Episod 10

66 6 2
                                    

........................................................................

                (2 minggu kemudiaan)

Keadaan Belle semakin pulih. Walaupun begitu, kakinya masih sedikit tempang dan dia masih memakai anduk untuk bahagian bahunya.

“Aunty, hari ini dorang Ivan datang lagi tau. Kasi kawan-kawan aunty.” kata Jesse.

“Lagi? Aunty okay sudah nih. Boleh juga buat kerja sikit-sikit. Yang simple-simple.” jawab Belle.

“Arr, no no no.. Kalau saya bilang begitu, begitu lah. Tidak mahu saya aunty luka-luka lagi. Cukup lah hari tu. Nasib saya minta uncle Cliff duluan singgah sekejap dekat rumah. Kalau tidak, masuk lagi kita kecemasan.” bebel Jesse.

Belle pun hanya berserah. Malas dia mahu menjawab lagi si Jesse. Bercakap tentang itu, Belle teringat balik cerita 2 minggu lepas.

..........< 𝑭𝒍𝒂𝒔𝒉𝒃𝒂𝒄𝒌 𝒅𝒖𝒂 𝒎𝒊𝒏𝒈𝒈𝒖 𝒍𝒆𝒑𝒂𝒔 >.........

“Okay sampai sudah kita.” kata Jesse sambil membuka seatbelt.

Setelah itu, Jesse pun keluar dan segera membukakan pintu untuk Belle dan papahnya masuk ke dalam rumah.

“Tadaa!! Semua barang aunty ada sini sudah except yang ada kaitan dengan arwah. Saya buang sudah tu.” kata Jesse

Belle hanya membalas dengan senyuman.

“Aunty, duduk dulu sini rehat-rehat. Saya mau kasi keluar dulu tu beg and hantar di bilik.” kata Jesse

“And for this time being, aunty punya bilik dekat bawah arr. Sini. Senang sikit untuk aunty bergerak. Nanti baru kita move pigi atas lepas aunty ok suda.” bilang Jesse sambil menunjuk ke arah bilik di bawah.

Setelah selesai menyusun barang Belle, Jesse keluar untuk membeli barangan basah.

“Aunty, tunggu sini tau. Saya mau pigi supermarket beli barang dapur. Lupa pula saya. Ar. Don't worry nanti Ivan kasi kawan aunty sini. In case, kalau ada apa-apa aunty mau minta tolong.” jelas Jesse.

“Iya, iya. Pigi lah kau. Membebel saja kerja dari tadi lagi. Mamy kau pun tidak juga banyak cakap macam kau oh. Anak dia pula yang banyak songeh.” kata Belle.

“Mamy memang tidak banyak bising sebab dia malas mau ambil tau pasal aunty. Siapa lagi mau caring aunty kalau bukan saya, anak buah aunty yang tershaaayaang ini... arr gituu..” jawab Jesse sambil mendabik dada.

Belle menggelengkan kepala sambil ketawa kecil. Dia sangat terhibur dengan telatah Jesse.
Setelah itu, Jesse pun melangkah keluar dan pandu keretanya. Perlahan-lahan Jesse meninggalkan perkarangan rumah.

Tinggallah Belle seorang diri di rumah. Suasana dalam rumah itu sangat sepi.
Belle pun mengeluarkan handphone dan membukanya. Dia melihat banyak mesej masuk dalam handphone. Semuanya terkumpul dari group whatsapp, dari group kerja, family dan kawan-kawan.

Setelah itu, Belle membuka setiap mesej yang masuk. Sedang sibuk skroll ke bawah, tiba-tiba jarinya terhenti. Dia tertumpu kepada satu mesej. Dia melihat tarikh mesej itu dihantar sama dengan tarikh hari kejadian. Belle menghembus nafas panjang dan kemudian dia klik masuk ke mesej itu.


