Episod 3

64 4 0
                                    

*********** Keesokkan hari *********

Kata-kata si Cliff kemarin masih lagi terngiang-ngiang di telinga si Belle.

“Something wrong ni org, tapi aihh.. entah lah..” sentap si Belle dengan fikiran dia sendiri.

Tidak lama tu, PA si Belle masuk bagi reminder yang jam 10.30 am, si Belle ada appointment dengan kontraktor yang urus tender yang handle sekarang.

Lepas saja dengar reminder dari PA dia terus dia preparekan semua fail-fail yang berkaitan untuk meeting tu.

*****Mᴀʀʀɪᴏᴛ ʜᴏᴛᴇʟ ʀᴇsᴛᴀᴜʀᴀɴᴛ*****

Belle dan PA dia, Hannah sampai awal 10 minit dari yang dijadualkan supaya diorang dua dapat kasi ready semua di atas meja jadi asal sampai jak semua orang terus direct meeting.

“Okay done already. Sekarang tunggu tuan punya badan sampai.” bilang si Belle.
Tidak lama tu, muncullah si Kevin kontraktor and guess what. Tanpa disangka-sangka company yang joint tender dengan Kevin adalah Cliff.
Kecil dunia. Belle terus tersentak sekejap melihat sosok si Cliff muncul depan. Tapi, dia tetap bersikap profesional. Belle buat-buat baru kenal dan masa itu adalah pertama kali mereka berjumpa.

Si Cliff pula dari pintu hotel dia sudah senyum sinis nampak si Belle yang muka cuak sekejap. Dia pun sebenarnya tidak sangka akan berjumpa dengan Belle pada hari tu. Dan sama sekali tidak menyangka yang diorang dua akan berurusan berkaitan dengan kerja.

Sepanjang discussion diorang, mereka memang bersikap profesional tapi ada masa-masa si Cliff pandai pandang si Belle yang macam mengejek.

*********45 minit kemudiaan********

“Okay lah miss, jom kita brunch dulu. Jam 11.15 am sudah nih”, kata Kevin.
Belle pun pelawa untuk brunch sama-sama. Tiba-tiba Cliff berdiri dan tolak pelawaan tu.

“ Sorry, saya tidak join kamu ya. Saya ada appointment lagi dalam jam 11.30 am. Jadi, saya gerak dulu.” kata Cliff.

Belle pun bernafas lega bila dengar si Cliff tidak dapat join. Sebenarnya, waktu meeting tu Belle sangat terganggu dan kadang-kadang hilang fokus bila dia bertentang mata dengan Cliff.

Diorang pun bersalaman sebagai tanda end of conversation dan meeting diorang. Tapi, sebelum gerak, Cliff sempat sindir Belle dengan berbisik sama Kevin.

“ Kevin brunch jak tau. Jangan terjebak .Kau tu berstatus sudah. Jangan tergoda sama yang di depan ar.” kata Cliff . Belle terdengar bisikan tu. Muka Belle mula jadi merah padam. Emosi marah semakin membuak-buak di hati si Belle. Tapi Belle pilih untuk berdiam.

......…....……………………………………………

**** 𝑯𝑨𝑹𝑰 𝑷𝑬𝑹𝑻𝑼𝑵𝑨𝑵𝑮𝑨𝑵 𝑱𝑬𝑺𝑺𝑬 ****

Hari ni merupakan hari pertunangan Jesse. Disebabkan family Jesse tinggal di area perumahan dan tidak berapa luas . Both family decide untuk pilih satu saja tempat iaitu di rumah pihak lelaki.

Semua family tidak kira belah lelaki dan perempuan bersiap dan sibuk atur majlis pertunangan tu.
Si Belle pun apa lagi melaram habis-habisan lah. Dia decide pakai dress A-style off-shoulder warna maroon dan mekap dia decide untuk buat ravishing style punya.

Selepas semua sudah siap dan bersedia, diorang one family pun bertolak ke rumah Ivan.
Si Belle jadi driver si Jesse untuk masa ni.
Setelah tiba di perkarangan rumah, mata Belle mula melirik ke setiap penjuru rumah. Dia mencari sosok tubuh yang dia kenali. Siapa lagi kalau bukan si Cliff. Belle mahu berjumpa face to face dengan Cliff untuk clearkan semua teka-teki di fikiran dia.

Hampir 30 minit juga, majlis berlangsung tapi kehadiran si Cliff masih angin-angin. Tidak kenampakan di mana keberadaan dia.
Tidak lama kemudian, masuk semua kereta dan berhenti di siring perkarangan rumah.

