004

236 32 8
                                    

"Bye, Jungwon. Jumpa Isnin." Heeseung berkata sebelum dia beredar dengan menaiki bas dan Jungwon melambai tangannya hingga kelibat Heeseung hilang dari pandangannya.

Jungwon duduk semula di kerusi di perhentian bas tersebut untuk bas yang seterusnya yang akan lalu. Di pengakhiran sesi lepak mereka, dia dapat membuat dengan beberapa rakan.

Eunchae, Soobin dan Jay yang merupakan pelajar sekolah lain itu ialah rakan-rakan baharu Jungwon. Mereka sempat berkongsi nombor telefon sesama sendiri, mana tahu, mereka boleh bantu sesama sendiri. Walaupun Jungwon tahu dia takkan hubungi atau telefon mereka.

"Oh, Jungwon. Tak balik lagi?" Suara yang Jungwon kenali itu terbuatnya pusing belakangnya untuk melihat gadis yang riang itu masih tidak pulang lagi.

"Oh, hai Dasom. Ha'ah, aku tunggu bas sampai." Jungwon jawab sambil menawarkan tempat duduk kepada Dasom dan Dasom tidak tolak tawarannya.

"Sama lah, maknanya kita akan naik bas yang sama lah ni?"

"Nampaknya lah." Jungwon berkata sahaja sambil senyum. Entah kenapa Jungwon terasa gembira apabila dia bersama Dasom.

Mereka berdua berdiam semula untuk beberapa minit. Jungwon tidak tahu apa harus dia cakap memandangkan dia tidak tahu bagaimana hendak bergaul. Momen tegang itu membuatnya terasa gementar.

"So, Jungwon.." Kepala Jungwon pusing dengan pantas sekali, memandang Dasom sebaik Dasom terdapat sesuatu hendak berkata.

"Memang benarlah tentang kau anti-romantik? Maknanya kau takkan ada rasa romantik terhadap sesiapa pun?" Dasom soal dengan penuh curiga.

"Yup. Aku lebih pentingkan pelajaran aku daripada bercinta." Jawab Jungwon dengan jawapan yang penuh kepada Dasom.

"Tapi kau tahu tak cinta tu macam mana?" Jungwon menggeleng kepalanya sambil tertawa.

"Hate to break it to you but nope. Aku tak tahu malah, tidak mahu tahu langsung." Jawab Jungwon dan Dasom cuma angguk sahaja.

"Kalau aku pegang tangan kau macam ni pun, kau takkan rasa apa-apa ke?" Dasom serta-merta mencapai tangan Jungwon dan genggam erat tangan Jungwon.

Disebabkan Jungwon agak popular dikalangan juniors atau adik-adik di sekolah mereka, ini bukan pertama kali perempuan yang tidak dikenali Jungwon memegang tangan Jungwon dan setiap kali mereka pegang, Jungwon akan tepis dan tiada apa-apa perasaan dia rasa tetapi apabila Dasom pegang, terasa seperti elektrik mengalir dalam sistem badannya.

Sesuatu yang mengujakan dirasai Jungwon tetapi Jungwon menahan perasaan tersebut daripada ditunjuk kepada Dasom.

Jungwon terdiam dan menggeleng kepalanya kepada Dasom.

"No way kau tak rasa apa. Lelaki biasa akan teruja bila dipegang tangan perempuan. Kenapa kau macam batu?"

"Macam aku cakap, aku anti-romantik." Tetapi apa yang Jungwon cakap tidak benar dengan apa hatinya sedang reaksi terhadap aksi tersebut. Jantungnya berdegup dengan laju sekali.

"Ish, pelik lah kau ni." Dasom ujar, melepaskan tangan Jungwon dari genggamannya. Jungwon cuma tersenyum bodoh kepada Dasom kerana terhibur hatinya melihat Dasom kelihatan kegusaran.

"Bas dah sampai. Jom, Jungwon." Dengan itu, mereka berdua berangkat bersama menaiki bas yang telah sampai itu.

Jantung Jungwon masih tidak berhenti dari apa berlaku tadi. Apa yang Dasom buat tadi benar-benar telah bangunkan sesuatu dalam diri Jungwon yang dia sendiri tidak tahu akan wujud.

hi hello semua! telahpun aku decide hari apa nak update! story ni pon short story maka, aku akan update story ni selang seli. contoh mcm isnin update and update kedua is rabu and on and on. amacam okay tak? 😂

Anti-Romantic ↻ YJW ✓Where stories live. Discover now