BAB 4 : Tertukar Plastik

1K 135 7
                                    



"MANA ikan yang aku suruh kau beli tu?"

Belum sempat sandal di kaki Mawar ditanggalkan, suara Mak Biha mula memekik nyaring di beranda rumah. Gaya biasa, sebelah tangan sudah selamat naik mencekak pinggang.

"Ni mak." Plastik ikan yang dijinjingnya sejak tadi sudah dihulurkan kepada Mak Biha dengan hati yang senang.

Dengan mata yang tidak lepas merenung wajah Mawar yang berkeringat halus itu, plastik tersebut sudah selamat direntap. Sejurus itu, plastik merah tersebut sudah dirungkaikan dan isi dalam tersebut mula dikelek.

"Kau ni bodoh ke apa, hah? Aku suruh kau beli ikan, bukan ayam, bangang!!! Kau ni dahlah hidup menyusahkan aku, ni aku suruh beli ikan kau beli ayam. Kau perli aku ke apa ni?" Dahi Mawar sudah selamat ditunjal-tunjal oleh Mak Biha. Tidak cukup itu, plastik yang berisi ayam tersebut sudah dilempar ke luar rumah. Isi-isi ayam tersebut sudah terkulai layu ke tanah.

"Be.. betul, mak. Mawar... Mawar beli ikan tadi. Mawar sendiri yang pilih isi ikan salmon tu untuk emak." Suara Mawar mula bergetar. Jari-jemari mulusnya mula bermain di hujung mini telekungnya. Menahan mata yang ingin memuntahkan cecair bening.

"Kau sini, kau sini!!!" Sanggul Mawar yang terselindung di sebalik tudung itu sudah selamat direntap oleh Mak Biha. Tanpa banyak soal, dia sudah pun menyeret Mawar ke luar rumah secara paksa.

"Mak, sakit mak. Mak..." rayu Mawar. Rasa perit mula mencengkam setiap urat rambutnya dan menusuk terus ke akar kulit kepala.

Tubuh genit Mawar sudah selamat ditolak kasar oleh Mak Biha ke tanah. "Kau tengok tu betul-betul, ayam ke ikan bodoh!!! Kau ni memanglah buat aku naik darah je. Ni buka mata kau besar-besar, tengok tu ikan ke ayam!" Kepala Mawar ditarik sehingga terdongak. Sejurus itu, laju sahaja tangan Mak Biha mengagau isi-isi ayam yang sudah selamat bersalut tanah itu lalu ditayang tepat-tepat ke wajah Mawar yang sudah memerah itu.

"A... ayam mak..." Airmata Mawar sudah selamat mencurah-curah ke pipi. Tudung yang tersarung di kepalanya juga sudah menjadi tidak terurus.

"Hah, pandai pun. Disebabkan kau dah beli ayam ni, nah kau makan!!!" Sejurus itu, isi ayam yang sudah kotor dengan tanah itu sudah ditenyeh ke mulut kecil Mawar.

Mawar menutup mulut rapat-rapat. Gigi dikancingkan erat sehingga gusinya menjadi ngilu. Disebabkan mulutnya sudah tertutup rapat, isi ayam tersebut sudah selamat ditenyehkan juga pada rongga hidungnya. Bau hanyir darah ayam yang menyentuh mukus hidung sudah membuatkan tekaknya menjadi kembang.

"Puas hati aku." Sejurus itu, tubuh Mawar sudah dilepaskan secara paksa ke tanah. Mak Biha sudah pun bergegas masuk ke dalam rumah. Rasa sakit hati mendominasi diri apabila mendapati kempunannya tidak dapat dipenuhi pada hari ini.

Isi ayam yang sudah jatuh ke tanah itu direnung sayu. Perlahan-lahan, tangan Mawar mula merayap ke atas tanah dan isi ayam tersebut dikutip satu-persatu. Deraian airmata menjadi peneman setianya pada saat ini.

Ya Allah apa dosa aku sampai mak aku buat aku macam ni Ya Allah. Adakah mak aku dah tak anggap aku ni anak dia lagi? Hati Mawar merintih sayu.

Kepala didongakkan pada langit yang mendung itu. Awan mula berarak tenang di kaki langit. Penghuni langit seakan menangisi nasib yang dihadapinya. Namun hati Mawar tidak putus-putus mendoakan agar Ya Rabb membuka hati ibunya untuk berubah ke jalan yang lebih baik.












"YA ALLAH Idrus. Kamu nak ami masak nasi ikan salmon ke apa hari ni?" laung Puan Zaleha dari arah dapur.

Mendengar itu, automatik tumpuan Tuan Qaed dan Idrus mula terkalih dari paparan skrin televisyen itu. Kedua-keduanya mula memandang sesama sendiri dengan wajah yang berkerunyut.

"Uncle beli ayam ke ikan salmon tadi?" soal Idrus.

"Uncle ni walaupun tua, uncle memang betul-betul ingat uncle beli ayam tadi. Siap pesan lagi dekat taukeh perut buncit tu. Takkanlah ayam tu bertukar jadi salmon?" soal Tuan Qaed pelik.

Tidak puas hati, kedua-duanya mula membawa langkah ke dapur.

"Kenapa Leha, ayam tu dah jadi ikan salmon ke?" soal Tuan Qaed.

"Tak tahulah, bang. Ni Leha tengok bukan ayam, tapi salmon." Potongan isi ikan itu sudah ditayangkan kepada abang iparnya itu. Pada awalnya dia juga terkejut apabila mendapati isi plastik tersebut bukan berisi ayam seperti yang dipesannya.

Tuan Qaed mula menggaru kepalanya yang tidak gatal. Sedaya-upaya dia cuba mengingati mengapakah ayam itu sudah pun bertukar rupa.

"Entah-entah, taukeh tu dah tertukarkan plastik ni dengan plastik cik adik tu rasanya," tebak Tuan Qaed. Kini fikirannya mula terlayang pada raut wajah gadis yang bertudung motif flora halus itu. Kebetulan, dia berdiri di sebelah gadis itu untuk memesan ayam. Jadi dalam masa yang sama, dia seperti terdengar yang gadis itu telah memesan ikan salmon kepada penjual tersebut.

"Siapa cik adik tu, uncle? Mana tahu kalau Idrus kenal. Bolehlah kita tukar balik dengan ayam ni," sampuk Idrus laju.

"Uncle walaupun duduk sini Idrus, jujur kata tak semua orang dekat sini uncle kenal. Jadi, nak cari orang dan tukar balik barang kita tu agak mustahil."

"Bagi tahulah macam mana muka dia. Mana tahu Idrus boleh cam." Masih tidak mahu berputus asa, Idrus berusaha ingin menjejaki gerangan yang sudah tertukar plastik dengan pakciknya itu. Bukan apa, disebabkan dia memang sudah lama mengidam mahukan nasi ayam sebab itulah dia sanggup bersusah-payah untuk menjejaki gerangan yang menculik ayam yang bakal dimasak oleh ibunya pada hari ini.

"Tak apa, tak perlu susah-susah. Ami call je ayah kamu. Kebetulan dia dalam perjalanan nak balik ke rumah," celah Puan Zaleha.

Mendengar itu, senyum Idrus dan Tuan Qaed mula melebar. Dalam masa yang sama, mereka berasa lega kerana tidak perlu bersusah payah untuk menjejaki orang yang sudah tertukar plastik dengan mereka itu. Bolehlah mereka bersantai menonton filem Avengers di channel HBO itu semula.

QAED (OG)Where stories live. Discover now