009

158 26 5
                                    

Hari Rabu menjelang dan ia sudahpun waktu untuk balik dari sekolah. Jungwon kemas segala barang-barangnya agar dia boleh pulang ke rumah tetapi sebelum dia boleh keluar dari kelas, Heeseung telah tahannya dari keluar. Dasom muncul dari belakang Heeseung yang tinggi itu. 

"Jom lepak." Heeseung ujarkan dan tidak sempat Jungwon menjawab, Dasom potong. 

"Kita nak pergi makan tteobokki sama-sama dengan yang lain. Jom lah, Jungwon. Heeseung kata dia nak belanja." 

"Eh bila pulak aku kata aku belanja?" Heeseung dan Dasom bertengkar seperti adik-beradik yang membuatkan Jungwon tertawa melihat mereka. 

"Sure tapi aku kena sampai rumah sebelum 7. Omma masakkan makanan favourite aku." Dasom dan Heeseung gembira bahawa Jungwon akan ikut bersama. Dengan itu, mereka bertiga segera ke kedai jual ttekbokki agar mereka boleh lepak bersama dengan rakan-rakan mereka yang lain. 

Sudah beberapa hari berlalu dan ini kali ke-3 Jungwon lepak bersama Heeseung dan Dasom bersama dengan tiga rakan yang lain. Jungwon makin mula bersosial dengan tiga rakan baharu itu walaupun ia agak sukar untuk dia tetapi Dasom di sana bantu dia agar dia tidak dipinggirkan dalam aktiviti mereka. 

Mereka bertiga sampai ke kedai tteokbokki tersebut dan bunyi bising mula memenuhi ruang kedai tersebut dengan suara tiga sekawan itu. 

Jungwon ambil tempat diantara Heeseung dan Eunchae dan Dasom duduk di depannya. 

"Amboi, korang makan tanpa kitorang yea." Dasom usik mereka apabila melihat tiga pinggan tteokbokki sudah hampir habis itu. 

"Boleh order lagi, takde masalah." Dengan itu, Jay memanggil pelayan untuk memesan lagi makanan untuk mereka. Sungguh Jungwon rasa malu kerana ketidak malu Dasom tadi hinggakan Jay pesan tteokbokki yang lain. 

Mereka mula menjamu selera selepas tteokbokki yang lebih panas dan sedap dihidang depan mereka. Jungwon tidak teragak-agak untuk makan dengan penuh nikmat. 

"Macam mana, Jungwon? Sedap?" Eunchae yang duduk di sebelah Jungwon itu soal sambil memandang Jungwon dengan penuh keterujaan. 

"Sedap." Jawab Jungwon dengan suara lembutnya itu. Terbuatkan Eunchae cair mendengar suara Jungwon. 

"Aku dengar Jungwon tolong Dasom belajar haritu time self-study." Soobin mulakan topik perbualan mereka dan Jungwon tidak sangka dia akan terlibat dalam topik tersebut. 

"Ha'ah, Jungwon pandai gila. Tiga page soalan Maths dia tolong aku buat dalam 3 jam je. Kalau aku buat sorang, rasa lima soalan je aku siap, selebihnya aku give up dah." Komen Dasom itu telah menggelikan hati rakan-rakannya yang lain. 

"Jungwon memang pandai. Sekarang aku faham kenapa kelas kami sanjung gila kepandaian dia." Dasom tambahkan lagi pujian kepada Jungwon, membuat Jungwon rasa malu. 

"Tapi sebelum Jungwon masuk sekolah menengah, dia bukan pandai mana pun. Selalu tanya aku macam-macam." Heeseung tambah tetapi daripada memuji tetapi memerli Jungwon, menjadi masa lalu Jungwon sebagai satu jenaka. 

Kemudian, suasana menjadi senyap dan tegang. Jungwon cuma pandang ke bawah dengan penuh perasaan malu. Jay yang duduk di hadapan Heeseung itu, tendang kaki Heeseung di bawah.

"Bro, not cool. Bringing up someone's past and make it a joke is not nice." Jay cakap dengan penuh loghat Inggerisnya itu kepada Heeseung. Semua orang pandang Heeseung dengan kekecewaan kerana berkata perkara sebegitu kepada rakan baiknya sendiri. 

Anti-Romantic ↻ YJW ✓Where stories live. Discover now