𝑬𝒅
𝑳𝒂𝒔𝒕 𝒔𝒆𝒆𝒏 9.50𝒑𝒎

𝑩𝒆𝒍𝒍𝒆, 𝒑𝒍𝒆𝒂𝒔𝒆 𝒇𝒐𝒓𝒈𝒊𝒗𝒆 𝒎𝒆. 𝑰𝒇 𝒚𝒐𝒖 𝒔𝒆𝒆 𝒕𝒉𝒊𝒔 𝒎𝒆𝒔𝒔𝒂𝒈𝒆 𝒎𝒆𝒂𝒏𝒔 𝒚𝒐𝒖 𝒘𝒆𝒓𝒆 𝒔𝒂𝒇𝒆. 𝑺𝒂𝒚𝒂 𝒕𝒊𝒅𝒂𝒌 𝒃𝒆𝒓𝒏𝒊𝒂𝒕 𝒎𝒂𝒖 𝒑𝒖𝒌𝒖𝒍 𝒌𝒐 𝒃𝒆𝒈𝒊𝒕𝒖. 𝑰'𝒎 𝒓𝒆𝒂𝒍𝒍𝒚 𝒔𝒐𝒓𝒓𝒚. 𝑺𝒂𝒚𝒂 𝒃𝒆𝒍𝒖𝒎 𝒅𝒂𝒑𝒂𝒕 𝒕𝒆𝒓𝒊𝒎𝒂 𝒌𝒆𝒏𝒚𝒂𝒕𝒂𝒂𝒏. 𝑺𝒂𝒚𝒂 𝒃𝒆𝒍𝒖𝒎 𝒓𝒆𝒂𝒅𝒚 𝒖𝒏𝒕𝒖𝒌 𝒉𝒊𝒍𝒂𝒏𝒈 𝒔𝒆𝒎𝒖𝒂 𝒏𝒊. 𝑻𝒊𝒂𝒅𝒂 𝒐𝒓𝒂𝒏𝒈 𝒃𝒐𝒍𝒆𝒉 𝒕𝒆𝒓𝒊𝒎𝒂 𝒔𝒂𝒚𝒂. 𝑲𝒂𝒚𝒍𝒂, 𝑱𝒂𝒚, 𝑴𝒐𝒎, 𝑫𝒂𝒅 𝒅𝒂𝒏 𝒌𝒂𝒖 𝒑𝒖𝒏 𝒕𝒊𝒅𝒂𝒌 𝒕𝒆𝒓𝒊𝒎𝒂 𝒔𝒂𝒚𝒂
𝑲𝒂𝒍𝒂𝒖 𝒃𝒆𝒈𝒊𝒏𝒊 𝒑𝒆𝒏𝒈𝒂𝒌𝒉𝒊𝒓𝒂𝒏 𝒔𝒂𝒚𝒂, 𝒃𝒊𝒂𝒓𝒍𝒂𝒉 𝒔𝒂𝒚𝒂 𝒕𝒂𝒎𝒂𝒕𝒌𝒂𝒏 𝒔𝒆𝒎𝒖𝒂𝒏𝒚𝒂. 𝑺𝒂𝒌𝒊𝒕 𝑩𝒆𝒍𝒍𝒆. 𝑺𝒂𝒏𝒈𝒂𝒕 𝒔𝒂𝒌𝒊𝒕 𝒕𝒐 𝒔𝒆𝒆 𝒂𝒍𝒍 𝒕𝒉𝒊𝒏𝒈𝒔 𝒔𝒆𝒌𝒆𝒍𝒊𝒑 𝒎𝒂𝒕𝒂 𝒃𝒆𝒍𝒂𝒌𝒂𝒏𝒈𝒌𝒂𝒏 𝒌𝒂𝒖. 𝑻𝒂𝒑𝒊 𝒔𝒂𝒚𝒂 𝒕𝒂𝒖 𝒊𝒕𝒖 𝒂𝒅𝒂𝒍𝒂𝒉 𝒂𝒌𝒊𝒃𝒂𝒕 𝒅𝒂𝒓𝒊 𝒑𝒆𝒓𝒃𝒖𝒂𝒕𝒂𝒏 𝒔𝒂𝒚𝒂 𝒅𝒂𝒏 𝒊𝒕𝒖 𝒂𝒅𝒂𝒍𝒂𝒉 𝒑𝒊𝒍𝒊𝒉𝒂𝒏 𝒉𝒊𝒅𝒖𝒑 𝒔𝒂𝒚𝒂. 𝑲𝒂𝒎𝒖 𝒕𝒊𝒅𝒂𝒌 𝒔𝒂𝒍𝒂𝒉 𝒔𝒂𝒎𝒂 𝒔𝒆𝒌𝒂𝒍𝒊. 𝑼𝒏𝒕𝒖𝒌 𝒌𝒂𝒍𝒊 𝒕𝒆𝒓𝒂𝒌𝒉𝒊𝒓 𝒎𝒚 𝑩𝒆𝒍𝒍𝒆 𝑨𝒅𝒆𝒍𝒊𝒂, 𝑰'𝒎 𝒔𝒐𝒓𝒓𝒚, 𝒊 𝒎𝒊𝒔𝒔 𝒖 𝒂𝒏𝒅 𝑰 𝒍𝒐𝒗𝒆 𝒖 𝒔𝒐 𝒎𝒖𝒄𝒉. 𝑷𝒍𝒆𝒂𝒔𝒆, 𝒃𝒆 𝒉𝒂𝒑𝒑𝒚 𝒇𝒐𝒓 𝒎𝒆 𝒂𝒏𝒅 𝒑𝒍𝒆𝒂𝒔𝒆 𝒇𝒐𝒓𝒈𝒊𝒗𝒆 𝒎𝒆.


Mistress in Love (COMPLETE)Where stories live. Discover now