PART 5

272 11 1
                                        

[Press ☆ dulu yaa]

Selepas beberapa hari aku terperap kat rumah aku akhirnya dah boleh gi class. Yeayy!! Aku ni bukan jenis ulat ukat buku yg rajin ke class ye. Tapi nk dkt final, so kena push skit ah.

Tapi sebelum ke class lusa, aku nak pi shopping hari ni. Banyak baju aku tak sesuai pakai dengan tudung. Kau gile nak pakai tudung with jeans koyak lutut. Herghhh.

Setibanya di Shopping Centres, aku mencari kelibat Laila. Hari tu kan kitorang decided nk shopping sama sama. Boleh dia ajar aku sikit sikit.

Trutt...trutt...

"Hello."

"Wey. Ko kat mana? Lama dah aku tinggu ni."

"Sorry beb. Aku dah sampai dah sebenarnya. Tapi aku sakit perut ni. Kau naik tingkat 3 pastu pergi tandas sebelah Mr. DIY tu. Aku kat sini. Tengahh....erghhh!!"

"Eyy. Kau ni. Pengotor!!"

"Hehehe. Sorry."

"Yelah. Yelah. Kau tunggu aku datang." talian di matikan.

Aku pun melangkah menuju escalator. Lepas naik dua kali, aku mencari Mr. DIY yang Laila cakap.

Aku sesat do pastu. Lepas snap peta mall aku terkial kial mencari. Fuhhh. Sampai gak akhirnya.

Semasa aku melangkah menuju ke arah tandas wanita, aku ternampak seseorang di ruang menunggu. Sedang bermain fon.

"Wei, Fahad. Kau buat apa kat sini?"

"Lorhh Afya. Tunggu Laila. Dia pergi tandas."

"Haa? Laila?"

"Ha ah."

"Korang keluar date ke apa ni?"

"Hehehehe. Date pun boleh."

"Ouhh."

"Kau buat apa kat sini? Shopping?"

"Haa. Shopping. Tapi nak gi toilet dulu." kata aku kemudian meminta diri.

Weyyy. Laila tak gitau apa apa pun pasal Fahad ikut sekali. Tapi nampak macam Fahad pun tk tau apa apa. Nak kena minah ni!

Aku berjalan laju memasuki tandas wanita. Mata aku memerhati sekeliling. Mencari anak Uncle Sidek tu.

Dalam banyak banyak tandas, ada satu je tandas yang tertutup.

"Haa. Tu mesti Laila."

Aku pun berlari menuju ke arah tandas itu.

Tok!! Tok!! Tok!!

"Laila! Kau bukak pintu ni. Berani kau eh ajak laki kau ikut sekali girls shopping kita. Haa!"

Tengah tengah aku mengamuk tu, seorang tegur aku.

"Eh. Afya bodo. Kau pahal?"

Aku menoleh ke tepi. Omg

"Laila?!!"

"Haa. Lupa kawan dah? Kau kenapa ni? Marah siapa tu?"

Klakk.

Pintu tandas tadi terbuka. Terjengul lah seorang kanak kanak dalam lingkungan 5 tahun. Muka dia dah nak nangis.

'Oh gosh.'aku gigit bibir bawah. Perasaan bersalah menguasai diri.

"Ermm. Adik..."aku melutut depan dia.

"Err.. akak main main je. Akak marah Laila bukan awak. Jangan nangis eh."aku dah lah tak reti pujuk budak.

AFYA AILEEN (completed)Tempat di mana cerita hidup. Terokai sekarang