Episode 13

61 4 0
                                    

************************************

Sebulan telah berlalu sejak kejadian itu. Belle tahu hal seperti ini tidak sepatutnya jadi macam ini tapi apakan daya Belle tidak mampu menolak tepi perasaan sayangnya yang semakin hari semakin mendalam untuk Cliff.

Hari demi hari hubungan mereka terjalin seperti hubungan Belle dengan arwah Edley dulu. Tiap hari Cliff akan menghabiskan masanya dengan Belle jika Kayla sibuk dengan kerjanya ataupun berada di rumah keluarganya.

“Kau masih mau teruskan perkahwinan kau dengan Kayla?” tanya Belle sambil jarinya bermain di rambut Cliff.

Cliff tidak menjawab. Dia rangkul pinggang Belle dengan erat kemudiaan mencium dahi Belle. Melihat dari reaksi itu, Belle tahu Cliff  mengelak untuk menjawab soalannya. Belle sangat terkilan dan sedih kerana dia tahu Kayla masih tetap berada di hati Cliff.

Belle menolak tepi selimutnya dan alihkan tangan Cliff kemudiaan keluar meninggalkannya di bilik. Sampai sahaja di dapur, Belle capai gelas dan kemudiaan beralih ke ruang koridor di luar. Suasana pagi yang sepi membuatkan Belle jadi down.

Dia menarik nafas dalam-dalam dan hembus. Matanya melirik ke semua pepohon yang ada di taman perumahan itu. Tidak lama itu, Belle mengamati suasana langit biru. Perlahan-lahan air mata mengalir keluar.
Belle terkenang kesilapan lalunya dan memikir kembali keadaannya sekarang. Tiada perbezaan.

“Sedarlah Belle.. Semua ni tiada beza. Tiada perubahan pun. Takkan mau ulang balik kesilapan lalu..” kata Belle dalam hati.

Dia menepuk-nepuk dadanya untuk menenangkan rasa sakit hatinya yang dalam. Kemudiaan dia menakup wajahnya. Fikirannya terlalu bercelaru sehingga semuanya membuatkan dia merasa sangat tertekan.

“Kenapa ni?” tegur Cliff dari belakang.

Belle cepat-cepat lap air matanya.
Cliff kemudian memeluk Belle dari belakang.

“Tiadalah.” jawab Belle.

“Saya tahu kau mesti terasa pasal hal tadi kan.” kata Cliff

Belle hanya diamkan diri.

“Bagi saya masa Belle untuk settlekan semua ni.” pinta Cliff

“Masa? Banyak sudah masa saya bagi sama kau. Kenapa kau tidak direct saja jujur dengan Kayla. Kan itu lebih bagus.” kata Belle.

Cliff leraikan pelukannya dan beralih ke sebelah Belle.

“Saya tahu, kau masih tidak boleh lepaskan Kayla kan? Kalau kau tidak boleh lepaskan dia kenapa bagi saya harapan. Kalau kau agak-agak tidak boleh lepaskan Kayla simple Cliff. Jangan bagi saya harapan.. itu saja..” bilang Belle yang semakin emosi.

“Saya tak tahu oh Belle. First time saya rasa begini. Saya...” kata Cliff

“Saya malas mahu ada konflik, Cliff. Dengan arwah Ed dulu pun begini juga. Isu pasal Kayla. Saya penat, Cliff. Lebih baik kita stop. Saya tidak mau nanti belakang hari benda ni jadi rumit.” celah Belle.

Cliff membisu. Dia hanya menatap wajah Belle.
Belle kelihatan seperti bulat hati untuk putuskan hubungan mereka.

“Belle jangan macam ni.” pujuk Cliff.

Belle tidak menjawab. Dia kemudiaan meninggalkan Cliff dan masuk ke dalam rumah. Cliff mengejar Belle dari belakang.

“Belle, jangan buat saya macam ni. Kita boleh fikir cara lain bah. Bukan macam ni. Kalau macam begini kita settle, saya belum ready. Bagi saya berfikir dulu.” rayu Cliff berkali.

Belle sentap bila dengar rayu Cliff.

“Apa?! Cara lain?! Cara macam mana Cliff?? Apa kunun cara kau. Oh, saya tahu! Cara dia kau kahwin dengan Kayla and saya tetap jadi perempuan simpanan sampai bila-bila! Begitu?!” marah Belle.

Mistress in Love (COMPLETE)Where stories live. Discover now