PART 13

655 52 0
                                    

Oleh sebab itu aku terjatuh dari katil. Hp aku terpelanting dekat bahagian tepi bersebelahan dengan pintu bilik. Aku cepat-cepat bangun dan capai hp lantas aku halakan dekat tepi katil. Keliling aku suluh. Tapi tak ada apa-apa. Mengucap aku.

"J! Kau asal?"

Aku terus suluh ke arah suara tersebut. Izuwann cepat-cepat menahan dari matanya terkena cahaya torchlight aku. Aku duduk depan izuwann. Tak lama tu izuwann bangun dan duduk. Sam pun sama.

"Aku nampak benda tu sis!" Ucap sam

Aku menyuluh ke arah sam. Muka sam ketakutan dan dia mengeletar satu badan. Izuwann mententeramkan sam. Tak lama tu sham dan megat terus bangun. Rupa-rupanya diaorang pun tak boleh tidur. Oleh kerana tak boleh tidur, kitaorang berborak. Masa tengah borak-borak tu tiba-tiba....

Kedegangg!!

Aku berpaling memandang bilik air. Masa aku nak berpaling ke arah diorang didepan, tiba-tiba....

Tok! Tok! Tok!! Dang!! Dang!!

Bunyi ketukan bertalu-talu membuatkan semua orang dalam bilik tu terkejut. Sam dah melompat ke arah aku. Atia dengan shima pun terjaga disebab ketukan tersebut.

"Benda apa tu sis?" Tanya atia.

"Aku tak tahu lah." Ucap aku lantas berpaling.

"Aku takut lah sis!"

"Diam je." Ucap sham tiba-tiba.

Ketukan itu tidak berakhir, malah lagi kuat dan kuat sampai aku dengan yang lain tak tahu nak buat apa. Tengah dalam keadaan macam itu, tiba-tiba pintu bilik di ketuk bertalu-talu. Semua termasuk aku mengesot ke dinding berdepan dengan pintu bilik. (Aku tak nak bagi pembaca pening so aku describe kan sedikit. Ketukkan pertama aku tak pasti dipintu mana. Sama ada bilik air kat luar atau pintu hotel ataupun pintu dapur. Ketukkan kedua pulak dibilik kitaorang. Haa gittew)

Aku menyuluh pintu tersebut. Memang aku nampak pintu tu bergoyang. Bila dalam 15 minit macam itu, aku mintak yang lain kemaskan kain baju sekarang. Maka atia shima dan sam berdesup bangun dan kemas kain baju. Aku pun kemaskan sama beg. Bila ketukan tu dah berhenti, aku terus bangun dan melangkah ke arah pintu. Tombol pintu aku pulas. Masa aku nak tarik pintu tu, semerbak bau busuk tanah. Aku tahu tu bau apa sebab bau yang ni dulu pernah muncul dekat rumah aku kat kampung. Aku terus melangkah keluar. Aku tekan suis lampu masih belum ada elektrik jadi aku pun hidupkan torchlight hp aku. Masa aku tengah menyuluh tu, seperti biasa, sliding door memang dah terbuka. Angin dan bau tanah masuk ke dalam.

KOLEKSI KISAH BENAR 2Where stories live. Discover now