PART 8

1.1K 69 0
                                    

Seminggu selepas itu aku balik ke kL. Lepas je aku balik kL sebulan, aku balik kampung aku semula sebab ada lah hal-hal yang mustahak melibat kan aku. Masa ni aku ingat kan tak ada apa-apa yang berlaku lah. Tetapi aku silap. Masa tu waktu malam. Kalau tak silap aku around 2am. Masa tu elok aku tengah tidur. Sekali tu aku terdengar bunyi benda bergolek dekat atas bumbung rumah aku. Aku tak tahu tu benda apa. Dan disebabkan bunyi itu jugak, aku tersedar dari tidur. Memang kuat gila. Mustahil lah kucing sebab tingkat 3 kot. Lagi pun rumah aku tak ada lubang untuk kucing masuk nak menuju ke loteng. Aku terus bangun dan mendonggakkan kepala. Dalam keadaan macam itu aku rasa dahaga dan aku malas nak ambil tahu pasal bunyi kat atas bumbung tu. Aku terus turun ke dapur. Tengah aku nak minum air tu tiba-tiba aku perasan siling dekat dapur rumah aku lopong. Aku ingat ke daddy aku yang buka siling tu, jadi aku buat tak tahu lah. Dah siap minum air aku nak gerak je tiba-tiba daddy aku datang dapur dengan mak aku. Dan daddy aku terkejut tengok siling dekat dapur tu lopong.

"Daddy ke yang buka?" Tanya aku minta kepastian.

Daddy tak jawab pertanyaan aku malah dia hanya menggelengkan kepala. Aku memandang wajah daddy dan mak aku bersilih ganti. Dahi aku berkerut. 'Kalau bukan daddy aku yang buka, siapa yang buka? Hurmm' daddy memandang ke arah aku.

"Ann! Tutup lah" Pinta daddy aku.

Aku sedikit terkejut bila daddy mintak aku tutup.

"Siling tu mana?" Tanya aku.

KOLEKSI KISAH BENAR 2Where stories live. Discover now