BAB 27 : Jalan Pulang

1.5K 130 30
                                    

Prangggg

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

Prangggg

Dada Maria turun naik menahan amarah yang menyelimuti dada. Sebaik sahaja mesej Whatsaap tersebut menyapa pandangan, terus sahaja telefon miliknya itu dilempar tepat-tepat pada cermin solek yang terletak di hadapan katilnya. Habis pecah berderai cermin yang bernilai ratusan ribu ringgit yang dibeli di Dubai itu.

Tidak cukup itu, Maria mula bangkit turun dari katil. Segala gebar dan bantalnya diselerakkan lalu dihumban ke lantai. Jeritan nyaringnya dilontar segenap ceruk ruang kamar. Ingin melampiaskan amarah yang membedil dada dengan hebat.

Dengan dada berombak kasar, langkah kakinya diseret ke jendela. Langsir tebal ditarik untuk menutupi tingkap lut sinar itu. Tidak membenarkan sekelumit cahaya pun menembusi ruang kamarnya.

Setelah selesai, anak matanya mula diliarkan di sekeliling kamarnya. Mahu mencari kamera litar tertutup yang dipasang oleh Qaed senyap-senyap di kamarnya. Apabila menyedari kehadiran satu cahaya merah yang berkelip-kelip terletak berhampiran dengan lampu candelier yang berada di pusat siling kamar, terus sahaja tangannya menarik laci yang tersorok di bawah katil. Dengan pantas, sepucuk glock dicapai lalu diacungkan tepat-tepat pada lampu yang tergantung cantik di atas sana.

Prangggg

Maria tersenyum puas. Dia tidak kisah jika lampu candelier limited edition yang dibeli semasa acara bidaan yang dibuat di Paris tahun lalu, hancur berkecai begitu sahaja. Dia sanggup melakukan apa sahaja supaya Qaed tidak terus mengalahkan dirinya.

Terduduk di sisi katil, Maria mula merenung glock di tangan. Dengan senyuman yang beraja di bibir, muncung glock dibawa ke bibir lalu dikucup rakus. Matanya yang dioles dengan eyeshadow berwarna hitam itu, terkejip-kejip menahan perasaan.

Amarah dendam mula berpusar di segenap sukma. Membayangkan seraut wajah Qaed yang berada di hadapannya pada saat ini. Ingin sahaja tubuh kekar itu ditembak bertubi-tubi dengan pistol di tangan. Biar rebah ke lantai dan mati dalam keadaan mata terbelalak.

Tidak cukup itu, fikiran Maria kini terlayar seraut wajah manis milik Mawar. Meskipun dia tidak nampak siapa gerangan wanita yang menjadi madunya itu, entah mengapa firasat hatinya kuat merasakan bahawa wanita yang dia lihat dalam rangkulan Qaed yang tular tempoh hari itu, adalah orang yang sama menjadi isteri kedua suaminya itu.

"Kau tunggu, Qaed. Sekarang, aku izinkan kau enjoy dengan pucuk muda kau tu puas-puas. Suatu hari nanti, kau pasti akan menyesal dengan tindakan kau berkahwin lagi satu dekat belakang aku. Kau ingat aku bodoh ke, hah?" Maria mula memuntahkan gelak hebat. "Aku bukan perempuan yang boleh tunduk kepada suami dia yang berkahwin lain. Aku takkan jadi bodoh macam tu, Qaed." Dengan kepala terngadah ke siling, Maria mula mengatupkan matanya rapat-rapat. Akal fikirannya mula mencari idea untuk membalas dendam kepada suaminya itu.

Tidak menunggu lama, Maria terus sahaja mengambil sebuah telefon pakai buang yang tersorok di bawah katil. Telefon tersebut dihidupkan dan nombor telefon seseorang mula dicari. Setelah nombor tersebut didail, telefon ditekap rapat pada telinga. Menunggu panggilannya disambut oleh gerangan yang berada di hujung talian.

QAED (OG)Where stories live. Discover now