BAB 23 : Pusara Masih Merah

799 98 21
                                    

Walau sudah berapa kali menolak pelawaan Qaed untuk menghantarkannya pulang ke rumah, Mawar akhirnya terpaksa akur apabila Zaleha dan Qair turut sama ikut campur memujuknya untuk penerimaan lelaki itu.

Sudahlah rasa malu kian menebal pada wajahnya apabila segala bil hospitalnya dibayar sepenuhnya oleh Qaed. Mawar tidak tahu bagaimana mahu membayar segala jasa lelaki itu. Sungguh, dia terhutang budi kepada Qaed.

Deheman kecil yang melantun dari sisi kanan membuatkan Mawar berpijak kembali ke alam realiti. Perlahan-lahan, pandangan mula dipanggung ke sisi. Kini, sepasang mata bundar Mawar jatuh pada wajah berahang tajam yang kemas berbaju kemeja hitam metalik itu. Disebabkan lengan kemeja itu disinsing sehingga ke siku, terserlah segala urat tangan yang menimbul di lengan kekar itu.

Video yang tular di media sosial tempoh hari menyebabkan dia mengetahui segala hujung pangkal latar belakang Qaed tanpa sedikit pun yang tercicir. Semua disauk kemas lalu ditanam ke dalam akal fikiran.

Memikirkan segala pertolongan dan insiden yang berlaku antara dia dan Qaed, sudah cukup membuatkan dia putus nafas. Entah mengapa wanita biasa seperti dia mampu bertemu dengan lelaki hebat seperti Qaed. Hendak mengatakan dia kaya dan cantik, jauh panggang dari api. Aturan Tuhan itu tidak mampu dijangka dek akal.

Selepas sahaja selesai segala urusan ini, Mawar berdoa supaya dia tidak dipertemukan dengan lelaki itu. Bukan kerana mahu melarikan diri dan melupakan segala jasa baik yang telah diberikan oleh Qaed, cumanya... dia sedar apa hukumnya jika dia mempunyai hubungan bersama seorang lelaki yang bergelar suami orang.

Walau hakikatnya dia dan Qaed tidak mempunyai sebarang hubungan yang istimewa, itu bukan tiket yang dia boleh terus-menerus berhubung dengan lelaki itu. Mawar berharap agar segala insiden yang berlaku sejak kebelakangan ini biarlah menjadi kisah silam dia dan Qaed. Ditinggalkan jauh dan tidak mahu dikenang lagi.

"Selepas ni, awak akan ke mana?" Qaed menyoal lembut. Sekaligus, memecahkan tembok kesunyian yang terbina sejak tadi.

"Macam biasa, mengajar dekat sekolah sampai habis praktikum," jawab Mawar acuh tak acuh. Jarinya mula menggentel lembut hujung mini telekung. Soalan yang dilontarkan oleh Qaed membuatkan fikirannya jauh menerawang ke masa hadapan.

Setelah apa yang jadi antara dia dan Jasmin tempoh hari, entah mengapa Mawar dapat merasakan sesuatu tidak enak bakal berlaku kepada dirinya. Resah hati Mawar memikirkan bagaimana penerimaan Mak Biha kepada dirinya nanti.

Dari hujung mata, wajah bujur sirih Mawar dikerling sekilas oleh Qaed. Sejak tadi, dia dapat mengesan awan mendung yang bergayutan pada wajah Mawar. Melihat itu, entah mengapa hati lelaki Qaed berasa tidak senang. Kalaulah dia dan Mawar itu bukan orang asing, dialah orang pertama yang akan mengembalikan semula pelangi pada wajah mendung itu. Memikirkan dia bukan sesiapa kepada gadis yang bernama Mawar Naressa itu, jantungnya mula memalu rentak perit.

Siapakah dia untuk melakukan itu?

Dia juga bukan sesiapa kepada Mawar.

Sahabat? Jiran? Kekasih? Abang?

Ah, sukarnya jika berperang dengan perasaan sendiri!

"Boleh tak encik turunkan saya dekat kawasan kubur tepi simpang tu?" pinta Mawar sekaligus mematikan akal Qaed dari terus bertingkah.

"Kenapa tu?"

"Saya..." Bicara Mawar tergantung seketika. Segala masalah yang bertimpa-timpa menghentam diri membuatkan dia terlupa seketika tentang arwah anak saudaranya itu. Oleh itu, sebelum pulang ke rumah dia mahu bertemu sebentar dengan si pengarang jantung hatinya itu.

Walaupun hanya berpeluang menjaga Zafran selama beberapa bulan, tipulah jika tiada sekelumit ruang hatinya tidak berisi dengan kasih sayangnya kepada si kecil itu. Zafran sudah dia anggap seperti anaknya sendiri.

QAED (OG)Where stories live. Discover now