Bunyi keretapi lalu memekak telinga Jungwon yang terduduk di sebelah sungai kecil berdekatan dengan jejantas itu. Dia melihat refleksi dirinya dalam sungai itu dan tertanya kenapa dia berkelakuan sebegini jika dia berkawan dengan Heeseung.
Jungwon mampu melepaskan keluhan berat dan hadapi sahaja kata-kata dari Heeseung. Heeseung merupakan kawan dia sejak kecil dan sejak itu juga, dia sering berkepit sahaja dengan Heeseung, tidak pernah berpisah.
Mereka begitu rapat sampai Jungwon tidak sedar yang beberapa kata-kata Heesung itu boleh sakitkan hati dia tetapi dia anggap itu cuma satu gurauan kerana Jungwon memang anggap Heeseung sebagai kawan dia. Satu-satunya kawan yang dia ada.
Kemudian, Dasom datang mendekati Jungwon yang kemurungan itu untuk berbual dengan dia.
"So, Jungwoo-"
"Jungwon." Jungwon memotong Dasom, membetulkan namanya.
"Sorry, keliru dengan nama kau dengan orang lain. So, Jungwon, kenapa kau nak terikut Heeseung pula? Sebelum ni kau reject je offer dia." Dasom curiga kenapa Jungwon terasa ingin ikut Heeseung pula kali ini.
Hasrat sebenar Jungwon ialah untuk tunjukkan pada Heeseung yang Jungwon bukanlah selemah yang dia sangkakan agar Heeseung berhenti mengejek dia tetapi dia takut jika Dasom pergi laporkan perkara tersebut kepada Heeseung maka, jawapan palsu dia ialah...
"Nak cuba datang sini sebab Heeseung selalu sangat cakap pasal tempat ni, rupanya bukanlah macam aku jangkaan." Jungwon berkata, melempar sebiji batu dalam sungai dengan lemah.
"Haha, tempat lepak biasa je ni. Tak grand mana pun." Ujar Dasom lagi. Kemudian, mereka berdua senyap semula kerana tiada apa-apa yang hendak diborak.
"Tapi serius lah kau tak ada girlfriend? Aku tak percaya muka comel macam kau tak ada girlfriend." Dasom naikkan balik topik ini kerana curiga akan Jungwon.
Jungwon, sekali lagi, bermerah muka kerana malu akan pujian Dasom tapi benar, dia tiada teman wanita. Dasom pun bertanya kenapa dia tiada teman wanita.
"Aku tak pasti kau percaya atau tak tapi aku anti-romantik. Aku tak percaya akan cinta." Jungwon jawab dan menunggu akan apa-apa komen tentang hal tersebut tetapi Dasom angguk dengan penuh kefahaman sahaja.
"Kau...tak nak mempertikaikan apa yang aku kata?" Jungwon yang seringkali dengar Heeseung komen akan apa-apa yang bosan itu terbuat Jungwon keliru akan Dasom dan Dasom geleng sahaja kepala dia.
"Aku percaya kau, kenapa kau akan rasa aku tak percaya?" Dasom soal balik pada Jungwon.
"Selalunya, Heeseung akan kata aku mengarut sebab tak wujud pun anti-romantik." Jungwon jawab dan Dasom sedar lagi yang Heeseung begitu kejam dengan Jungwon.
"Tapi dia melawak je, suka sangat bergurau." Jungwon tambah lagi tetapi akhir-akhir katanya, terdengar seperti dia kurang yakin walaupun dia sedang mempertahankan kawan baik dia.
"Tak apa, aku bukan macam Heeseung. Aku takkan judge orang sesenang itu." Senyuman Dasom membuat Jungwon lega bahawa wujudkan orang seperti Dasom di dunia ini.
YOU ARE READING
Anti-Romantic ↻ YJW ✓
Short Story❝ Percaya atau tidak yang aku anti-romantik. ❞ © jungwoned 2022