[Press ☆ dulu yaa]
"Wan. Afya gerak dulu ya."
"Haa ye lah. Drive molek molek. Jangan fikir nak cepat sampai je."
"Ye Wan"
"Kalau lampu merah tu berhenti. Nanti polis saman pula."
"Ye Wan."
"Kalau ngantuk berhenti. Kang terbabas hilang wan sorang cucu."
"Wan. Apa gelor macam tu?"
"Wan pesan je. Aok tu cepat sangat pening. Kalau ngantuk pening. Kalau stress pening. Pastu pitam. Macam orang tua. Wan suruh balik dengan Akid tak emboh."
Akid dah balik semalam. Katanya ada perkara yang perlu dibuat. Entah lah. Rasa sunyi je bila dia takde.
"Segan lah wan. Lagipun takkan nak tinggal kereta Afya kat sini. Tak pe lah. Esok esok ke saya balik sini dengan dia."
Alahhh bodo. Kenapa aku cakap macam tu?aku menepuk dahi sendiri.
"Ermm. Saya jalan dulu wan. Assalamualaikum."malu mekk.
"Waalaikumusslam. Kirim salam Akid tu kalau jumpa dia. " kami pun bersalaman.
Aku hanya tersenyum.
Aku menghidupkan enjin kereta. Tayar bergolek meninggalkan perkarangan rumah kayu itu. Aku banyak cipta memori manis kat sini. Tunggu masa balik KL je. Penderitaan menunggumu Afya.
Apapun aku perlu buang perasaan ni secepat mungkin. Yang aku nampak sekarang ni Akid je harapan aku. Kalau nak harapkan budak lelaki kat U tu, dah lama aku palau diorang.
Eh. Tapi takkan nak jatuh cinta dengan lecture sendiri? Ahhh...biarlah. Asalkan perasaan terhadap perempuan dah hilang. Kalau Akid tak terima aku, pepandai lah. Sekarang ni aku kena cepat memperbetulkan hubungan aku dengan family. Itu je.
Tapi memang sah sah lah dia tak terima aku. Dia dah tau perangai aku. Mesti dia jijik kan.
Ringtone aku berbunyi nyaring. Panggilan diangkat tanpa melihat nama pemanggil. Mata masih fokus pada pemanduan.
"Hello."
"Hello biy."
Aku melihat screen fon semula. Nad.
Aku mengeluh perlahan."U nak apa?"
"U pergi mana? I call U tak angkat. I text U tak reply. I cari U merata tempat tau."
"I balik kampung. Rindu nenek."
"Rindu nenek je. Ni baby U ni tak rindu?"
Aku hanya diam. Pliss Afya. Lawan minah ni.
"Btw, jom keluar malam ni. Kita lepak lepak kat Mid Valley. Dalam pukul 10 macam tu okay? I ada benda nak cakap dengan U."
"Ok. I pun ada benda nak setel dengan U. Kita jumpa kat tempat biasa."
"Ok. Bye biy muah." talian dimatikan.
Aku kena putus dengan dia malam ni jugak. Dia akan merosakkan plan aku untuk berubah. Aku message Laila tentang perjumpaan aku dan minah tu.
Setibanya di Mid Valley, aku pergi ke surau dahulu untuk menunaikan solat Maghrib dan Isyak. Aku malas balik lagi. Memenatkan kalau patah balik.
Apa lah Nad ni nak jumpa lewat lewat. Aku dah lah cepat ngantuk. Nanti nak drive balik susah.
Aku duduk goyang kaki di Starbucks Cafe. Aku tak order apa minuman. Bazir ke duit je.
YOU ARE READING
AFYA AILEEN (completed)
Romance"Awak usya saya kan tadi?" "Err... excuse me Sir. Tak de masa saya. Jangan perasan". -Afya Aileen- "Hmmp takpe lah. Nanti kalau awak dah single jangan lupa bagitau saya tau." -Dr Akhtar- Sekuat mana pun cinta sejati itu tak semestinya perlu bersama...