Jungwon tidak faham apa yang berada dalam kepala otak Lee Heeseung sampai terasa dirinya begitu raja di dalam dunia ini sangat sehingga satu maaf dari mulut dia susah hendak dilaungkan.
"Kau sendiri tahu yang aku seorang yang kurang keyakinan, kurang sosial dan juga banyak lagi lah kurang. Selain kau bantu aku, kau hangatkan lagi api yang dah lama membara tu. Dengan cakap buruk pasal aku depan kawan kau. Kau rasa aku cakap macam tu dekat kau, kau suka tak? Mestilah tak kan?" Heeseung masih terdiam sahaja.
"Cakap, Lee Heeseung. Apa yang buat kau jadi macam ni sampai kawan baik kau nak burukkan depan kawan-kawan kau? Aku ada buat salah ke? Kalau ada, bagitau aku dan aku betulkan diri aku. Aku tak bantu kau? Semua homework kita, aku bagi kau copy. Aku tak beli makanan untuk kau? Setiap minggu dah aku buat untuk kau. Apa lagi kau tak puas hati dengan aku?" Pada saat itu, muka Jungwon sudahpun bertukar merah atas akibat melepaskan segala kegeramannya terhadap Heeseung itu.
"Aku jealous dekat kau!" Akhirnya, keluar juga sesuatu dari bibir Heeseung. Cemburu? Apa yang dia hendak cemburukan pada Jungwon, si pendiam itu.
"Aku sentiasa cemburu dekat kau sejak kita masuk sekolah menengah lagi. Sejak kau jadi lebih pandai dari aku lagi. Kau mula dapat keputusan bagus dari aku, bukan macam waktu sekolah rendah kita." Jungwon terkejut untuk lihat Heeseung mengalirkan airmata itu. Pertama kali dia nampak Heeseung menangis di depannya.
"Bukan takat kau pandai tapi kau makin popular tapi kau abaikan kepopularan kau. Kau tahu tak, setiap pagi mesti ada orang datang dekat aku dan tanya aku pasal kau. Tahu tak betapa cemburunya aku tengok kau popular tapi kau tak terima kau popular dan hidup dalam dunia diam kau tu." Heeseung ujarkan sesuatu yang Jungwon tidak pernah tahu selama ini.
Selama ini, Jungwon ingatkan ramai-ramai perempuan dekat dengan Heeseung sebab Heeseung tetapi bukan. Ia sebab Jungwon sendiri.
"Kenapa kau rahsia hal ni dari aku?"
"Sebab aku tahu kau tak yakin nak bercakap dengan orang lain jadi, aku yang ambil alih cakap untuk kau." Pada ketika itu, Jungwon terasa terharu bahawa Heeseung kisah tentang dirinya yang kurang keyakinan diri itu.
"Kalau aku bagitau kau, aku pasti kau akan panik dan tak tahu akan buat apa. Jadi, aku rahsia hal ni agar kau boleh hidup dalam dunia diam kau." Jungwon terasa ingin menangis betapa Heeseung kisah tentang dirinya.
Jungwon mula terasa bersalah akan apa dia cakap tadi. Ingin dia tarik balik tetapi kelihatan ia sudah terlambat.
"Dan pasal Dasom pula. Kau tak tahu tapi aku suka dekat Dasom." Jungwon terasa dirinya mengkhianati Heeseung.
"Dah lama sebenarnya aku suka dia. Yes, aku pun tertarik dengan Dasom kerana keikhlasan dia. Dia jujur dan prihatin. Tapi nampaknya, dia pilih kau daripada aku." Jungwon keliru apabila Heeseung kata Dasom 'pilih' dia.
Jungwon terkaku di situ, masih lagi proses apa yang telah berlaku dan dikatakan oleh Heeseung tadi. Terlalu banyak informasi baharu dia dapat. Tapi seperti tidak percaya yang Heeseung sebenarnya kisah tentang Jungwon.
Tiba-tiba, datang orang ketiga yang sedang memegang beg plastik sampah dalam tangannya. Perhatian tertumpu kepada gadis yang baru datang itu. Dasom terasa janggal kerana bertemu dengan Jungwon dan Heeseung itu.
Heeseung terus beredar pergi, meninggalkan kedua-dua Jungwon dan Dasom. Dasom ingin tahu apa yang berlaku tetapi kelihatan minda Jungwon terlalu berat sehinggakan dia beredar pergi juga.
➖
hiii! nasib ingat nak update 😂 kalau tak haaa 😂
YOU ARE READING
Anti-Romantic ↻ YJW ✓
Short Story❝ Percaya atau tidak yang aku anti-romantik. ❞ © jungwoned 2022