Episode 12

55 6 2
                                    


************************************

Sampai sahaja di rumah, Belle terus naik ke bilik. Jesse ikut dari belakang.

“Are you ok?” tanya Jesse sambil duduk di sebelah Belle.

Belle hembuskan nafas dan kemudiaan dia berikan senyuman kepada Jesse sambil menatap matanya.

“I'm ok, Jesse. Don't worry..” balas Belle.

Melihat dari raut wajah Belle, Jesse langsung batalkan niat untuk bertanya terus tentang hal tadi. Dia tidak mahu buat Belle makin rasa tertekan. Dia tahu lambat-laun pasti Belle akan ceritakan pada dia. Walaupun begitu, Jesse masih risau sebab dengan situasi yang dilihat tadi dia takut akan menjadi rumit jika Belle memilih jalan yang salah.

“Aunty.. Saya berharap betul aunty bahagia. Saya harap juga yang aunty boleh lepas dari kesilapan lalu. You know what i mean, right?” kata Jesse.

Belle memberi senyuman kepada Jesse sekali lagi. Dia tahu Jesse sudah pun dapat hint tentang apa yang berlaku antara Cliff dengan dia. Dia tahu anak buahnya itu tidak mahu dia berada dalam situasi yang sama dan memilih jalan yang salah. Belle kemudiaan memegang tangan Jesse.

“Jangan risau. Apa yang jadi cukup ajar aunty sudah. So, this one will not work out. And i will make sure that there will be nothing happen in the future. Aunty janji benda tu.” kata Belle.

************************************
 

(Seminggu sebelum majlis kahwin)-

                        -HOSPITAL-

Doktor memberi penerangan tentang kaki Belle sambil menunjuk keputusan X-ray yang diambil tadi. Belle dan Jesse mendengar dengan penuh perhatian. Syukur Kaki Belle sudah pulih seperti biasa dan tidak lagi tempang bila berjalan.

Melihat keadaan kakinya yang suda sembuh sepenuhnya membuatkan Jesse rasa sangat gembira setelah dapat laporan tentang keadaaan Belle.

“Aunty, kita direct pigi rumah Ivan dulu ar sekejap. Saya mau tengok pelamin saya apa macam dorang hias. Takut nanti lain-lain dorang hias.” kata Jesse.

Belle hanya anggukkan kepala kemudian sambung mengelamun. Dalam hati kecil Belle sebenarnya terdetik sedikit rasa risau. Bukan apa selepas kejadian hari tu, Cliff dengan Belle memang tidak lagi selalu berhubung seperti kebiasaannya. Cliff juga tidak sudah datang lawat Belle seperti selalu. Hanya Ivan yang datang dan temankan dia beberapa hari ini sebelum tarikh appointment hospital.

Tidak lama kemudiaan, mereka sampai di perkarangan rumah Ivan. Belle mengambil nafas untuk redakan hatinya yang risau dan melangkah keluar dari kereta dan masuk ke perkarangan rumah.

“Hai, Belle. Lama tidak nampak kau. Okay sudah kau?” sapa mumy Ivan, Kak May.

“Ya. Syukurlah okay sudah saya.” jawab Belle sambil senyum.

Mumy Ivan pelawa Belle masuk ke rumah. Belle anggukkan kepala. Jesse pula direct pergi ke pelamin dan memerhati hiasan yang sedang dilakukan oleh wedding planner. Belle pun mengikut Jesse dari belakang.

Pada ketika itu, mata Belle melirik ke semua tempat. Dia cuba mencari sama ada Cliff berada di sana atau tidak. Dalam hati kecil Belle, dia berharap dapat melihat Cliff sekilas sahaja. Tetapi malangnya, tiada satu pun yang menunjukkan Cliff berada di situ.

Mistress in Love (COMPLETE)Where stories live. Discover now