014

148 20 5
                                    

"Heeseung, kau kembali.." Ujar Dasom apabila nampak kelibat Heeseung yang muncul di tempat lepak mereka. 

Tiada sesiapa berani untuk berkata apa-apa selain Jungwon dan Dasom. 

"Heeseung..." Jungwon cuba untuk berbicara tetapi Heeseung diamkan dia.

"Tidak mengapa, Jungwon. Biar aku cakap dulu. Aku nak cakap yang aku minta maaf dekat kau lepas apa aku buat dekat kau." Akhirnya, satu pemaafan dari Heeseung keluar dari mulutnya. 

"Macam Soobin cakapkan tadi, kita dua miscommuncate dengan each other sampai cederakan diri kita sendiri. Aku buat begitu sebab nak jaga hati kau dan kau pun buat macam tu sebab nak jaga hati aku. Tapi tak pernah kita sedar yang kita tengah cederakan diri kita sedikit demi sedikit." Heeseung ujarkan. Jungwon dengar dengan penuh perhatian. 

"Tapi selama sebulan aku menyendirikan diri, aku sedar yang aku bukan seorang yang sempurna. Aku bukan pandai macam Jungwon atau popular macam dia. Aku cuma seorang manusia yang mempunyai kekurangan sendiri. Aku sedar kesalahan aku terhadap kau, Jungwon. Tapi sebab ego aku yang terlalu tinggi tu, ia telah ancam perasaan kau." Heeseung teruskan lagi penjelasan dia. 

"Aku betul-betul nak minta maaf pada kau. Tolong maafkan semua kesalahan aku dekat kau. Aku tahu aku banyak salah dengan kau." Heeseung akhirkan penjelasan dia dengan kemaafannya. 

"Heeseung. Benar, aku bukan sempurna juga. Tapi aku pun nak minta maaf dekat kau sebab cakap perkara-perkara buruk tu kat kau. Aku cuma melepaskan perasaan geram yang aku pendam selama tu dan tak berniat nak cederakan perasaan kau balik." Jungwon pula memulakan perbicaraannya. 

"Walaupun kau cakap benda buruk tentang aku, itu tak makna aku tiada kawan. Kau lah yang ajak aku ke sana, ke sini. Semua lah. Kalau bukan kau, aku rasa aku keseorangan dalam dunia ni. Tapi dengan bantuan kau, aku jumpa orang-orang yang baik." Jungwon tersenyum sambil mengatakan penyataan. 

"Aku maafkan kau, Heeseung. Aku tak nak kita berdua gaduh. Nak gaduh, kita selesai dengan cara elok, okay?" Heeseung angguk kepalanya dan mereka berdua peluk, membuat Eunchae dan Dasom terharu dengan persahabatan mereka manakala Soobin dan Jay kagum dengan mereka. 

"Dan aku bagi kau Dasom kepada kau. Jangan lupa jaga dia elok-elok." 

"Okay. I will." Dua sahabat itu berbisik sesama sendiri sebelum meleraikan pelukan itu. Akhirnya, dua sahabat itu telah berbaik semula. Dasom terharu dengan dua rakan itu hingga peluk mereka berdua. 

"Akhirnya korang dah berbaik! Tahu tak geng ni makin sendu tanpa korang? Sedih aku!" Dasom melepaskan isi hati dia terhadap geng mereka yang tiada kehadiran keceriaan Heeseung dan Jungwon itu, membuatkan mereka semakin sendu. 

Heeseung dan Jungwon cuma tertawa sahaja mendengar isi hati Dasom itu. Mereka juga lega bahawa mereka berdua telah berbaik semula. 

nak habis dah citer ni 😭🥲

Anti-Romantic ↻ YJW ✓Where stories live. Discover now