010

161 23 4
                                    

Suasana mereka sangatlah tegang hingga bunyi kipas pusing sangat deras dalam telinga mereka. Kemudian, bunyi kerusi diseret atas lantai terdengar. Jungwon bangun dari kerusinya. 

"Jungwon, kau nak pergi mana? Awal lagi untuk balik." Eunchae ujar sambil memujuk Jungwon untuk duduk. 

"Takpe lah, lagipun memang aku kena sampai awal rumah. Sorry tau korang tapi next time kita lepak lagi." Jungwon beredar pergi sambil galas begnya dan terus keluar kedai. 

"Jungwon! Kejap, tunggu aku!" Dasom tidak teragak-agak untuk ikut sama Jungwon juga dan terus pecut keluar dari kedai itu, meninggalkan empat sekawan itu. 

Mereka semua pandang Heeseung dengan tidak puas hati. Eunchae membuat muka kecewa dan Jay dan Soobin menggeleng kepala mereka dengan penuh kekecewaan. 

"Kenapa kau cakap macam tu kat Jungwon?" Eunchae yang begitu teruja untuk berjumpa dengan Jungwon itu terus melepaskan bengangnya kepada Heeseung. 

"Apa? Aku cakap benda betul kot. Takkan aku nak cakap benda salah.." Heeseung cakap tanpa belas kasihan langsung kepada Jungwon. 

"Benar atau tidak, bercakap buruk tentang seseorang di depan orang lain atas kepentingan sendiri adalah perkara yang jahat, Heeseung. Sanggup kau cakap macam tu dekat kawan baik kau sendiri." Soobin berfalsah kepada Heeseung agar ia dapat sedarkan sedikit Heeseung yang pentingkan diri itu. 

"Aku selalu kot cakap benda macam ni dekat korang, kali ni korang bantah pula." Kata Heeseung, cuba untuk pertahankan diri. 

"Ya, itu sebab kita tak kenal siapa Jungwon sebelum ni dan sejak kita mula lepak dengan dia, dia bukanlah seburuk yang kami sangkakan." Jay tambah. 

"Betul. Jungwon tu budak pendiam tau dan bersyukur juga dia boleh bercakap dengan kita, ada keyakinan diri untuk bercakap tapi lepas kau cakap macam tu, kau rasa dia ada keyakinan balik ke nak cakap semula?" Eunchae masih lagi bara dengan Heeseung. 

Heeseung masih lagi tak faham kenapa mereka marah dia, bukannya dia cakap perkara jahat tentang Jungwon depan mereka. 

Jungwon berjalan keluar dari kedai hingga ke perhentian bas. Dia berasa malu kerana Heeseung sanggup cakap perkara tersebut di depan mereka. Memang benar Jungwon bukanlah budak yang pandai ketika sekolah rendah tetapi setelah mendapat keusahaan untuk belajar, dia tidaklah menjadi orang yang dulu. 

"Jungwon! Kejap, jangan laju sangat!" Suara Dasom itu memekak telinga Jungwon. 

"Kenapa kau tak lepak je dengan diorang? Banyak tteokbokki tak habis tu. Bukan ke tteokbokki snack kegemaran kau?" Jungwon tak faham kenapa Dasom ikut dia sekali keluar kedai tadi. 

"Tapi makan benda favourite tanpa kau tak best." Dasom kata, masih berkelakuan loya itu. Membuat Jungwon tertawa kecil sahaja. 

"Jungwon, please jangan ambil hati dengan apa Heeseung cakap tadi. Dia boleh jadi jahat kadang-kadang tapi janji dia sebenarnya baik." Dasom cuba untuk sedapkan hati Jungwon yang terluka itu. 

"Aku tahu dan selalu dah kena macam tu dengan Heeseung. Sebelum ni, aku abaikan je apa benda buruk dia cakap tapi tadi rasa macam lain. Sampai dia buka aib buruk aku depan orang-orang baru pula tu." Jungwon berujar dengan penuh kesedihan.

"Aku baru nak rasa selesa dapat bercakap dan sosial tapi lepas dia cakap macam tu, keyakinan aku kembali balik ke bawah. Kenapa dia kena jahat dengan aku...Apa yang aku buat sampai dia buat macam tu dekat aku..." Air mata mula mengalir ke pipi Jungwon. 

Sedih kerana telah lama dia menahan kepedihan tersebut. Selama dia berkawan dengan Heeseung, segala kata-kata buruk Heeseung kepada Jungwon itu, dia terima sahaja. Tidak bantah dan mempertikaikan langsung. 

"Aww, Jungwon." Dasom memeluk Jungwon yang tinggi itu dengan badan kecilnya itu sambil mengusap perlahan belakang Jungwon. 

"Aku minta maaf atas apa Heeseung buat dekat kau selama ni. Sorry sangat-sangat. Takpe, lepaskan segala kesakitan kau, aku sentiasa di sini untuk kau." Dengan itu, Jungwon sambut pelukan Dasom itu dan eratkan pelukan tersebut dengan kepalanya jatuh atas bahu Dasom itu. 

Dari jauh, satu kelibat melihat mereka sedang berpelukan itu, membuatnya genggam tangannya dengan lebih geram.

weh sorry! patutnya ni update semalam tapi lupa 😭 sebagai ganti, esok aku update lagi yea 🤭

Anti-Romantic ↻ YJW ✓Where stories live. Discover now