PART 12

143 8 0
                                        

[Press ☆ dulu yaa]

"Afya! Nak towel." laung Laila dari dalam bilik air.

"Eh ingat aku bibik kau ker? Ambil lah sendiri."

"Aku keluar terlanjang kang kau yang terciduk. Cepat lah!"

"Ish. Kenapa lah kau tidur rumah aku malam ni? Padahal rumah kau dekat je. Banyak lah alasan kau nak tolong masak kat sini. Goreng tolor pun hangus." bebel aku sebelum mencapai towel Laila dan hulurkan kepadanya.

"Diam lah bini Harris."

"Eyyyy. Aku benci kau Laila!!!" sumpah geli sial sebut nama jantan tu depan aku.

"Dah lah aku nak pi makan." ujar aku lalu menyarung tudung ke kepala.

"Ehh. Maghrib dulu!" kedengaran suara Laila di pintu bilik air.

"Cuti! Babai." aku melangkah keluar lalu pantas menuruni tangga.

Penuh ruang tamu dengan anak anak jantan. Kenapa ni? Batang hidung perempuan sorang pun aku tak nampak.

Semua fokus tertumpu pada screen tv je. Lahhh bola ke? Patut lah penuh, Malaysia lwn Vietnam. Tak start lagi dah congok depan tv. Apa lah.

Aku pun melangkah ke dapur memandangkan perut sudah menyanyikan lagu. Terlihat kaum hawa sedang busy siapkan masakan untuk kenduri esok. Uishhh. Busy nau semua sampai mummy pun tak perasan yang anak bongsu dia ni hampir mati kelaparan. Aceyy...

Syupp!! sepantas kilat aku berada di sebelah mummy.

"Mummy."

"Haa."

"Afya lapar."

"Nah. Lauk pi minta orang luar." mummy memberikan sepinggang nasi kosong.

"Ok maceh." aku pun dengan riangnya berjalan keluar ke belakang rumah untuk ambil lauk.

Walaupun rumah aku kat tengah tengah bandar, tapi mampu ape wat kenduri besar besaran macam ni. Depan rumah, belakang rumah sama luas je lamannya.

Aku ternampak daddy dengan Abang Aiman sedang jaga kawah bahagian ayam goreng. Uuu my fav♡

"Daddy. Nak kepak." minta aku sambil tersengih.

Daddy hanya tersenyum dan geleng kepala.

"Kepak kepak. Takde bahagian lain ke nak makan?" eee annoying nya soalan Abang Aiman.

"Biar lah. Sibuk je." aku menjelingnya lalu bereda dari situ selepas daddy meletakkan dua kepak dalam pingganku.

"Kosongnya pinggan aku. Kuah kuah takde ke?"mata melilau mencari kawah gulai kuning. Mummy kata tu menu utama esok.

Yeay jumpa. Dan kawah tu Akid yang jaga. Sorang. Haaa ni aku lemah ni.

Tapi aku kuatkan kaki melangkah ke arahnya walaupun rasa berat je.

Dia tersenyum manis bak gula melaka yang di gaulkan dengan gula tebu. Kemudian di mix kan pula dengan gula kastor dan gula kasar. Fuhhh auto potong kaki. Tu baru 4 jenis gula.

AFYA AILEEN (completed)Tempat di mana cerita hidup. Terokai sekarang