PART 19

158 5 0
                                    

Tok! Tok! mummy mengetuk pintu bilik aku.

Aku yang sedang mengemas almari hanya tersenyum melihat mummy di muka pintu.

"Berseri je muka anak mummy dah balik."

"Mestilah mummy. Happy kot."

"Afya okey dak kepala?"

"Okey je mummy. Tak payah risau. Bukan kuat pun jatuh."

"Ni mummy risau ni hantar Afya belajar jauh jauh."

Takde apa lah mummy. Afya boleh jaga diri. Risau je lebih." kepala aku tiba tiba berdesing dengan kuat. Aku cuba untuk sembunyi riak wajah yang menahan sakit.

"So apa plan Afya sekarang ni?"tanya mummy.

Aku berfikir sejenak. Apa aku nak buat eh?

"Cari kerja kot."

"Kerja apa?"

"Ntah lah mummy. Kalau tkde kerja sangat Afya kerja je kat klinik Kak Fina."mudah jawapanku.

"Haa yelah. Asalkan kamu tk boring duduk rumah."

******

"Lahh! Hari hari apa? Kenapa semua tutup?" berkerut kening aku dihadapan sebuah kedai.

Frust betol aku dengan semua kedai haiwan hari ni. Pakat semua tutup. Cam mana aku nk apply kerja?aku pun terus berjalan tengah panas ni.

Bukan aku tanak kerja klinik haiwan tapi kat bandar ni 2 3 buah ke klinik haiwan yang ada termasuk akak aku punya.

Yang lain semua dh penuh staff diorg. Ramai pulak orang bandar ni student vet. Kacau daun betol

Sedang aku sibuk scroll iklan kerja di telefon kepala aku kembali berdesing dengan kuat. Berdenyut denyut kepala kemain. Aku terjerit kecil. Aku pun urut perlahan lahan sambil sapu minyak panas. Ni jelah aku buat bila sakit kepala.

Tiba tiba laju saja sebuah ambulans menyusuri jalan dan tetus masuk ke hospital.

Lah tak perasan aku. Jalan punya jalan sampai ke hospital dah.

Kemudian terdetik hati untuk....

*****

"Pendarahan dalaman?"

"Mungkin ini kesan daripada kemalangan tempoh hari masa skydiving." ujar Dr. Khairiah.

"Tapi doktor kat sana cakap hanya lebam biasa. Takkan lah sampai jadi macam ni."

"Itu lah saya pelik jugak. Berdasarkan gambar X-ray yang pihak sana bagi, bahagian kepala awak tidak ada apa apa. Tapi bila saya MRI semula tadi lain pulak jadinya."

Aku terdiam seketika. Aku ulang banyak kali soalan yang sama. Kenapa aku?

Walaupun perkataan 'pendarahan dalaman' tu macam remeh dan boleh buat operation, tapi aku belajar bio aku tahulah risiko dia macam mana.

"Apa saya kena buat doktor?"

"Setakat ni saya tk boleh bagi jawapan lagi. Masih dalam pengesahan puncanya. Saya sarankan awak berehat sajalah dirumah."

Aku tersenyum kemudian mengucapkan terima kasih sebelum keluar bilik Dr. Khairiah.

Kebetulan aku lalu depan hospital ni check lah terus. Saja pilih hospital swasta sebab tak ramai orang and aku tanak orang tahu pasal ni.

Aku duduk termenung di kerusi menunggu hadapan wad VIP.

Dah berapa puluh kali aku mengeluh berat. Tipis betol harapan aku.

"Afya?"satu suara menegur.

Aku mendongak memandang empunya suara.

"Eh maklong!" aku terus bangun dan salam tangan tuanya.

"Bila Afya balik? Mak long tak tahu pun. Lama betul tak jumpa."

"Baru je lagi maklong. Ni pun badan penat lagi." jawabku dengan lembut.

Haa sudah. Kang maklong tanya buat apa kat sini aku nak jawab apa?

"Mujur lah kamu ada sekali. Takdelah maklong sorang sorang. Kamu nak melawat Akid kan? Jum jum masuk." maklong terus tarik tangan aku memasuki salah satu wad VIP tersebut.

Di dalam bilik yang tidak terlalu cerah dan gelap, terdapat sekujur tubuh yang lemah baring di atas katil. Badannya penuh dengan cabel dan alat bantuan pernafasan.

Maklong terus duduk di kerusi bersebelahan katil pesakit.

Aku masih lagi berdiri tegak di hadapan pintu masuk. Dari jauh aku boleh nampak dia sedang bertarung nyawa.

"Mari sini." panggil maklong supaya aku datang lebih dekat. Aku pun berjalan dan hanya berdiri di hujung katil.

Mukanya kelihatan sungguh pucat dan tak bermaya. Tubuh yang kurus kering macam tak makan langsung. Lahir rasa simpati dalam hati.

"Afya mesti rindu Akid kan?"tanya Maklong.

Dahi aku terus berkerut setelah maklong bertanya.

'Akid? Siapa Akid?'


AFYA AILEEN (completed)Where stories live. Discover now