"Kalau kau mawar, izinkan aku jadi durinya."
SEKOLAH MENENGAH IBNU KHALDUN, JOHOR BAHRU
"Nun sakinah bertemu dengan huruf hamzah, apa hukumnya ustazah?"
"Izhar Syafawi, Idrus."
"Kalau bertemu dengan huruf ba?"
"Iqlab, Idrus."
"Kalau bertemu dengan saya?"
Mawar menengadahkan pandangan. Wajah remaja lelaki yang kemas bersongkok itu direnung dengan wajah tidak puas hati. Pen ditangan digenggam kuat.
Silap hari bulan, boleh bengkok jadinya. Tak pun, esok akan terpampang di dada akhbar berita tentang seorang ustazah di sekolah mati tertusuk pen kerana stress dengan pelajarnya. Fuh, haru!
"Awak ni sengaja nak menguji saya atau nak tanya betul-betul?" Keras suara Mawar menyoal.
"Saja saya nak test ustazah. Dengar kata, ustazah baru praktikal dekat sini. Itu saya nak uji, mana tahu ustazah ni tak pro macam ustazah lain..." Idrus sudah memeluk tubuh. Kening dijongket tinggi kepada ustazah baru yang menggantikan Hajah Ainon untuk mengajar Subjek Tajwid di dalam kelasnya.
Sabar Mawar sabar... Fuhhh... Tarik nafas, hembus. Tarik nafas, hembus. Ingat Mawar, jantung ni nak pakai lama. Kau pun belum kahwin lagi, pujuk Mawar dalam hati.
"Macam ni lah ya Idrus, apa kata awak masuk ke kelas dan ulangkaji. SPM pun dah tak lama lagi. Surah tu yang hafazan tu, awak tak hafal. Ya saya tahu bab hukum nun mati awak dan terror, tu yang bahagian mim mati, jangan dilupa. Kalau nak jadi pandai, kita kena kuasai semuanya..." Penuh mendalam Mawar menitip kata.
Senyum sinis yang berada pada bibir pelajarnya itu dibuat-buat tak nampak. Jika dia melayan, silap hari bulan dia yang masuk tanjung rambutan kerana melayan perangai Si Idrus ini.
"Main kasar nampak..."
Idrus masih lagi ingin mengusik ustazah barunya itu. Disebabkan dia berasa dirinya paling hebat dalam kelasnya, dia berasakan dia mampu melakukan apa-apa sahaja.
Tambahan pula apabila dia mengetahui umur Ustazah barunya itu hanya selang beberapa tahun darinya, dia menjadi lebih berani.
Itu belum masuk bab wajah tak matang dan ketinggian Mawar yang paras-paras dadanya itu. Bila dengan Mawar, dia seakan tidak mampu untuk menganggap gadis itu adalah gurunya.
Dan disebabkan itu, dia berani mengusik Mawar dan memperlekehkan kredibiliti gadis itu sebagai seorang pendidik.
"Idrus, saya ni guru awak. Boleh tak kalau awak cuba untuk hormatkan saya sedikit?"
"Macam mana nak hormatkan ustazah sedangkan saya sendiri yakin ustazah tak mampu jadi seorang guru yang baik. Pengalaman ustazah dengan Hajah Ainon pun, saya yakin macam langit dan bumi. Ni ustazah ditempatkan mengajar kelas peperiksaan, ustazah mampu ke capai KPI yang ditetapkan oleh pihak sekolah?" Penuh sinis Idrus menyoal.
Mawar jujut nafas dalam-dalam. Dia tahu remaja lelaki itu sengaja mahu mengujinya. Disebabkan Idrus merupakan anak kepada Yang Dipertua PIBG sekolah, mungkin itulah sebab mengapa pelajarnya itu mampu bersikap lepas laku sebegitu, tebak Mawar.
YOU ARE READING
QAED (OG)
RomanceTUAN QAED IBRAHIM | MAWAR NARESSA Jika mentari itu menghangatkan, titisan hujan itu pasti mendinginkan. Seperti itulah kehidupan. Bukan bahagia semata-mata yang datang menerpa. Keperitan itu, mengajar diri supaya tenang dan kekal kuat. Sampai bila...