008

173 25 3
                                    

Sesi untuk self-study telahpun bermula sebaik pukul 3 petang tiba. Disini dimana semua pelajar akan mengambil tempat mereka di dalam kelas dan memulakan sesi membelajar seorang diri di dalam kelas. Dan sesi ini mengikut giliran yang ditetapkan oleh guru kelas mereka. 

Minggu ini merupakan minggu Jungwon dan beberapa lagi rakan-rakan sekelasnya. Maka, mereka tidak boleh balik dari sekolah sehingga pukul 7 malam. Jungwon amat minat dengan sesi ini kerana dia dapat fokus dalam ulangkajinya dengan tekun. 

Satu jam berlalu dan suasana kelas amatlah senyap. Bunyi mukasurat dibuka, bunyi tulisan di atas meja dan juga beberapa bunyi-bunyi kecilan didengari sahaja, tidak terlalu ketara maka semua orang boleh fokus dalam ulangkaji mereka. 

Sedang Jungwon fokus belajar, dia terdengar satu suara tapi ia sangat halus maka, dia abaikan sahaja. Kemudian, suara tersebut makin didengari jelas tetapi Jungwon abaikan lagi kerana mungkin bunyi itu bukan dituju kepadanya. 

Kemudian, terasa ada kertas dilempar ke kepala Jungwon. Itu telah menarik perhatian Jungwon dan Jungwon pandang belakang untuk lihat siapakah yang telah lemparkan kertas tersebut kepadanya. 

Senyuman gadis yang duduk selang dua meja dengannya melambai tangannya kepada Jungwon. Ternyata Dasom telah memanggilnya selama ini. Jungwon berjalan ke belakang untuk tanyakan apa gerangan Dasom hinggakan mahu lemparkan kertas itu. 

"Aku ada masalah dengan soalan Maths ni. Boleh kau tolong tak?" Sesungguhnya membantu bukanlah salah satu kemahiran Jungwon yang kuat tetapi jika mengkaji semula soalan Matematik yang lama itu sungguh dia suka kerana bukan sahaja dia bantu Dasom buat soalan tersebut, malah membantu dirinya dalam ulangkaji.

Jungwon memindah tempatnya dari depan ke belakang agar dia dapat ulangkaji bersama dengan Dasom. Mereka pun memulakan sesi belajar bersama itu. 

Jam telah menuju ke 6.30 petang dan sehingga sekarang, mereka telah selesaikan tiga muka surat soalan Matematik bersama dan sungguh penat Dasom terasa. 

"Wah, tak sangka dah banyak ni kita buat." Ujar Dasom dengan penuh kagum sekali kerana tidak pernah dia dapat siapkan sekurang-kurangnya satu muka surat soalan Matematik dalam masa yang singkat ini. 

"Sebenarnya Maths senang kalau kau fahamkan semua teknik-teknik dia. Cikgu kita mungkin ajar cara yang susah tapi ada kat luar sana cara yang senang. Kau kena banyakkan tengok video YouTube sebab banyak cikgu-cikgu dekat YouTube ada teknik yang lebih senang." Jungwon ujarkan sambil mempromosikan cikgu-cikgu kegemarannya di YouTube itu. 

"Kefahaman. Thanks sebab ajar aku, Jungwon. No wonder kau budak pandai kelas kita." Dasom sempat memuji Jungwon dan Jungwon cuma terima pujian itu dengan rendah hati. 

Dasom mendongak ke bawah mukanya untuk buat satu lagi soalan Matematik sebelum mengakhirkan sesi tersebut dan Jungwon cuma melihat sahaja dengan jarak yang dekat dengan Dasom akibat tulisan Dasom sangat halus hinggakan susah untuk Jungwon faham. 

"Jungwon, ni macam-" Dasom angkat mukanya untuk pandang Jungwon tetapi sebaik kepalanya diangkat, muka mereka sangat dekat hingga mereka bertentangan mata untuk seketika. Mata Jungwon yang kelihatan comel itu dengan kepala disenget ke tepi, membuatnya kelihatan comel sangat di mata Dasom.

Ayat Dasom mati di situ untuk seketika kerana hilang kata-katanya. Jantungnya degup laju lagi buat kali kedua hari ini, atas kerana aksi-aksi Jungwon hari ini. 

"Yeah, kenapa Dasom?" Lamunan Dasom terhenti dan terus tanyakan apa yang dia mahu tanya kepada Jungwon tadi. Jungwon tidak teragak-agak untuk ajarkan dia cara untuk buat soalan tersebut. 

waktu type chapter, yaallah comel betul lahh jungwon 😭 i cannot

Anti-Romantic ↻ YJW ✓Where stories live. Discover now