Episode 15

145 4 4
                                    


************************************

Muka Belle sangat pucat selepas keluar dari balai polis.

“Aunty, are you okay?” tanya Jesse.

Belle tidak menjawab. Sampai saja di parking kereta, Belle terus terduduk di tepi kereta. Matanya hanya termenung di jalanan. Telinga Belle seolah-seolah seperti radio rosak yang memainkan lagu yang sama berkali-kali.

Belle tidak sangka apa yang dia dengarkan hari ini sangat mengejutkan baginya.

************************************

                 (30 minit yang lalu)

Setelah sampai di balai, Belle terus bergegas keluar dari kereta dan masuk ke dalam. Tanpa melengahkan masa, Belle terus ke kaunter pertanyaan dan meminta untuk dirujuk kepada staff yang mengendali kesnya. Jesse hanya mengikut dari belakang.

“Oh, Cik Belle. Cik masuk di bilik ini. Saya ambil fail sekejap ya.” kata Inspektor Dean pegawai polis bahagian JPJKK

Tidak lama kemudiaan, Inspektor Dean masuk kembali ke ruangan bilik dengan fail yang dikatakan.

“Okey, cik. Ini adalah maklumat terkini berkaitan dengan aduan kes yang cik laporkan tempoh hari. So, kami ada minta unit lain untuk jejak Encik Jay dan ini yang kami dapat.” kata Inspektor Dean sambil menolak fail merah ke arah Belle.

Mata Belle tertumpu ke fail tersebut dan membacanya dengan penuh fokus.

“Seperti mana yang ada dalam laporan, encik Jay sudah pun bermaustatin di New Zealand sejak beberapa bulan yang lalu. Dan seperti yang cik nampak dalam laporan, kami juga terima laporan yang Encik Jay sudah pun meninggal dua bulan lalu akibat penyakit HIV. So, automatically dakwaan cik terhadap Encik Jay memang tidak diterima.” tambah Inspektor Dean.

Belle bersandar lemah. Fikirannya semakin bercelaru. Kemudiaan dia terfikir akan cerita Jesse masa di rumah tadi.
Jesse yang berada di sebelah Belle hanya mendiamkan diri. Dia tahu perkara ini akan merumitkan hubungannya dengan mentuanya dan juga Ivan.

Belle menghembuskan nafas panjang kemudian menakup mukanya.

“Tapi cik Belle jangan risau. Siasatan akan masih berjalan dan kami akan teruskan usaha untuk ambil tindakan yang sepatutnya.” -Inspektor Dean-

Belle hanya tersenyum pahit.

************************************

“Aunty, are you okay?” tanya Jesse.

Belle gelengkan kepala. Jesse pun tidak tahu mahu buat apa. Dalam fikirannya pun bermain dengan pelbagai soalan dan kerisauan terutama berkaitan dengan Ivan yang tidak tahu langsung pasal perbuatan mummy dia.

Semasa dalam perjalanan pulang, Jesse mula merasa tidak selesa. Dia mula merasa dingin dan berpeluh sejuk. Nasib Belle cepat sampai di rumah. Sampai saja di perkarangan rumah, Belle terus keluar dan papah Jesse masuk ke dalam.

Ivan yang sedar dengan kehadiran mereka berdua pun terus bergegas keluar dan menolong untuk papah Jesse. Belum sempat termasuk rumah, Jesse sudah meracau seperti kerasukan. Belle sangat terkejut dan takut melihat keadaan itu.

Ivan cepat-cepat handle situasi itu seperti biasa. Mujur situasi itu berlaku sekejap saja. Jesse kembali tenang.

“Ivan, aunty mau bawa Jesse balik tempat mama dia. Aunty harap kau tidak kisah.” kata Belle.

“Apapun untuk Jesse, saya ikut saja.” jawab Ivan.

Mereka pun mengemas pakaian dan keperluan. Belle juga sempat mengambil kotak dan handphone yang Jesse simpan untuk dibawa balik ke tempat kakaknya.

Mistress in Love (COMPLETE)Where stories live. Discover now