BAB 19 : Kisah Silam

724 87 7
                                    

Wajah pucat yang terbaring lemah di atas katil serba putih itu kini menjadi penghias bingkai pandangan Qaed. Melihat wajah polos itu, automatik darahnya yang mendidih sejak tadi kini beransur reda.

Dalam diam, Qaed mula mengutuk dirinya sendiri kerana tidak mampu menahan amarah dalam dirinya. Jika tidak dibendung, memang habislah jururawat yang bernama Hairani itu menjadi mangsa kemarahannya.

Lafaz selawat serta beberapa potongan ayat dari kalam suci mula dibasahkan pada lidah. Rasa penyesalaan dan amarah bertubi-tubi menyerbu atma seorang Qaed.

Kesal akan diri yang tidak mampu menahan diri dari hasutan amarah yang dibisikkan oleh syaitan di telinganya.

'Ya Allah, maafkan aku. Aku mohon, jauhkanlah aku dari sikap mazmumah yang tersimpan dalam diri ini...' Doa hati kecil Qaed.

Apabila mengenangkan dirinya bersama wanita lain pada saat ini, Qaed mula meraup wajahnya sendiri. Fikirannya kini mula disarati dengan raut wajah si isteri.

Walaupun sedaya upaya dia cuba untuk memperosokkan bayangan wajah itu dari fikiran, dia gagal. Dari dulu sehingga sekarang, seakan perkataan gagal itu setia menempel dengan dirinya setiap kali dia berhadapan dengan Maria.

Sekali lagi, bumi dibasahi dengan titisan hujan yang lebat. Di sebalik jendela yang kini dipenuhi dengan rintikan air hujan itu, Qaed mula tenggelam dalam kisam silamnya sendiri.








Sepuluh tahun yang lalu...

PAGI itu, cuasa sejuk di kota Ireland membuatkan Qaed terpisat-pisat seketika. Cahaya mentari sudah pun menghiasi kaki langit dari arah timur sekaligus menerobos masuk melalui jendela di hadapannya.

Kepala yang terasa berat, dipegang kuat. Sedaya-upaya dia cuba mengingati kembali peristiwa semalam yang berlaku.

Tatkala imej satu demi satu wajah yang memaparkan seraut wajah wanita yang dia temui semalam, fikiran mula dicerna terhadap situasi yang berlaku pada saat ini. 

Pandangan mata mula dipincilkan pada tubuh yang berbalut dengan gebar. Rasa cemas menikam diri apabila menyedari bahawa tiada seurat benang pun yang membaluti tubuh.

Anak mata Qaed mula melinggas di segenap ruangan bilik hotel itu. Mahu mencari wajah wanita yang menjadi punca terjadinya semua ini.

Bunyi pintu bilik air yang dikatup membuatkan pandangan Qaed terngadah ke hadapan. Melihat tubuh langsing yang berbalut dengan bathrobe itu, terus sahaja pandangannya dijatuhkan ke bawah.

"Good morning, my handsome sunshine!" sapa Maria ceria. Melabuhkan punggung di birai katil, terus sahaja pipi Qaed menjadi mangsa kucupannya.

"Apa aunty buat dekat saya ni? Mana baju saya?" soal Qaed sekaligus mengesot menjauhi Maria. Tidak rela dirinya disentuh tanpa kerelaannya.

Maria senyum sinis mendengar pertanyaan Qaed. Namun begitu, entah mengapa dia sukakan sikap naif dan polos Qaed. Tidak seperti anak muda yang pernah dia tiduri sebelum ini.

Rela sahaja menyentuh dirinya tanpa sekelumit pun rasa segan.

"Janganlah macam tu, sayang... Best tak semalam? Kalau kamu nak, any time je roger lah aunty."

Mendengar itu, terus sahaja Qaed bangkit dari katil. Dengan gebar yang kemas membaluti tubuh, anak matanya mula menentang kasar raut wajah wanita yang berusia lewat 40-an itu. Seusia dengan ibu dan bapanya yang berada di kampung.

"Kenapa aunty buat saya macam ni? Apa dosa saya pada aunty? Saya ingatkan selama ini aunty ikhlas anggap saya macam anak angkat aunty. Tapi... aunty sanggup ragut kesucian saya! Aunty tak fikir dosa pahala ke? Saya ni, sebaya dengan Kasyah. Sanggup aunty buat macam ni, huh?" soal Qaed bertalu-talu. Sebu jantungnya apabila melontarkan kata-kata itu di hadapan wanita yang mati-mati sudah dianggap seperti ibunya sendiri.

Selama ini, Maria melayannya dengan baik sekali kerana dia berkawan baik dengan Kasyah iaitu teman sebiliknya di kampus. Disebabkan tidak pulang ke Malaysia sewaktu musim cuti semester kerana tidak mempunyai wang, Kasyah sering kali mengajak Qaed untuk tinggal di rumah ibunya.