“Finally..” bilang Belle.

Belle perhatikan saja gerak-geri si Cliff. Lepas saja si Cliff bercakap dengan mum Ivan, kakaknya dia masuk ke dalam rumah. Si Belle pun cepat-cepat letakkan beer yang dia pegang dan bergegas untuk ikut Cliff dari belakang.

“Cliff..” panggil Belle. Tiada yang menyahut panggilan dia. Si Cliff pun tidak kenampakan di mana dia berada.
Tidak lama tu, si Belle toleh ke tingkat atas.

“Takkan saya mau naik atas.” bilang Belle.

Tanpa berfikir panjang, Belle melangkah naik ke tingkat atas. Memang waktu ini, keadaan di dalam rumah sangat sunyi sebab semua tetamu ada di bahagian depan area perkarangan rumah.

“Cliff, we need to talk. Mana kau.” panggil Belle.
Ada satu bilik yang terbuka sikit dihujung. Jadi Belle sangka bilik tu mungkin bilik si Cliff.

Tok! Tok! Tok!..

“Cliff..” panggil Belle.
Belle pun tolak pintu dan masuk ke dalam bilik tu.
Dia melirik ke semua penjuru dalam bilik dan tidak lama kemudiaan mata dia terhenti di satu gambar di atas meja.
Si Belle perlahan-lahan mendekati meja tu dan melihat gambar tu dengan jelas.

“ What the..” bilang Belle dengan perasaan terkejut.

“Eyy!!” bentak si Cliff dengan nada keras.

Akibat terkejut, gambar yang dipegang oleh Belle terlepas dari pegangan..

“Siapa yang benarkan kau masuk bilik saya?!” marah Cliff.

Belle terkedu sekejap melihat kemarahan si Cliff.

“Sorry.. saya cari kau tapi tidak jumpa sebab tu saya tersampai sini.” jelas si Belle.

“Keluar! Apapun alasan kau, kau tidak sepatutnya masuk sini tanpa kebenaran. Mama bapa kau tidak pernah ajar ka hah, untuk jadi sopan di rumah orang ?!” bilang  Cliff.

Si Belle pandang tajam ke arah Cliff

“ Saya tau saya tidak sepatutnya masuk sini. Saya tau saya langkau batas. Tapi jangan sesekali libatkan arwah mama bapa saya. Saya masuk bilik ni, sebab saya mau clearkan teka-teki yang kau bagi sama saya.” sentap Belle.

Muka Belle semakin merah padam kerana emosi dia semakin membuak-buak.

“Apapun alasan kau, kau tidak sepatutnya cakap dan lemparkan kata-kata yang sial sama saya. Seburuk apapun saya, kau tiada hak mau cakap saya bukan-bukan. Ini hidup saya. Saya tidak pernah kacau hidup kau dan saya tidak pernah pun ada kaitan sama kau. Jadi jangan kacau emosi dan mental saya.” sambung Belle.

Si Cliff tersenyum sinis sambil cekak pinggang mendengar kata-kata si Belle.

“Apa kau bilang? Tiada kaitan. Eh, sundal! Kau dengar sini, kau bilang tiada kaitan. Saya tau kau nampak sudah siapa perempuan dalam gambar yang kau tengok tadi. Dan itulah yang kaitkan saya sama kau. Kau sedarkah kau suka sama siap. LAKI DIA! Kau tau kah betapa hancurnya dia sekarang kerja kau!” bentak si Cliff.

“Dia..?? hahah..itu sebab kau mau terkait kunun. Kalau kau perhatian sangat dengan dia kenapa kau tidak pungut saja dia!! Apa saya mau peduli dengan berapa hancurnya dia. Itu semua tiada kaitan sama saya. Siapa suruh ada laki tapi tidak pandai jaga. Memang cari lain lah jawabnya.” jawab Belle.

Si Cliff naik berang mendengar kata-kata Belle. Cliff mula menghayunkan tangannya untuk tampar Belle, tapi terhenti. Dia tolak Belle ke arah pintu keluar.

“ Dasar perempuan sundal. Kau tunggu apa pembalasan untuk kau nanti. Karma akan sampai juga sama kau suatu hari nanti.”bilang si Cliff.

Si Belle tersenyum sinis melihat Cliff.

“Cliff.. I am the Karma.” bilang si Belle dengan penuh yakin.

Cliff hanya menjeling.

Mistress in Love (COMPLETE)Where stories live. Discover now