[Press ☆ dulu tau]
"Afya pun nak kahwin jugak?"terkejut Kak Hawa mendengar berita Abang Aiman.
"Ha ah. Mummy yang pilih untuk dia. Dalam dua minggu lagi diorang tunang lah." terang Abang Aiman. Tenang saja dia sambil memandu dari Airport ke rumah.
"Afya ok je ke?"
"Mulanya tak. Tapi tak tau jin mana sampuk dia, terima pulak."
"Hahahaha. Ada hikmah lah tu mummy pilih. Untuk kebahagiaan dia jugak. Mesti handsome suami Afya kan."
"Handsome lah jugak lecture tu tapi kalau dia berani buat Afya nangis, abang hempuk pala dia." suara Abang Aiman berbaur amaran. Kak Hawa hanya tersenyum.
"Tak sabar nak tengok budak kecik tu kahwin. Mesti dia comel kan pakai baju pengantin."
"Comel tu comel. Tapi pendek sangat lah pulak. Kalau orang tak kenal dia mesti fikir dia form 3."
Mereka dua pun tergelak membahan aku. Oww jaga hang, Abang Aiman!
*******
"Afya, bangun subuh!" laung mummy dari pintu bilik.
"Dah bangun dah." balasku sambil melipat sejadah. Dah siap solat pun.
Aku cabut telekung lalu keluar bilik. Cadang nak tolong mummy kat dapur.
Baru tiga langkah keluar bilik, Abang Aiman dah jerkah aku.
"AFYA!!!"
Tertoleh 180° aku memandangnya. Dia berada di depan bilik tetamu dan ada seseorang sebelahnya.
'Akid?'desis hatiku.
Akid hanya pandang aku lalu tergelak kecil sebelum mengalihkan pandangannya ke arah lain.
"Mana tudung?!!"tanya Abang Aiman.
Automatik tangan aku naik menutup rambutku yang panjang paras pinggang tidak berikat. Aku terus masuk semula ke dalam bilik lalu pintu ditutup. Terduduk aku di depan pintu.
"Ya Allah!!! Apa kau buat ni, Afya?" Sempat aku maki diri sendiri.
Macam mana aku boleh lupa yang ramai tetamu tidur rumah aku malam tadi. Ya Allah!! Ampunilah aku. Mujur aku pakai t shirt lengan panjang dengan seluar track. Kalau aku pakai baju tidur takde lengan tu, tak ke tunggang langgang hidup aku.
Aduhhh. Naiya naiya Afya!! Tiba tiba teringat kejadian malam tadi...
Flashback
"Nak awak boleh?"
AKSNDISKAOWNAKDH. Sumpah aku tak leh dengar suara husky dia berbisik. Bergetar siak tulang rusuk. Kaki aku suma layu. Terasa bahang dari atas sampai bawah. Ni lah tanda tanda heart attack. Arwah lah aku tak lama lagi.
Tangannya melunjur tepi aku. Ya Allah dia nak buat apa ni. Peluk aku ke? Aku hanya tahu tutup mata. Redha barangkali.
Kemudian aku buka mata selepas tak jadi apa apa. Terlihat Akid tengah syok habiskan air milo aku. WTF. Aku hanya ternganga.
"Like seriously, Aileen? I'm not going to do what you're thinking now. Kang marah pulak future husband awak." ujarnya setelah tengukkan terakhir.
"Dah lah dia tu pantang orang lain sentuh awak." sambungnya lagi.
"Haa? Awak kenal dia?" tanyaku.
"Kenal sangat." balas Akid sebelum mukanya kelihatan sayu.
Aku mencari mukanya yang tertunduk tu.
YOU ARE READING
AFYA AILEEN (completed)
Любовные романы"Awak usya saya kan tadi?" "Err... excuse me Sir. Tak de masa saya. Jangan perasan". -Afya Aileen- "Hmmp takpe lah. Nanti kalau awak dah single jangan lupa bagitau saya tau." -Dr Akhtar- Sekuat mana pun cinta sejati itu tak semestinya perlu bersama...