Bapanya sudah lama bercerai dan meninggalkan rumah itu untuk tinggal bersama isteri barunya.

Sejak dari itu, hubungan Qaed dan Maria rapat bagaikan anak-beranak. Segala baju dan keperluan Qaed juga dibeli sama dengan anak lelakinya.

Pada awalnya, Qaed berasa berat hati untuk menerima semua pemberian itu. Tetapi setelah dipujuk-pujuk oleh Kasyah dan Maria, akhirnya dia menerima semua itu tanpa sebarang keraguan lagi.

Semalam, Maria menelefon Qaed untuk meminta pertolongan lelaki itu. Katanya, tayar keretanya bocor tidak jauh dari kawasan hostel dan meminta Qaed datang segera. Pada waktu itu, Kasyah tiada kerana menyertai latihan basketball di universiti.

Tanpa sedikit pun rasa ragu, Qaed dengan rela hati membantu wanita itu meskipun pada waktu itu jam sudah pun melepasi waktu 12 tengah malam. Selepas sahaja menukarkan tayar kereta Maria, dia telah pun dipelawa untuk minum kopi panas yang dibeli oleh Maria di bakeri yang terletak tidak jauh dari situ.

Selepas sahaja duduk berborak dalam kereta serta mencicip kopi dan pastri yang dibeli oleh Maria, Qaed mula berasa pening dan tidak sedar apa yang terjadi selepas itu.

Dan pada hari ini, sedar-sedar sahaja dia terbaring di atas katil hotel bersama ibu rakannya! Dalam keadaan tiada seurat benang pun di tubuh. Katakanlah, alasan positif apa yang boleh diberi pada saat ini?

"Qaed, frankly speak... I've been dreaming of sleeping with you. Your sexy body freaking hot and makes me addicted. I want you, Tuan Qaed Ibrahim. Kalah badan kau dengan badan anak aku sebab kau rajin pergi gym. That's why aku terpaksa perangkap kau untuk tidur dengan aku. Not bad! Even dalam keadaan terpaksa, I enjoying every moment with you..." ucap Maria dengan nada suara yang gemersik.

Mendengar itu, hancur luluh hati Qaed dibuatnya. Sungguh butir bicara yang meluncur dari mulut Maria membuatkan dia berasa benci dengan dirinya sendiri.










PERISITIWA itu, tiada siapa yang tahu kecuali Tuhan, dia dan Maria. Waima kepada Kasyah juga tidak diberitahu.

Disebabkan ugutan Maria yang mahu menyebarkan rakaman perkara sumbang yang terjadi, akhirnya Qaed terpaksa berhenti dari pengajian di Ireland dan pulang ke Malaysia sebagai suami Maria. Suami kepada rakan baiknya sendiri.

Sejak dari itu, kesemua orang yang dia kenali memandang buruk kepada dirinya. Peristiwa itu jugalah yang membuakan dia mengetepikan perasaan ibu dan ayahnya. Membuatkan Kasyah turut membenci kepadanya. Dalam masa yang sama, orang kampung juga tidak henti-henti mengkeji keluarganya.

Dihantar belajar ke luar negara, bukan membawa segulung ijazah. Tetapi, seorang wanita yang tua dan kaya sebagai seorang isteri. Itulah tohmahan yang seringkali didengarinya.

Sejak itu, Qaed diibaratkan seperti manikin yang bernyawa. Segala urusan hidupnya diatur bulat-bulat oleh Maria. Cita-citanya untuk menjadi ahli sains akhirnya hancur lebur begitu sahaja.

Disebabkan itu juga, dia terpaksa memaksa diri untuk menguruskan perniagaan kosmetik Maria walau hakikatnya minatnya bukan ke arah itu.

Setelah beberapa lama berperang dengan perasaan sendiri, akhirnya Qaed membuat keputusan untuk menjauhi Maria dengan pulang ke rumah adiknya, Qair.

Kini, di sinilah dia berada. Berperang dengan dosa silam sendiri. Merasakan diri penuh dosa dan tidak sempurna. Luka dan nanah hati seorang Qaed, tiada siapa yang tahu. Kekayaan, kemegahan dan hartanya... itu sekadar luaran sahaja. Batinnya terseksa selama menjadi suami kepada wanita yang tidak pernah dia cintai.

Jadi, adakah dia digelar seorang suami yang dayus kerana gagal menjadi suami kepada Maria? Atau, dia yang tidak bersyukur dengan aturan hidup ini?

Entahlah, sehingga kini dia gagal mencari kata-kata yang sesuai untuk menyedapkan hati lelakinya. Yang pasti, dia berharap agar dia berjaya lolos dari neraka dunia ini. Terbang bebas mencari kehidupan sendiri.

Mungkin, suatu hari nanti diizinkan Tuhan. Tiada siapa yang tahu...

QAED (OG)Where stories live. Discover now