011

144 22 0
                                    

Beberapa hari sudahpun berlalu sejak insiden yang berlaku di kedai tteokbokki itu. Jungwon tidak langsung bercakap dengan Heeseung malah, lihat atau ambil tahu tentang pemuda itu. 

Jika sepanjang Jungwon sekolah, Heeseung lah Jungwon akan selalu rehat bersama tetapi lepas apa yang berlaku antara mereka, Dasom sahaja yang teman Jungwon makan bersama ketika waktu rehat. Kelibat Heeseung tidak langsung dinampak oleh Jungwon. 

Hari Khamis berlangsung seperti hari-hari biasa dan hari Khamis dimana kelas mereka akan mengadakan pelajaran Kimia di makmal kimia maka, mereka belajar di makmal kimia. 

Setelah habis waktu Kimia, mereka semua pulang ke kelas mereka untuk meneruskan matapelajaran yang seterusnya. Sedang Jungwon mengemas tempat duduknya untuk kelas seterusnya, dia terjumpa sekeping kertas di bawah mejanya. Jungwon tidak teragak-agak untuk lihat siapa dan apa kandungan kertas tersebut. 

" Jumpa aku lepas sekolah di belakang sekolah " 

Dengan tulisan cakar ayam sebegitu, sudah tentu Jungwon kenal siapakah penulisnya dan dia tak lain dan tak bukan, Lee Heeseung sendiri. Apakah gerangan pemuda itu hingga mahu berjumpa selepas sekolah itu? Adakah ini petanda mereka hendak berbaik semula? Apa-apa yang harus Heeseung mahukan, dia mengharapkan yang Heeseung maafkan dia setelah apa dia lakukan dan Jungwon tidak mahu sembunyi di sebalik bayang-bayang Heeseung dah. 

Waktu sekolah telah tamat dan Jungwon terus kemas barang-barangnya. Apabila dia pusing belakang untuk melihat jika Heeseung masih ada dalam kelas atau tidak, kehadiran jejaka itu sudahpun ghaib dari kelas itu. Maknanya, Heeseung sudahpun beredar ke belakang sekolah, seperti mereka rancangkan. 

Jungwon mempunyai dua perasaan sekarang. Pertama; takut jika Heeseung akan marah atau ada apa-apa yang berlaku akan berlaku dan kedua; teruja untuk tahu apa bakal Heeseung cakapkan dan harapkan sesuatu yang baik keluar dari mulutnya itu. 

Apabila sampai ke belakang sekolah dimana sampah-sampah dan barang-barang lama kepunyaan sekolah berada, kelibat Heeseung yang sedang berdiri menghadap dinding itu telahpun sampai lebih awal dari Jungwon. 

"Okay, kau nak cakap apa?" Jungwon, dengan nada suara tenang, memulakan perbualan mereka. 

Diam. Bunyi angin bertiupan menjawab soalan Jungwon. Jungwon ulang balik soalannya tetapi masih dijawab dengan perkara yang sama. Dia nak aku tunggu macam tunggul ke kat sini sampai sekolah tutup? 

"Heeseung, aku tak ada masa ni. Kalau kau nak main-main dengan aku, lain kali-" 

"Kau dah berubah, Jungwon." Cuma ayat itu sahaja keluar dari mulut Heeseung tapi itu telah membuat Jungwon keliru. 

"Berubah? Apa maksud kau?" Jungwon soal. 

"Sebelum ni, kau tak pernah bantah apa aku cakap. Kau biar je apa aku cakap kat kau, walaupun yang buruk. Tapi sekarang, kau dah lain. Sejak kau kawan dengan Dasom, semua jadi lain." Jungwon tak percaya apa yang keluar dari mulut Heeseung sekarang. 

"Kau cakap aku berubah? Kau nak cakapkan aku yang pendiam lagi bagus dari aku yang sekarang? Kau tahu tak segala benda kau cakap dekat aku dulu, tak pernah aku ambil hati. Walaupun kau bergurau kasar sekalipun, tak pernah aku tegur kau. Kenapa? Sebab aku tak nak kau sedih." Jungwon mempertahankan dirinya yang selama ini. Segala yang dia pendam, akhirnya keluar dari dadanya. 

"Sebab kau sorang je kawan aku, Heeseung. Tapi lepas aku kenal Dasom, aku faham yang bukan semua orang macam kau. Itu sebabnya aku berkawan dengan Dasom. Dia tak pertikaikan apa aku cakap, apa aku buat. Malah, dia sokong atau dengar sahaja apa aku cakap tanpa menilai apa aku buat." Jungwon tambah lagi. Heeseung cuma dengar sahaja apa Jungwon hendak cakap. 

"Aku rasa gembira yang aku jumpa orang-orang yang tak judge aku, cakap buruk pasal aku atau buka aib aku depan orang tanpa kebenaran aku. Aku nak tegur kau akan semua perkara buruk kau kata pasal aku. Tapi sebab kau kawan aku, aku sanggup cederakan perasaan aku demi kau." Jungwon melepaskan segalanya yang dia simpan. 

"Tapi baru sekarang aku sedar yang perasaan aku valid juga. Aku berhak untuk berasa macam tu. Tu sebabnya aku berubah. Aku berubah demi diri aku, bukan untuk kau." Jungwon sudah berada di hujung untuk menitis airmata tetapi dia tahan manakala Heeseung dengan muka kosong dia sahaja. 

Anti-Romantic ↻ YJW ✓Where stories live. Discover now