005

211 29 6
                                    

Sabtu malam menjelang, semua orang samada yang bekerja atau bersekolah telahpun keluar atau berehat bersama-sama orang yang tersayang mereka tidak kira yang muda atau yang tua. Tetapi bukan untuk Jungwon. Pada malam Sabtu itu, dia sedang mengulangkaji pelajaran. Dan ternyata, dia sedang mengulangkaji Matematik untuk ujian yang bakal berlangsung pada minggu hadapan itu.

Kenapa dia tak keluar bersama kawan-kawan dia pada malam itu? Kenapa dia tidak bersuka ria bersama keluarganya? Pertama sekali, dia tiada kawan-kawan lain selain Heeseung dan semestinya Heeseung sedang berseronok dengan rakan-rakannya yang Jungwon tidak kenal. Kedua, keluarganya terlalu sibuk atas kerana pekerjaan masing-masing mereka sehinggakan tinggal Jungwon keseorangan di rumah besar keluarganya itu.

Ini bukan perkara baharu untuk Jungwon atas kerana sejak kecil lagi, sudahpun menjadi kebiasaan untuknya tidak berseronok dan membuat memori dengan keluarganya maka, itu bukan menjadi satu masalah untuk Jungwon.

Jungwon juga lebih suka berdiam diri dan berseorangan dengan membuat perkara-perkara yang dia sukai seperti belajar dan dengan keadaan rumah yang sunyi sepi itu membuatnya lebih suka dan senang untuk dia belajar.

Sedang dia belajar itu, Jungwon teringat balik akan sesi lepak dengan rakan-rakan Heeseung semalam dan berjumpa dengan rakan-rakan Heeseung. Sesungguhnya Jungwon tidak kisah akan mereka dan tidak mahu melibatkan diri mereka dengannya.

Tetapi, Dasom yang dia kenal sejak awal dia bermula sekolah bersama dengan Heeseung itu, telah menarik perhatiannya sehinggakan dia teringat semula kejadian Dasom memegang tangannya itu.

Muka bertukar merah apabila teringat akan insiden tersebut dan hilang semua fokus Jungwon dalam pelajarannya itu.

"Kenapa aku merah sangat ni? Ya Tuhan, apa sedang aku alami ni sampai satu sentuhan biasa boleh buat aku rasa begitu...teruja?" Jungwon monolog sendirian.

Jungwon bangun dari meja belajarnya dan melihat refleksi dirinya di cermin, warna merah padam itu masih tidak lekang dari mukanya.

Kemudian, fikirkannya mula memikirkan tentang Dasom, bagaimana Dasom begitu baiknya dengannya, terima pendapatnya dan begitu...menawan di mata Jungwon?

Jungwon sedang alami perasaan yang dia sendiri tidak tahu bagaimana harus dia reaksi.

Patut ke aku bagitahu omma dan appa pasal hal ni? Nanti diorang kata aku dah tak fokus belajar. Minta pendapat noona? Dia semestinya akan perli aku lepas ni. Tanya Heeseung? Langkah mayat aku dulu kalau dia tahu aku sebegini. Terus-terang dengan Dasom? Nanti dia cakap aku pelik pula.

Pelbagai penyelesaian boleh diambil tindakan tetapi semuanya akan cemarkan reputasinya. Apa harus dia lakukan?

Sedang dia cari cara, Jungwon terus ambil keputusan untuk berdiam diri dan biar perasaan itu hilang sendiri. Ya, ia semudah itu dan Jungwon membuatnya menjadi begitu sukar. Tak lama lagi ia akan hilang. Betul kan?

Anti-Romantic ↻ YJW ✓Where stories live. Discover now