007

155 23 4
                                    

Kelas Pendidikan Jasmin berlangsung di gim sekolah mereka dan Dasom tidak menyukai bahawa mereka harus lakukan permainan dogdeball untuk kelas kali ini. Dia akan lakukan segala-galanya untuk lindungi kukunya dirosak oleh sukan lasak tersebut. 

Kelas mereka dibahagi kepada dua kumpulan: satu kumpulan menyerang dan satu kumpulan bertahan. Jungwon berada di kumpulan bertahan bersama dengan Dasom manakala Heeseung kumpulan menyerang. Heeseung kelihatan teruja untuk serang rakan-rakannya. 

Jungwon tahu betapa kuatnya sifat saingan Heeseung dan sesungguhnya dia akan lakukan segalanya untuk menang. Jungwon akan elak dari serangan Heeseung. Dasom pula berada di belakang bersama rakan-rakan perempuannya dan menyuruh mereka lindungi dia daripada diserang atas kerana ingin menjaga kuku baharunya itu. 

Wisel ditiup dan permainan mereka bermula. Heeseung menjumpai mangsa-mangsa pertama dalam masa 20 saat sahaja dan begitu takutnya semua orang apabila bola dipegang dalam tangan Heeseung. Jungwon cuba sedaya-upaya untuk tidak ditangkap walaupun dia bukan seorang yang pantas. 

Masa berjalan dengan pantas sekali dan tinggal beberapa pemain sahaja di kumpulan bertahan. Dasom disingkirkan dengan serangan Heeseung, seperti disangkakan. Dan nasib yang baik sangat kerana kukunya tidak rosak. Dasom terkedu bahawa Jungwon masih bertahan walaupun dia kelihatan tidak bagus dalam permainan ini.

"Baling bola dekat Jungwon!" Salah satu pemain di kumpulan menyerang jerit kepada Heeseung. 

Jungwon terkejut apabila namanya diseru dan membuat isyarat bertahan kerana tidak mahu disingkir. 

"Sorry, Jungwon." Heeseung maafkan Jungwon dahulu sebelum diserang dan serangan Heeseung tadi sungguh kuat hingga impak dia membuatkan Jungwon terbaring atas lantai. 

Semua dalam kumpulan menyerang sorak dengan gembira kerana berjaya menang dalam masa 10 minit. Jungwon mengerang dengan sakit kerana bola yang terkena lengannya itu sangat kuat, hampir mencederakan lengannya. 

"Kau okay, Jungwon?" Satu tangan dihulurkan kepada Jungwon dan Dasom sedang menghulurkan bantuan kepada Jungwon. 

"Yeah, aku okay. Sorry sebab tak menang untuk kumpulan kita." Jungwon ujar dengan kesal atas kerana tidak berjaya bertahan demi kumpulannya. 

"Tak apa, lagipun ini permainan je. Tak perlu ambil serius pun. Lagipun, kau dah buat yang terbaik kau dah. itu pun dah mencukupi." Dasom dengan tidak sengaja memeluk Jungwon dari sisi yang terbuat Jungwon terkejut akan aksi Dasom itu. 

Beberapa saat kemudian, Dasom melepaskan pelukan itu dan beredar pergi ke bilik tukar perempuan agar mereka boleh teruskan dengan pelajaran mereka yang seterusnya. Jungwon pula masih terjegat di tengah-tengah gim itu sambil merasa degupan jantungnya yang laju itu. 

Sesungguhnya Jungwon tidak tahu apa sedang Dasom lakukan kepada Jungwon tetapi sungguh dia keliru apa harus dia lakukan bahawa perasaan tidak diketahui itu susah untuk diabaikan. 

Anti-Romantic ↻ YJW ✓Where stories live. Discover now