Episod 9

59 7 0
                                    

++++++++++++++++++++++++++++++++

Belle mengerang sedikit kesakitan dengan kecederaannya. Sudah cukup seminggu dia admit di hospital. Selepas sedar hari tu, doktor masih tidak benarkan Belle keluar hospital sebab mahu pantau sama ada kecederaan bahagian dalaman sembuh 70% atau tidak.

“Aduii.. banyak lah bah balutan ni.. macam mumia suda..urrrgghhh.. sesak oh mau bernafas..” gurau Belle sambil mengeluarkan suara mimik mumia.

“Hmm.. mmg banyak balutan.. siapa juga cari penyakit.. Aunty aunty..” kata Jesse sambil matanya menjeling Belle.

Belle ketawa kecil. Dalam hati kecil Belle, terungkap rasa bersyukur kerana dalam fikirannya, dia menyangka dia tidak akan dapat hidup lagi. Dan dari situ dia berasa terlalu banyak benda yang belum dia lakukan.

“Syukurlah Uncle Cliff sempat sampai masa tu. Kalau tidak memang tiada lah kawan saya.” sambung Jesse.

Belle terkejut mendengar kata-kata Jesse.

“Huh? Cliff?” tanya Belle dengan riak muka yang penuh tanda tanya.

“Yeah, uncle Cliff. Uncle lah yang jumpa and selamatkan aunty. Dia cerita masa tu dia memang cari aunty. So, dia pigi lah office. Ngam-ngam dia parking tengok tutup suda office. Dia try call tapi tidak dapat tembus call. Masa dia sibuk-sibuk mau call balik dia bilang dia dengar bunyi orang berteriak tapi sayup-sayup jak dia dengar sama dia tidak nampak dari arah mana.” jelas Jesse

“Lepas tu dia masuk kereta, in the same time still calling aunty. Ngam dia drive depan sikit, dia nampak Ed dari jauh. Dia stop, tengok ada kereta aunty sana. Sekali dia keluar dia nampak suda aunty tidak bermaya suda di sebelah kereta. Apa lagi uncle Cliff cepat- cepat lah stopkan kereta, turun full speed lari terus pigi hentam si Ed. Lari terus si Ed. Tidak lama tu, dia angkut aunty terus bawa aunty pigi hospital.” kata Jesse.

Belle terkedu. Dia rasa janggal dengar cerita Jesse. Tetapi dalam hati kecil Belle dia sangat berterima kasih dengan Cliff kerana sudah selamatkan dia.

“Jadi Ed? Mana suda dia? Kamu bikin report polis kah?” tanya Belle.

Jesse mendengus perlahan dan menundukkan kepalanya sewaktu ditanya. Jesse diam seketika. Perlahan-lahan dia capai tangan Belle dan memegang erat tangannya.Jesse senyum pahit.

“Mm.. aunty jangan terkejut ar. Saya tau Ed tu orang yang pernah aunty sayang dulu.” jelas Jesse

“Tidak payah lah bah bunga². Cakap jak apa jadi. Dia di lokap kah?” gesa Belle.

“Dia tiada suda aunty. Ed meninggal suda.” kata Belle.

Belle sangat terkejut mendengar berita tersebut. Dia seperti tidak percaya akan apa yang dia dengar. Air mata mula jatuh di pipinya.
Terasa sakit dada Belle, seperti ada sesuatu yang tersekat.

“Macam boleh jadi begitu, Jesse? Kenapa Ed meninggal?” tanya Belle

“Lepas jak aunty admit hospital, kami direct p balai polis untuk buat report and proceed waran tangkap. Masa pihak polis sampai di rumah Ed, dorang jumpa Ed suda gantung diri di dalam bilik. Kena rush pigi hospital memang tidak dapat diselamatkan suda. Hasil autopsi mayat cakap Ed suda meninggal lebih kurang 2 jam sebelum pihak polis sampai.” jelas Jesse.

Tambah lagi Belle menangis teresak-esak lepas dapat tahu berita itu. Suasana jadi sepi sekejap.

“Jesse, aunty mau rehat dulu. Kau baliklah dulu. I need space.” kata Belle.

Jesse menganggukkan kepala. Dia tahu Belle sangat terkejut dengan apa yang jadi. Dia pun tidak dapat berbuat apa-apa selain menenangkan Belle dari terlampau sedih.

Mistress in Love (COMPLETE)Where stories live. Discover now