015 (END)

269 25 11
                                    

Dasom terkejut untuk menjumpai sepucuk surat dibawah mejanya. Dengan dibungkus kemas dalam sampul surat itu, Dasom keluarkan surat yang berwarna putih itu dari sampulnya. 

"Boleh tak kita jumpa di bumbung sekolah lepas sekolah?"

Dasom keliru. Siapakah penulisnya? Tidak pernah pula dia mengecam tulisan tersebut. Bermakna, penulisnya bukan dari kelasnya. 

"Dasom!" Suara Jungwon memekak keseluruhan kelas mereka. Sejak dia berbaik dengan Heeseung, Jungwon yang dulu sudahpun lesap di dunia ini dan diganti dengan Jungwon yang lebih bercakap banyak ini. 

"Oh? Apa tu?" Jungwon soal apabila melihat sekeping surat di dalam tangan Dasom itu. Dasom serahkan surat itu kepada Jungwon untuk dibaca dan riak wajah Jungwon berubah menjadi teruja. 

"Wah! Kau ada admirer lah! Bestnya!" Jungwon bercakap seperti dia bukan pelajar popular dalam kelas itu. 

"Aku tak nak pergi lah." Jungwon terkejut begitu cepat Dasom memberi jawapannya. 

"Eh, kenapa pula? Kau tak nak tahu ke siapa admirer kau tu? Kalau someone yang kacak, takkan kau nak reject kot?" Jungwon bercakap seperti dia yang terima surat itu. 

"Kacak atau tidak, aku tak kisah. Aku tak nak. Kalau orang tu, pembunuh bersiri macam mana? Mayat aku tertinggal kat atas sampai pak guard datang check." Pemikiran Dasom itu sangatlah jauh hingga terbuat Jungwon tertawa. 

"Takkan lah pembunuh bersiri pula. Tulisan dia cantik, kemas pula tu. Takkan lah someone yang ada tulisan kemas macam ni pembunuh bersiri pula." Jungwon cuba sedaya-upaya untuk pujuk dia pergi.

"Kau nak tahu sangat, kau lah pergi." 

"Eh, nanti orang tu laki macam mana? Sorry, aku bukan gay okay." Pantas Jungwon memberi jawapan dia. 

"Okay. Apa kata kita dua pergi sama-sama, nak?" Dasom memberi cadangan yang lain. 

"Nanti potong mood orang tu pula kalau aku ikut. Aku perempuan takpa lah juga. Aku laki. Nanti orang tu kecewa dengan kau dan larikan diri macam dalam K-Drama tu." Jungwon jawab dengan penuh loyar buruk sekali. 

"Tak, sekarang ni kau nak tahu ke tak?" 

"Nak!" 

"Kalau nak, ikut aku." Dengan itu, mereka mengambil keputusan untuk pergi sama-sama ke bumbung sekolah lepas sekolah. 

Loceng terakhir sekolah berdering, menandakan waktu sekolah telah tamat dan semua orang pulang dari sekolah. Tetapi bukan untuk Jungwon dan Dasom. 

"Dah ready?" Jungwon soal kepada Dasom yang sedang kemas barangnya. 

"Takutlah. Kalau memang betul pembunuh bersiri macam mana? Aku masih muda untuk mati!" Dasom mula bercakap mengarut. 

"Takpa, aku tunggu kau luar pintu. Nanti apa-apa, aku akan ada untuk bantu kau." Jungwon kata sambil memberi keselamatan kepada Dasom. Sungguh dia sayang Jungwon kerana ini. 

Mereka berdua segera ke bumbung sekolah bersama. Mereka naiki ke sana sambil berpegangan tangan. Jungwon tidak kisah sama sekalipun. Dia cuma nak beri ketenangan kepada Dasom. 

Apabila sampai di sana, tiada sesiapa di sana langsung malah, bau pun tidak dihidu. Maknanya, orang itu tidak sampai lagi. 

"Jangan putus harapan lagi, Dasom. Mungkin dia lambat sikit. Kau tunggu je. Apa-apa, aku ada kat luar pintu ni okay?" Dengan itu, Jungwon segera meninggalkan Dasom keseorangan di sana. Maka, Dasom pun tunggulah orang yang dinanti-nantikan itu datang. 

Lima, sepuluh, dua puluh dan setengah jam telah berlalu tapi masih tiada kelibat orang tersebut. Tiba-tiba, pintu terbuka, membuat Dasom teruja tapi harapan patah bila nampak Jungwon yang masuk. 

Anti-Romantic ↻ YJW ✓Where stories live. Discover now