PART 1

1.4K 50 3
                                    

[Press☆ dulu ya]

"Awak dah bangun?"

Gadis yang terpinga pinga atas katil itu terkejut dengan suara aku.

"Awak siapa? Saya kat mana ni?"

"Jangan risau. Awak ada kat hotel ni. Saya nampak awak pengsan malam tadi. Itu yang saya bawa awak ke sini."

"Ouh. Sa...saya mabuk ke malam tadi?"

Aku hanya memandangnya. Dia tahu jawapan.

"Oh no." gadis itu meraup kasar kepalanya sebelum mengeluh berat.

"Ermm... sokay sokay. Kita tak yah bincang lagi pasal ni. Awak mesti lapar kan? Awak pergi mandi dulu pastu kita breakfast kat bawah. Baju lebih saya ada sedia dalam almari tu. Pilih lah mana mana." ujar aku lembut.

Gadis itu hanya mengangguk lalu menuruni katil.

Setelah siap mandi, aku dan dia breakfast sama sama. Hanya suasana sepi sehingga...

"Terima kasih sebab tolong saya cik..."

"Afya Aileen. Call me Afya."balasku sambil tersenyum.

"And you?"sambungku lagi.

"Nad. Nadia Brand."

******

"Good morning mummy."ucapku riang lalu duduk di meja makan berhadapan Abang Aiman.

"Good morning sayang."

"Daddy mana?"

"Daddy awal awal lagi dah ada meeting. Dah makan cepat nanti lambat gi kelas."

"Okay." aku pun mencedok nasi goreng ke dalam pinggan aku. Belum satu suapan lagi Abang Aiman dah potong.

"Malam semalam Afya pergi mana?"soalnya dingin.

"Afya tidur dekat hotel."

"Hotel mana?"

"Hotel daddy lah."

"Kenapa tak balik?"

"Ishh. Afya tolong kawan Afya lah. Dia pengsan. Afya nak balik tapi dah lewat malam."

"Ouh. Kawan pengsan? Pengsan kat mana? Kat club. Seriously, Afya? Afya pergi club. Tempat orang jahanam belaka tu?" suaranya semakin meninggi.

Haa ni aku mula hangat ni. Ada je menda nak gaduh dia ni. Kemarahan aku pada dia malam semalam tu masih tak reda lagi. Ni dia nak tambah petrol lagi pada api.

"Ish abang ni. Afya tak masuk pun lah. Afya lalu je. Kecoh je lebih."

Mummy steady je lagi suap nasi goreng sambil tengok sinetron pagi pagi buta ni.

"Buat apa lalu situ malam malam? Cari jantan?" dia menengking kuat.

Tapp!! Aku menepuk meja lalu bingkas bangun.

"Yes, I am!! Memang Afya cari jantan! Sebab apa? Sebab Afya kena tinggal dengan SAHABAT DUNIA AKHIRAT ABANG tu!! So, apa masalahnya?!" aku menengking dia semula.

Nafas aku naik turun lalu aku mencapai sling bag dan berlalu pergi.

Selepas Abang Aiman menghantar aku dengan pandangan tajamnya lalu dia menoleh ke arah mummy yang santai je hirup coffee.

"Mummy tengok je?" Abang Aiman tak percaya mummy tak masuk campur langsung.

"Biarlah dia tu. Bukannya dia menipu pun."

"Tapi mummy, dia pergi club. Takkan mummy nak biar je dia tu?"

"Memang niat dia untuk masuk and enjoy dalam club. Tapi takkan Aiman tak sedar lagi? "

AFYA AILEEN (completed)Where stories live. Discover now