aku tertawa sinis. "Dah salah sendiri, nak cakap kena khianat pulak." aku menyindir. Pandangan tajam aku berikan.

"Saya ni tunang awak Akid. Minggu depan saya sah jadi isteri awak. Kenapa perlu awak pergi cari yang lain? Saya kecewa dengan awak Akid." aku terus bangun dan meninggalkannya. Namaku yang dipanggil ku palaukan saja.

Kereta Mini Cooper aku masuk. Enjin dipandu laju tanpa arah. Perasaan aku makin bercelaru. Kenapa? Aku tak layak hidup bahagia ke?

Setibanya di lebuhraya, aku perasan sebuah kereta Maserati milik Akid mengekori kereta aku. Marah aku makin membuak.

"Baru ni kau nak kejar aku?"padel minyak ditekan kuat. Jauh aku meninggalkan dan tiba di sebuah simpang empat. Lampu merah, tapi kesah apa aku. Aku menoleh ke cermin sisi kereta, Akid juga turut melanggar lampu merah.

Tiba tiba sebuah van merempuh kereta Maserati Akid dari kiri. Aku terlopong. Betul ke apa aku nampak ni. Pantas aku menekan break dan keluar dari kereta. Aku hanya terkaku disitu seperti sebuah patung. Terlihat orang ramai sedang berkerumun di kawasan terbabit. Aku cepat cepat mencapai fon dan menelefon ambulans.

Tamat

"Pesakit mengalami kecederaan di kepala dan jantung yang menyebabkan jantungnya lemah."

"Paling lama jantungnya boleh bertahan selama 4 tahun sahaja."

Terngiang ngia suara doktor di kepalaku. Ya Allah. Apa aku dah buat ni? Aku terlalu ikut emosi sampai memberi ancaman pada orang yang paling aku sayang.

"4 tahun?"

Siang malam aku tunggu Akid sedar dari koma. Apabila dihitung hari, sudah seminggu dia tidak sedarkan diri. Aku sanggup naik RapidKL kalau takde transport untuk jenguk Akid setiap hari.

Setiap kali aku pandang wajah pucatnya, perasaan bersalah mengawal emosi. Aku benci diri sendiri. Bodoh Afya. Bodoh.

Air mata aku tak mampu lagi keluar dari tubir mata. Aku hanya termenung di kerusi dalam wad pada siang hari. Apabila malam, aku merenung tubuh lesunya di ruang menunggu melalui cermin tingkap.

Setiap masa mummy, daddy,akak and abang akan memberi semangat padaku. Termasuk MakLong dan Wan. Tapi apakan daya. Semangat aku ada pada Akid. Aku jadi kuat disebabkan dia.

Aku rasa kosong. Hidup aku tidak lagi berwarna warni seperti dahulu. Setiap hari senyuman Akid menjadi santapan aku. Setiap hari aku menjadi gembira apabila dia di sisi.

Tiba tiba telefon aku berdering tanda notification masuk.

Its my WEDDING day, Afya Aileen! Be a good wife.

Air mata aku laju berguguran. 13 January tarikh yang aku nantikan selama ni. Sepatutnya hari yang menggembirakan. Hari yang paling bahagia. Datang sekali seumur hidup. Tapi kini hanya lah sendu di hati melihat dia masih terlantar di katil. Secara ringkasnya, tak jadi kahwin.

Berhari hari aku bersedih. Mungkin mengalami kemurungan tahap kritikal. Makan tak kenyang, tidur tak lena, mandi tak basah. Selagi Akid Akhtar tak sedarkan diri, aku akan terus bersedih.

"Afya!" jerit mummy di muka pintu bilik aku. Aku hanya memandangnya dengan mata yang bengkak.

"Akid dah sedar."

Laju saja kaki aku berlari di koridor hospital. Mulut terkumat kamit ucap syukur pada Nya. Mummy dan Kak Fina mengekor langkahku.

Pintu wad dibuka sedikit kasar. Terlihat MakLong dan lain lain sedang bersembang dengan Akid. Masing masing jelas tersenyum setelah Akid sedar.

Aku terus menuju ke arahnya dan berhenti di hujung katil. Dia yang sedang bersandar di kepala katil terus menegak setelah tampak kelibat aku.

"Akid..."

"Kau berani tunjuk muka kat sini?"

Sungguh aku terkejut. Muka Akid yang gembira tadi terus berubah dingin. Orang lain turut terkejut.

"A...akid?" terus gagap. Aku salah dengar ke?

"Kau punca segalanya. Kau punca aku macam ni!!!" suaranya mampu didengari orang di luar wad.

Aku hanya sentap terkaku. Kaki aku mengigil gigil dari tadi.

"Because of you, I got this!" dia tunjukkan bandage yang berbalut pada kepalanya.

"And because of you, I have only 4 years!! Only FOUR, Afya!!!!"  semakin kuat suaranya. Aku yang naik takut.

"Akid... I'm sorry..."

"Wei! Gi berambus lah perempuan!!" dia baling batal dan segala menda di atas meja ke arah aku. Mujur sempat Abang Aiman tarik tangan aku dan keluar dari wad. Laju saja dia mendakap aku dan mengusap belakang aku. Dari sini aku boleh mendengar suara tangisan Akid di dalam. Jelas dia menderita.

Aku tak tahu nak rasa apa sekarang ni. Air mata sudah lama kering. Aku hanya terdiam balas kembali pelukan Abang Aiman.

'What if Akid hate me forever?'

*****

TERUSKAN MEMBACA YERK♡








AFYA AILEEN (completed)Tempat di mana cerita hidup. Terokai sekarang