************************************
(Sebulan kemudiaan)
*Handphone berdering*
Nama Ivan terpapar di skrin handphone Belle. Tanpa melengahkan masa, Belle terus capai handphonenya dan jawab panggilan itu.
“Hello?” sapa Belle
“Aunty Belle, aunty busykah? Boleh datang tengok si Jesse sekarang. Saya tidak tau mau buat macam mana lagi ni. Jesse balik-balik meracau nama aunty.” jelas Ivan dengan nada cemas.
“Hah?! Bah bah. Aunty pigi rumah.” jawab Belle yang sedikit gelabah.
Panggilan ditamatkan.
Belle terus capai kunci kereta dan beg tangannya kemudiaan tergesa-gesa keluar dari office.
Hannah yang melihat bossnya kelam-kabut keluar tidak jadi menegur dan kembali ke tempat duduknya.************************************
Sampai sahaja di perkarangan rumah Jesse dan Ivan, Belle parking keretanya di depan dan terus meluru keluar dan masuk ke rumah.
“Ivan, mana Jesse?” tanya Belle.
“Ada di dalam bilik. Dia tengah rehat sekarang. Okay sudah dia sekarang tapi tidak tau lah malam nanti.” jawab Ivan.
Belle pun pergi menjenguk Jesse di bilik. Ivan mengikut dari belakang. Muka Jesse kelihatan sangat pucat dan lesu seperti tiada darah yang mengalir dalam badannya.
“Berapa hari sudah dia begini ni?” tanya Belle.
Ivan mengeluh lembut.
“Sekarang ni mau masuk 4 hari sudah dia begini ni, Aunty. Asal saja petang senja-senja sama malam memang dia meracau. Sebut-sebut nama aunty. Inda lama tu. Muntah-muntah. Panas pun tidak turun.” jawab Ivan.
“Meracau? Nama saya? Kamu ada jalan pigi mana-mana kah. Saya takut si Jesse ni keteguran. Manalah tau kan” kata Belle.
Ivan membisu.
“Kenapa diam? Kau ada kasitahu mama kau keadaan si Jesse sekarang?” tanya Belle.
Ivan gelengkan kepala.
“Haih? Kenapa tidak kasitahu. Kalau bab-bab begini mana saya pandai handle. Cuba kau call mama kau kasitau. Kalau tidak pun kamurang balik lah pigi di rumah mama kau kejap.” kata Belle.
Ivan masih mendiamkan diri. Tidak lama itu, Jesse terjaga dari tidurnya.
Belle segera duduk di sebelah katil dan menolong Jesse untuk duduk.“Kau okay kaini?” tanya Belle.
“Kalau tidak, kita jalanlah pigi hospital, pigi check lepas tu balik pigi rumah mentua kau. Mana tau kau ni keteguran.” sambung Belle.
Jesse terbatuk sekejap. Ivan dan Jesse saling berpandangan. Belle berasa hairan melihat mereka berdua begitu.
Tidak lama kemudiaan, Ivan keluar dari bilik dan turun ke bawah.“Kamurang dua berceritalah dulu. Saya turun bawah.”kata Ivan
Suasana menjadi sepi sekejap.
“Jadi, apa macam? Kita pigi hospital dulu lah kan? Baru kita balik pigi rumah mentua kau.” tanya Belle.
“Tidak. Kita balik rumah mummy.” jawab Jesse dengan nada keras.
“Aik, kenapa pula? Rumah mentua kau lah dekat. Stay sana dulu baru kita pigi jumpa mummy.” balas Belle.
Jesse gelengkan kepalanya tanda tidak mahu.
“Aik naa, kenapa juga kau ini tidak mau pigi di rumah mentua kau? Kamurang tidak berngam kaini?” tanya Belle.
YOU ARE READING
Mistress in Love (COMPLETE)
RomanceTulisan cerita by Hunny ******************* Belle Adelia atau lebih manja kena panggil Belle. Wow, grand nama dia. Belle ini memang seorang wanita yang cantik, bebeh kalau sabahan bilang and other than that berkarier, working in elite profession bol...