PART 8

625 58 0
                                    

Mana nak tahu kot ada orang nak bermain dengan aku ke walaupun hakikatnya mustahil sebab dah nak dekat pukul 11 malam. Aku tarik nafas dan aku buka bonet van semula. Masa aku buka bonet van tu......

"Allah!" Ucap aku lantas mengundur ke belakang.

Didepan aku dalam van ada sesusuk 'KAK DIAH' tengah memandang tepat ke arah aku dan tersenyum. Benda tu merangkak menuju ke arah aku. Oleh kerana terkejut, aku mengundur kebelakang. Mungkin kerana aku tak perasan, aku nyaris-nyaris tergelincir dekat bukit sungai. Aku sempat pegang palang besi pagar. Masa tu jangan cakap lah, kaki kanan aku terhantuk dekat batu yang ada dekat tepi-tepi bukit tu. Andai kata kalau aku terlepas besi yang aku pegang tu, aku akan jatuh guling-guling ke dalam sungai. Aku sedaya upaya panjat bukit tersebut. Bila aku berjaya naik kat atas, aku terus berjalan nak masuk ke dalam rumah. Sampai saja dekat pintu sha tegur aku.

"Kak j kenapa?" Tanya sha.

Aku yang pada mulanya tunduk kepala terus angkat kepala dan pandang sha dekat depan.

"Tak ada apa."

Sha tepat memandang ke arah aku tanpa berkelip. Aku pun turut memandang ke arah sha. Tak lama tu mulut sha melopong dan sha seolah-olah menunjuk sesuatu.

"Sha?" Panggil aku.

Muka sha pucat lesi.

"Sha! Asal?" Tanya aku lagi.

"K..Akk j" Tunjuk sha.

Aku yang tengah tunduk sebab nak kibas pasir yang melekat dekat seluar jeans yang aku pakai, terus berdiri tegak. Mata aku memang dah tak pandang kiri kanan dah. Memang dah tepat pandang ke mata sha. Aku tarik nafas dalam-dalam dan berpusing kebelakang. Alangkah terkejutnya aku, lepas je aku pusing belakang, 'KAK DIAH berada betul-betul dekat belakang aku.

KOLEKSI KISAH BENAR 2Where stories live. Discover now