Sha terkocoh-kocoh datang ke arah aku.
"Kak j! Sha takut."
"Dah! Jangan takut. Cepat kemas apa yang patut." Arah aku.
Tengah aku kemas2 tu tiba-tiba..
"Kak j!!!" Jerit amar dan amir dekat ruang tamu.
Aku jengah disebalik pintu. Amar dan amir berpelukan kerana ketakutan diruang antara dapur dan ruang makan.
"Cepat!" Ucap aku dekat sha.
Tangan sha aku pegang dan berlari keluar dari bilik tersebut.
"Aadamm" Tunjuk amir ke arah bilik kak diah
Aku memandang ke arah bilik kak diah. Kak diah duduk bercangkung dan mengangkat adam tinggi-tinggi. Allah!
"Kejap!" Ucap aku lantas buka tudung botol air batu delima.
Aku terus tuang ke atas simen dan buat bulatan dekat sha amir dan amar berdiri.
"Dengar sini, jangan keluar dari bulatan air ni. Tunggu kak j. Kak j nak pergi ambil adam."
"Kak j! Kami takut." Ucap sha sambil pegang tangan aku termasuk amar dan amir.
"Tunggu-tunggu"
Aku terus berlari dan masuk ke dalam bilik kak diah. Kak diah membelakangkan aku.
"Kak diah!" Panggil aku perlahan.
Kak diah diam tak berkutik. Tak lama tu kak diah berpaling memandang aku dekat belakang.
"Eh j. Kenapa? ada apa-apa ke?" Tanya kak diah bersahaja.
Aku memandang adam yang masih lagi menangis di atas katil. Ditangan adam ada cakaran kecil. Walaupun kecil tetapi tetap sakit bagi kulit budak.
"Ha, tak. Nak main dengan adam. Boleh saya ambil adam?" Tanya aku lantas melangkah kedepan.
Kak diah tak bercakap apa-apa. Aku terus angkat adam yang tengah menangis. Bila aku dah dapat adam aku terus berpusing. Belum sempat aku nak melangkah, aku dengar suara dengan nafas yang kuat.
"Hmmmm hmmmmm"
Aku berpaling sedikit dan memandang kak diah mengunakan anak mata kanan.
"Hmmmm.. hmmmm"
Tak lama tu aku rasa badan aku seperti melayang.
"Allah!!" Jerit aku kuat.
Adam hampir-hampir nak tercampak. Nasib aku sempat pegang tangan adam dan tarik adam dalam pelukkan aku sebelum badan aku singgah ke dinding. Sakit dia ya allah tak boleh bawa bincang duh. Aku menarik nafas kuat dan bangun berdiri. "Kuatkan aku ya allah!" Jerit aku kuat. Aku terus baca ayatul qursi dengan kuat.
"Allahu la ilaha illa Huwa, Al-Haiyul-Qaiyum. La ta'khuzhuhu sinatun wa la nawm. Lahu ma fis-samawati wa ma fil-'ard. Man zhal-lazhi yashfa'u 'indahu illa bi-izhnihi. Ya'lamu ma baina aidihim wa ma khalfahum. Wa la yuhituna bi shai'im-min 'ilmihi illa bima sha'a
Wasi'a kursiyuhus-samawati wal ard,
Wa la ya'uduhu hifdzhuhuma Wa Huwal 'Aliyul-Azheem" Baca aku seraya melangkah keluar dari bilik kak diah.Aku berhenti melangkah dan berpusing memandang kak diah. Didepan aku sekarang bukan kak diah dah.
YOU ARE READING
KOLEKSI KISAH BENAR 2
TerrorHai! Assalamualaikum. Koleksi kisah benar Kali ini adalah sambungan daripada koleksi kisah benar yang pertama. Stay tuned