006

180 25 4
                                    

Isnin kembali seperti biasa dan semua orang memulakan hari pertama mereka di minggu yang baharu itu. Jungwon turut juga kembali ke sekolah seperti biasa dia datang dan sebaik masuk kelas, dia duduk di tempatnya dan keluarkan buku agar dia tidak buang masanya dengan perkara yang lalai. 

Kemudian, kehadiran Heeseung begitu meriah hingga hampir keseluruhan kelas gembira untuk melihat Heeseung hadir ke sekolah. Jungwon pandang dan melihat Heeseung yang gembira dapat berjumpa dengan rakan-rakan sekelasnya itu. 

Sungguh Jungwon cemburu akan Heeseung yang begitu popular dengan semua orang akan kerana kemahiran sosialnya yang mantap dan juga muka tampannya itu telah membuatnya menjadi salah satu pelajar popular. 

Tidak seperti Jungwon, hampir menjadi outcast kelasnya tetapi disebabkan kecemerlangannya dalam pelajaran, semua orang menyanjung kepandaian Jungwon. Tetapi tidak sesosial Heeseung. 

Jungwon kembali melakukan kerjanya dan abaikan perkara tersebut sehinggalah datang sepasang tangan menapak di atas meja Jungwon yang terbuat Jungwon mendongak kepalanya ke atas untuk melihat siapakah gerangan tangan tersebut. 

"Selamat pagi, tuan anti-romantik." Suara merdu Dasom memenuhi telinga Jungwon itu membuat Jungwon tersenyum untuk melihat Dasom di pagi kelas itu. Selalunya, Jungwon tidak akan mendapat selamat pagi dari sesiapapun selain Heeseung tapi selepas berkenalan dengan Dasom, kelihatan Dasom juga akan mengucapkan selamat pagi kepadanya pada masa-masa akan datang. 

Melihat muka Dasom teringat Jungwon akan perasaan yang tidak dikenali itu dan Jungwon akan abaikan perasaan tersebut sehingga hilang, seperti dia rancangkan.

"Morning, Dasom. Kau nampak gembira pagi ni." Jungwon sedar akan senyuman Dasom yang tidak lekang dari bibir Dasom. 

"Yeah, tengok ni." Dasom naikkan kedua-dua tangannya ke mukanya untuk tunjukkan kuku-kuku yang baru dihias cantik itu. 

"Cantik tak kuku aku? Aku buat hujung minggu lepas. Dah lah murah, cantik pula tu." Dasom memuja akan kecantikkan kukunya yang baharu itu yang terbuat Jungwon tersenyum melihat kegembiraan Dasom. 

"Baguslah untuk kau. Warna dia sesuai dengan kau."

"Kan kan? Nak tengok lebih dekat tak?" Dasom hulurkan tangannya kepada Jungwon dan Jungwon terus mencapai tanpa sebarang amaran. Kerana itu, Dasom terasa sesuatu yang dia tak sepatutnya rasa. Jantungnya mula degup dengan laju. 

Cara Jungwon memegang jari-jemari Dasom dengan penuh hati-hati untuk tidak rosakkan kuku barunya itu, lembut kulit Jungwon menyentuh kulit Dasom. Pada saat itu, Dasom terasa dunia cuma mempunyai Jungwon dan dirinya sahaja. 

"Betul lah, the details sangat cantik juga. Comel." Jungwon puji kuku Dasom sambil memberikan senyuman manis kepada Dasom. Pada momen tersebut, senyuman comel Jungwon telah menawan hati Dasom, tanpa sengaja. Berhenti degup laju wahai jantung! 

Agak lama juga Jungwon melihat kuku baharu Dasom sehinggakan Heeseung datang, baru Dasom melepaskan tangannya dari genggaman Jungwon. 

"Wah, kuku baru nampak, Dasom. Jangan lupa hari ni kita ada PJ." Dasom terus teriak dengan geram kerana semestinya guru Pendidikan Jasmani mereka akan lakukan sukan yang lasak yang akan menyebabkan kukunya rosak, tidak memberi sebarang belas kasihan kepadanya. 

Jungwon tertawa melihat riak wajah Dasom, begitu menghiburkan pagi harinya itu. 

ngl sepanjang typing story ni, blushing aku sbb comel gilerr 😭

Anti-Romantic ↻ YJW ✓Where stories live. Discover now