013

154 22 0
                                    

Sebulan sudahpun berlalu sejak dua sahabat itu bertengkar. Mereka yang diibaratkan rakan sehati sejiwa itu telah bertukar menjadi orang asing dalam cerita masing-masing. 

Sesungguhnya Dasom ingin tahu apa yang berlaku antara mereka berdua tempoh hari di belakang sekolah tetapi malah kedua-dua jejaka itu tidak berkata apa-apa. 

Walaupun Dasom lebih rapat dengan Jungwon, sepatah haram pun tidak keluar dari mulutnya tentang apa yang berlaku di sana. Dia ingin tahu tetapi tidak mahu terlalu sibuk dengan hal mereka. 

Mereka yang sebelum ini begitu tegang, sekarang menjadi lebih janggal dari sebelumnya lagi. Mereka berdua akan elak untuk bersekumpulan jika apa-apa tentang kerja kumpulan dalam kelas mereka. Walaupun cikgu tetapkan, mereka cari cara lain untuk tidak sekumpulan. 

Walaupun Dasom masih berkawan dengan Jungwon, Jungwon tidak kelihatan terkesan sangat dengan apa berlaku antara dia dan Heeseung. Sama juga dengan Heeseung. Mereka telah anggap kehadiran mereka berdua tidak wujud dalam dunia masing-masing dah. 

Jungwon masih lepak bersama dengan geng sekolah lain itu tetapi tidak untuk Heeseung. Dia berhenti terus berjumpa dengan mereka semua. Sebab? Mungkin kerana dia tidak mahu kehadiran Jungwon memekik dirinya. 

Jungwon yang dulu pendiam kini menjadi lebih bising dari biasa. Terutamanya dengan geng sekolah lain itu. Dasom pun sedar akan perubahan Jungwon itu dan gembira bahawa Jungwon makin gembira dengan keadaan baharu dia itu. 

"Jungwon, jom lepak." Dasom pelawa Jungwon untuk lepak seperti biasa dan semestinya Jungwon tidak tolak tawaran tersebut. Mereka pun segera ke tempat mereka sering lepak itu. Di belakang, terlihat ada seseorang mengikuti mereka. 

"Yo geng dah sampai!" Jay ujar sebaik nampak Jungwon dan Dasom telah sampai itu. Mereka lakukan handshake antara mereka dan bersorak dengan gembira sekali. 

"Dia masih tak okay lagi eh?" Eunchae soal soalan yang bahaya itu, membuat Soobin diamkan Eunchae untuk tidak berkata tentang hal itu. 

Soalan itu semestinya dituju kepada Jungwon. Jungwon sahaja tahu apa yang berlaku kepada Heeseung tetapi kelihatan dia tidak tahu. Selalunya, Jungwon akan berasa kesal jika soalan itu dilempar kepadanya tetapi sekarang, dia nampak rileks sahaja.

"It's okay, Eunchae. Tanya je. aku dah tak kisah. Aku dah tak tahu apa sebenarnya berlaku dekat Heeseung." Jungwon jawab dengan penuh keyakinan. Dasom di sisi Jungwon, sedia untuk bantu dia jika sesuatu yang tidak kena berlaku. 

"Jadi, korang nak tahu apa yang berlaku antara aku dan Heeseung?" Jungwon akhirnya membuka soal tersebut kepada mereka dan mereka semua angguk kepala mereka dengan penuh curiga. Sungguh mereka ingin tahu kenapa persahabatan dinamik Heeseung dan Jungwon itu telah runtuh. 

Jungwon terangkan semuanya dari A hinggalah Z apa yang berlaku dan juga info-info yang masih menjadi kejutan untuk Jungwon itu. Setelah cerita habis, mereka angguk kepala dengan penuh kefahaman. Semua ada pendapat dan pandangan tersendiri selepas mendengar cerita Jungwon. 

"Tapi kalau cemburu pun, bagitau lah juga kan. Ini simpan sampai mati, sampai bila takkan selesai." Eunchae menyuarakan pendapat dia. 

"Tapi kalau aku tempat Heeseung pun, aku pendam juga sebab nak bagi member happy. Tak nak kacau atau rosak mood dia." Jay berikan pendapat dia pula. 

"Apa yang nampak dalam hubungan korang; banyak salah silap korang tapi paling utama ialah miscommunication. Korang tersalah sangka dengan sesama sendiri sampai pendam diri korang." Soobin keluarkan kenyataan yang logik dan munasabah kepada persahabatan Heeseung dan Jungwon itu. 

Dan Jungwon juga sedar yang dia dan Heeseung jarang melakukan sesi luahan hati hingga sanggup pendam perasaan dan rahsia daripada masing-masing. 

"Dan benar apa yang Soobin cakap tu." Suara yang mereka kenali itu membuat mereka terkejut akan kehadirannya di sana. Semua kepala berpaling kepada sebuah susuk yang berdiri tidak jauh dari mereka itu. 

"Heeseung..." 

Anti-Romantic ↻ YJW ✓Where stories live. Discover now