Yeah, seperti tajuk cerita ini, Yang Jungwon atau Jungwon yang dikenal oleh ramai kawan-kawan dia, dia seorang anti-romantik. Apakah maksud itu?
Berdasarkan internet, anti-romantik ialah seseorang yang tidak percaya akan cinta. Kenapa? Mungkin sebab dia pernah lalui perkara yang memeritkan hati dia? Terlalu banyak menonton drama cinta dimana cinta tidak dibalas? Tidak.
Jungwon seorang anti-romantik kerana dia tak suka romantik. Pelik kan? Budak sekolah usia dia patut mengembara apakah itu cinta tetapi kerana kehidupannya yang dipenuhi dengan pembelajaran itu, membuatnya tiada masa untuk bercinta. Oleh itu. dia seorang anti-romantik.
"Jungwon, lepas sekolah, jom pergi lepak sama-sama." Ujar rakan sekelas Jungwon yang bernama Lee Heeseung itu. Pelajar kesukaan ramai dan digemari ramai kerana mempunyai muka tampan.
"Tak apa lah, aku ada aktiviti kelab lepas sekolah." Jungwon berkata sambil menolak tawaran Heeseung.
"Ish, tak syok lah kau ni. Dasom! Nak join tak lepas sekolah?" Heeseung berkata sambil memanggil seorang lagi rakan sekelas mereka.
Kang Dasom, gadis yang suka bersosial dengan semua orang yang dia kenal. Walaupun dengan cikgu-cikgu dia, pun dia menganggap mereka sebagai rakannya juga. Hubungan antara Jungwon dan Heeseung ialah rakan rapat disebabkan mereka dalam sekumpulan rakan yang sama.
Manakala Jungwon dan Dasom sekadar rakan biasa sahaja kerana mempunyai rakan sekumpulan yang sama tapi Dasom tak pernah bergaul dengan Jungwon. Ini kerana Jungwon tidak bercakap dengan sesiapa selain budak-budak laki dalam kelas dia.
"Sure!" Dasom yang jauh dari dua jejaka itu terus berjalan ke mereka sambil meletak lengannya atas bahu Heeseung.
Kemudian, Dasom menoleh kepalanya ke arah Jungwon dan berikan senyuman kecil dan Jungwon balas dengan angguk sahaja.
"Dia tak ikut?" Soal Dasom, menoleh kepalanya kepada Heeseung sambil jarinya menunding Jungwon.
"Tak. Dia ada aktiviti kelab lepas sekolah so, takleh nak join kita." Kata Heeseung dengan nada suara mengejek yang terbuat Dasom tergelak.
Jungwon berasa malu bahawa Heesung mengejek dia. Jungwon sedar akan kehidupan bosannya yang dipenuhi buku, pelajaran dan tidak pernah sesekali melanggar peraturan itu tetapi entah kenapa dalam dirinya, terasa untuk melakukan perkara tersebut.
"Aku ikut." Jungwon kata tiba-tiba yang terbuat kedua-dua Heeseung dan Dasom memandang Jungwon.
"Tadi kau-"
"Aku nak cuba rasa macam mana hidup seorang rebel." Kata Jungwon sebelum Heeseung sambung ayat dia.
Dasom teriak dengan teruja apabila Jungwon bercadang untuk ikut sekali.
"Yeay, lagi ramai lagi meriah kan? Hahaha!" Dasom meletak lengannya atas bahu Jungwon dan menarik dua jejaka itu rapat dalam dakapan dia dengan riang.
Heeseung tidak tahu apa yang terbuat Jungwon untuk sertai dia tapi dia sudah berasa gembira yang Jungwon akhirnya sertai mereka untuk lepak.
YOU ARE READING
Anti-Romantic ↻ YJW ✓
Short Story❝ Percaya atau tidak yang aku anti-romantik. ❞ © jungwoned 2022