"Yeahh! Dasom dah sampai!" Ujar seorang budak perempuan dari sekolah lain sebaik mereka bertiga sampai ke tempat mereka lepak.
Jungwon was-was untuk ke sana kerana tempat itu dibawah sebuah jejantas dimana landasan keretapi berada, di sana terdapat sebuah sofa yang buruk, meja kecil, beberapa kerusi yang reput tapi masih boleh duduk dan juga karpet yang buruk untuk menawankan lagi tempat tersebut.
Riak wajah Jungwon menunjukkan muka jijik kerana tempat itu kelihatan kotor, tidak kemas dan juga serabai.
"Siapa tu?" Soal seorang budak laki dari sekolah lain sambil menunding jarinya kepada Jungwon. Jungwon terkejut apabila mereka ketahui kewujudan dia di sana.
"Oh, ni kawan aku, panggil dia Jungwon. Ni pertama kali dia datang sini so, korang jangan jahat sangat dengan dia." Heeseung memperkenalkan Jungwon kepada mereka yang lain.
"Comel comel ni, mesti ada girlfriend dah.." Ujar seorang lagi gadis di dalam kumpulan itu, menyedari wajah comel Jungwon yang terbuat Jungwon bermerah muka kerana pujian dia.
Sebelum Jungwon boleh menjawab, seseorang mencelah.
"Ataupun dia gay dengan Heeseung! Hahahaha!" Kerana itu, membuat semua orang tergelak dan Heeseung menyerang semula siapa yang berkata itu.
"Kau menganjing nombor 1. Tak, dia ni anak ayam, dengan perempuan pun dia tak cakap. Nak girlfriend? Lagi lah.." Ayat kecaman Heeseung itu telah buat Jungwon berasa malu dan ingin melarikan diri. Dia soal kenapa dia masih berkawan dengan Heeseung jika dia sering pandang rendah dia.
Dasom sedar akan perubahan muka Jungwon setelah dikecam oleh Heeseung dan terus hentikan kata-kata kecaman mereka terhadap Jungwon.
"Okay, sudah sudah. Tadi kau kata jangan jahat dengan dia, kau pula yang melebih." Dasom berkata, cuba untuk mempertahankan Jungwon.
"Aku melawak je, kau tak terasa kan dengan kata-kata aku, kan, Jungwon?" Heeseung mendekati Jungwon dan meletak lengannya atas bahu Jungwon. Jungwon menggeleng kepalanya dengan gementar sambil memandang bawah.
Dasom sudah tahu yang Heeseung seringkali memandang rendah terhadap Jungwon akan kerana Jungwon kurang sosial dengan orang lain tetapi dia mampu melihat sahaja kerana tidak mahu campur hal antara dua sahabat itu.
Mereka semua terduduk di tempat-tempat yang kosong manakala Jungwon duduk di mana tempat yang dia mampu duduk. Jungwon terasa menyesal datang sekali lepak dengan Heeseung.
➖
dah terasa berzaman menaip fanfic dan akhirnya kembali lah saya ke sini hehe. anyways this is gonna be a short story je yea and will be publish two chaps in one update so hopefully semua yg membaca enjoy <333
YOU ARE READING
Anti-Romantic ↻ YJW ✓
Historia Corta❝ Percaya atau tidak yang aku anti-romantik. ❞ © jungwoned 2022