Episod 6

59 4 0
                                    

************************************

“Okay, semua ini akan saya proceed discuss lebih detail lagi dengan Miss Belle nanti” kata Hannah.

Dekat dua minggu sudah Belle tidak muncul di meeting dan langsung tidak masuk office.
Cliff mula merasa hairan dengan ketiadaan Belle. Yala, siapa yang tidak hairan kan. Cliff pun tertanya-tanya juga apa yang telah berlaku dan kenapa Belle menghilang dari radar.

Sebelum Hannah pergi, Cliff sempat bertanya tentang Belle kepada Hannah

“Hannah, can i know di mana Miss Belle? Is she loaded with works?” tanya Cliff.

“Oh, sebenarnya saya pun tidak tahu apa reason si miss absent sebab 2 minggu suda dia tidak masuk office. Kami hanya kena notified sama dia yang untuk masa sekarang ni si miss bekerja dari rumah. So, untuk sepanjang projek ni, saya yang akan handle meeting dengan encik berdua lah. Segala fail dan pengesahan memang akan diemailkan tmpat si miss.” jelas Hannah.

Cliff hanya anggukkan kepala tanda mengerti apa yang disampaikan oleh Hannah.

   ..............   𝐀𝐩𝐚𝐫𝐭𝐦𝐞𝐧𝐭 𝐁𝐞𝐥𝐥𝐞  ....................

Setelah lama menghilang dari radar sebab ikut si Ivan pigi family trip, si Jesse pun datang ke rumah Belle macam biasa.

Masa sampai ke apartment aunty dia, alangkah terkejutnya si Jesse masa masuk ke dalam rumah Belle.
Sampai terbeliak mata si Jesse tengok keadaan rumah Belle yang sangat bersepah.

“Oh. my. Goodness... aunty Belle.. kenapa rumah kau ni? Macam tempat sampah suda ni?” kata Jesse sambil matanya melirik ke setiap sudut di dalam rumah si Belle.

Tidak lama kemudiaan Belle keluar dari bilik tidur dengan penampilan yang kusut masai.

“Oh! Hi, bila sampai?” sapa Belle dengan selamba.

“Hi? Uii, aunty... Ada ribut kah limpas di apartment aunty ni sampai berantakan begini. Kertas sama fail berhamburan di meja. Piring berampaian di sinki. Sampah... Astagaa.. aunty kau mau eksperimen bila tu sampah jadi berulat kah apa.. What is wrong with you?!” kata Jesse dengan nada yang tinggi.

Belle hanya mendiamkan diri. Dia terus masuk ke ruangan dapur, ambil segelas air dan duduk di sofa seperti bukan dia yang ditanya. Belle kemudiannya membuka laptop dan menyemak fail dan email yang dihantar daripada office.

Jesse tahu ada yang tidak kena dengan aunty dia. Tanpa buang masa, Jesse mula mengemas semua benda yang bersepah.

Semasa mengemas meja, Jesse ternampak satu surat yang tertulis

‘𝑅𝑒𝑠𝑢𝑙𝑡 𝑇𝑒𝑠𝑡 𝐹𝑟𝑜𝑚 𝑃𝑎𝑡ℎ𝑜𝑙𝑜𝑔𝑦 (𝐻𝐼𝑉/𝑆𝑇𝐷)’

Jesse perlahan-lahan meletakkan surat kembali ke meja.Dia toleh ke arah Belle dan berharap tidak terjadi apa-apa dengan auntynya.

Perlahan-lahan rumah Belle nampak bersih.
Setelah selesai, Jesse duduk di depan Belle dan cuba memujuk Belle untuk ceritakan apa yang telah terjadi.

“Okay, now from the top to bottom. Don't skip anything at all. Tell me. Sepanjang saya tiada apa yang jadi sebenarnya.” kata Jesse.

Belle pun mula ceritakan hal yang terjadi dari A-Z.
Jesse yang penuh perasaan mendengar luahan cerita Belle merasa sangat terkejut dengan apa yang jadi.

“Astaga, betul bah. Aunty nampak yang dia memang buat begitu. Kissing? A man? Lelaki??” kata Jesse dengan raut wajah seolah-olah tidak mahu percaya apa yang dia dengar.

“Itu yang jadi, Jesse. Aunty pulas saja tombol tolak buka pintu, aunty nampak depan mata yang Ed berkiss dengan Jay. Passionately. Kau bayangkan bah. Tidakkah kau rasa speechless begitu. Depan mata. Tiada censor lagi.” jelas Jesse.

Mistress in Love (COMPLETE)Where stories live. Discover now