Aku silap dengar ke? Maklong sebut nama siapa tadi?
'Akid? Siapa Akid?' soal aku dalam hati.
"Doktor kata jantung dia makin hari makin lemah. Tak mampu nak tampung seluruh badannya." sambung Maklong lagi.
Aku hanya diam mendengar luahan Maklong yang kedengaran sayu.
"6 bulan lepas kemalangan, dia makin pulih. Tapi tak tahu kenapa dia makin hilang semangat untuk sihat. Lama kelamaan dia makin teruk dan tak mampu untuk bangun."
"Hilang semangat?" tanya aku perlahan.
"Mungkin semangatnya ada pada kamu Afya."
Aku agak terkejut Maklong kata macam tu.
"Bila dia dapat tahu kamu terbang ke Afrika untuk sambung study, dia terus jadi tak tentu hala. Makan tak mahu minum pun sikit je. Akid tak koma, dia cuma lemah."
Aku masih lagi diam. Tatau nak respon apa.
Tiba² mata Akid perlahan lahan buka.
"Akid anak ummi. Bangun sayang. Tengok siapa yang melawat Akid." ujar Maklong lalu bangun dan menyuruh ku duduk di kerusi sebelah katil. Aku masih terpinga pinga. Maklong terus keluar dari bilik wad.
Aku pun pandang Akid dan hanya tersenyum. Aku tatau nak buat apa. Blur.
Akid yang seperti patung tidak bergerak memandang aku lama kemudian perlahan lahan air matanya mengalir keluar. Tindakan aku spontan terus mengelap air matanya.
"Ai-Aileen." perlahan saja suaranya. Aku yang dekat ni pun tk berapa dengar.
Melihat air matanya yang semakin deras aku terus lap dan usap kepalanya.
"Please don't cry." pujuk aku. Tatau lh kenapa aku boleh tengok penderitaan melalui mata dia.
"P-please don't leave me again." ujarnya tersangatlah perlahan. Aku taktau apa maksudnya tapi aku hanya angguk dan tersenyum.
Kemudian baru lah dia kembali tenang dan sedikit tersenyum.
"You need to rest." ujar aku sambil pegang tangannya erat.
Kemudian matanya kembali tertutup rapat. Setelah beberapa minit dia tidur semula, aku lepaskan tangannya dan keluar dari wad.
Aku terus bersandar di dinding sambil meraup muka.
Siapa Akid ni?
Siapa dia dalam hidup aku and siapa aku dalam hidup dia?
Kenapa aku ni istimewa sangat bagi dia?
Kenapa dia makin sakit lepas aku study jauh jauh? Kenapa semangat dia ada pada aku?
Kenapa dia menangis bila nampak aku? Kenapa dia tak bagi aku tinggalkan dia lagi? Aku pernah tinggal dia ke? Aku tak kenal dia siapa.
Ouh yaa Aileen. Dia panggil aku Aileen. Satu-satunya orang yang panggil aku Aileen. Ini maksudnya dia memang kenal aku. Dia tahu nama penuh aku. Tapi...
Siapa dia?
Kenapa aku tak pernah ada memori pasal dia?
Pelbagai soalan bermain di benak fikiran aku.
*****
Aku hanya bersandar di sofa sambil mengurut kepala. Sakit bukan main lah.
"Adik akak sihat tak ni?" tegur Kak Fina terus mengambil tempat di sebelah aku.
"Pening sikit kak. Tatau lah kenapa." ujar aku yang mata tertutup rapat.
"Nak panadol tak? Akak ambilkan."
"Eh takpe takpe. Afya dah makan ubat tadi. Nak rehat je ni."
"Haa okey lah kalau macam tu."
"Maklong kata Afya pergi hospital tadi melawat Akid."sambung Kak Fina lagi.
Aku terus membuka mata dan memandang Kak Fina.
"Ha ah. Kebetulan jumpa Maklong tadi." aku memperbetulkan duduk.
"Akak ingatkan Afya dah lupa dah pasal Akid. Rupanya Afya masih sayang dia."
Aku terkedu. Sayang? Apa kaitan dia dengan aku?
Aku tersenyum paksa. Siapa Akid ni sebenarnya? Kenapa orang lain asyik cakap pasal dia?
"Kak. Afya nak tanya ni."
"Apa?"
"Sepanjang Afya study, Akid okey ke?"
"Mula mula tu ye lah. Ada semangat nak pulih. Tapi lepas dia tahu Afya pergi jauh dia terus putus asa. Sampai lah sekarang."
Sama!
Sama jawapan dengan Maklong.
"Dia kata benci tapi masih sayang." sambung Kak Fina lagi.
"Benci?" tanya aku.
Kak Fina pandang muka aku penuh simpati.
"Afya, akak faham peritnya nak terima dugaan. Lagi lagi pasal hati dan perasaan. Akak tahu Akid tu masih sayang lagi dekat Afya. Cuma dia terkejut dengan apa yang jadi. Itu yang dia marah sangat. Yang penting Afya kena kuat okey." kata² terakhir Kak Fina sambil usap belakang aku sebelum meninggalkan ruang tamu.
Apa yang jadi sekarang ni? Aku makin tak faham.Apa yang Akid terkejut sangat? Apa yang dia marah?
Memikirkan pasal Akid ni buat kepala aku makin sakit.
*****

ANDA SEDANG MEMBACA
AFYA AILEEN (completed)
Romans"Awak usya saya kan tadi?" "Err... excuse me Sir. Tak de masa saya. Jangan perasan". -Afya Aileen- "Hmmp takpe lah. Nanti kalau awak dah single jangan lupa bagitau saya tau." -Dr Akhtar- Sekuat mana pun cinta sejati itu tak semestinya perlu bersama...