[Press ☆ dulu yaa]
"Afya, akak tak dapat jumpa Abang Ameer. Nanti kalau nampak dia suruh dia naik bilik ye. Kena tukar baju terus."
Aku yang sedang mengunyah pencuci mulut, hanya mengangguk. Kak Fina pun mengucapkan terima kasih sebelum meninggalkan aku di dapur.
"Ya Allah, daddy tempah mana cendol ni? Sedap yang amat." aku menggenggam penumbuk. Geram sebab sedap sangat.
Aku lagi selesa makan sorang sorang kat dapur ni daripada hadap orang ramai kat kuar sana. Laila? Ntah dia pi mana. Jumpa Fahad lah tew.
"Hai."sapa seseorang.
Aku toleh ke belakang dan medongak sedikit memandangnya. The handsome stranger. Berbaju tshirt biru gelap dan jeans hitam.
"Afya, lama tak jumpa." teruja lelaki tersebut lalu mengambil tempat di hadapan aku.
Aku memandang pelik seluruh pelusuk mukanya. Siapa ni?
"Awak tak ingat saya ker?"
Aku dengan perasaan tak bersalah hanya geleng.
"Takpe lah. Let's we start over. Saya Nadhir. Saya satu U dengan awak dulu. Saya Master fashion design. Ingat tak? Kita kawan dulu."penuh berharap mukanya agar aku ingat.
Aku terkebil kebil memandangnya. Sejak bila aku ada kawan handsome sebegini rupa?
"Sorry Nadhir. Saya tak ingat."
"Takpe takpe. Mungkin awak lupa kot sebab kita rapat dulu je. Tapi sekarang tak dah."
"Ouhh. Awak habis belajar dah?"buat buat ramah lah aku.
"Saya sambung study kat Korea 5 bulan lepas."
"Lahhh Oppa Saranghae lah ni. Hahahha. Cuti ke?"lagi terselah ke fake kan ramah aku tu.
"Ha ah cuti lama. Alang alang balik Malaysia ni, saya ikut cousin pergi kenduri kawan dia, Ameer. Tak tau pula kahwin dengan kakak awak. Hahahhahaha."
"Hahahahahha."Aku pun turut gelak. Fake lagi. Aku tak nya kenal lah dia ni. Tapi bila perati mata dia macam familiar. Siapa ek?
Dia pandang aku lain maciam je dri tadi. Sempat aku telan air liur sebelum bangun.
"Saya minta diri dulu ya, Nadhir. Ada hal sikit." pintaku sambil mengangkat mangkuk cendol tadi. Ku menuju ke sinki untuk basuh mangkuk.
Dia hanya memerhati pergerakan aku. Huuuu seram baq hang cara dia pandang.
Aku pun berlari anak meninggalkan dapur lalu mencari Abang Ameer. Haa senang je jumpa. Bukan macam Mr Galah tu. Kena struggle usya dulu, baru jumpa. Itupun kalau nasib.
"Abang Ameer." seruku di belakangnya yang sedang berbual dengan siapa ntah.
Dia menoleh lalu tersenyum manis. Halamakkkk murah senyuman betul. Melting jap aku.
"Kenapa Afya?" uuu dia kenal aku.
"Akak panggil masuk bilik."
Terkedu mukanya. Turut lelaki yang dia bersembang tadi. Kenapa? Lambat aku proses maklumat.
"Ehh tak bukan. Maksud saya, Kak Fina kata kena tukar baju sekarang. Kan nanti nak bersanding." ujarku lalu tersengih. Apa kau cakap tadi Afya??? Aduhhh. Malu mekk.
"Haa yelah. Terima kasih." ucap dia sebelum menghadap lelaki tadi.
"Shawn, aku gerak lu. Jangan lupa record?" lalu ber shake hand gaya lelaki.
"Haa bereh boss."ujar lelaki Chinese itu kemudian Abang Ameer berlalu pergi.
'Record? Ouhh maybe dia ni camera man.'andaian aku.
![](https://img.wattpad.com/cover/219336855-288-k388219.jpg)
YOU ARE READING
AFYA AILEEN (completed)
Romance"Awak usya saya kan tadi?" "Err... excuse me Sir. Tak de masa saya. Jangan perasan". -Afya Aileen- "Hmmp takpe lah. Nanti kalau awak dah single jangan lupa bagitau saya tau." -Dr Akhtar- Sekuat mana pun cinta sejati itu tak semestinya perlu bersama...